-13-

23.9K 544 11
                                    

"Aku terima nikahnya ......" dengan sekali lafaz sahaja Nur Aishah sudah pun sah bergelar isteri kepada Syed Naufal.
"Syukur alhamdulillah. Semuanya dah berjalan lancar. Tahniah Nur. Mama gembira sangat." kata Puan Sri Siti Haliza memanjat syukur.

Nur Aishah hanya diam tidak bersuara. Blurr.
Aku tengah bermimpi ke ni ? Dalam sekelip mata je aku dah jadi isteri orang.

Syed Naufal memandang Nur Aishah dengan pandangan kosong. Seperti tiada apa-apa yang berlaku antara mereka berdua.

*****

Sehari yang memenatkan. Syed Naufal duduk berehat ditaman kecil mamanya.
"Haih, jauhnya termenung Fal. Fikirkan apa tu ?" sapaan Tan Sri Syed Akhbar sedikit memeranjatkan Syed Naufal yang sedang termenung.
"Eh, papa ni terkejut Fal. Mana ada termenung paa." jawab Syed Naufal.
"Yelah tu. Papa faham sekarang ni tanggungjawab Fal dah semakin berat. Papa nak ucapkan tahniah kerana Fal telah menjadi suami kepada Nur. Memang itu yang papa dan mama harapkan sejak dulu."

Syed Naufal hanya mendiamkan diri tidak menghiraukan apa yang dicakapkan oleh papanya.
Owh. Rupanya papa dan mama dah lama nak jodohkan aku dengan perempuan tu. Macam takda orang lain ke yang diorang nak kahwinkan dengan aku. Carilah artis-artis ke, model ke ramai kot yang seksi-seksi dan cantik baru kene dengan taste aku. Getus Syed Naufal dalam hati.

"Paa, Fal dah mengantuk ni. Fal masuk tidur dulu ya." Syed Naufal memberi alasan kerana tidak mahu mendengar syarahan papanya yang seterusnya.
"Em, baiklah. Pergilah naik tidur." jawab Tan Sri Syed Akhbar.

Pintu bilik dibuka perlahan kerana Syed Naufal menyangka yang Nur Aishah sudah tidur.
"Eh, kau tak tidur lagi ?" soal Syed Naufal kerana melihat Nur sedang duduk dihujung katil.
"Belum, tak mengantuk lagi lah." jawab Nur Aishah.
"Tak ngantok ke kau sengaja tunggu aku ?" usik Syed Naufal.

Nur Aishah tidak menjawab malah menghadiahkan jelingan yang tajam kearah Syed Naufal.
"Hahaha. Okay-okay, aku gurau je. Tak payahlah nak jeling sampai nak terkeluar bijik mata kau tu. Takkan nak gurau-gurau malam pertama ni pun tak boleh." usiknya lagi.
"Eh, kau jangan nak mengada-ngada ae. Nanti aku bagitahu mama dan papa pasal kau keluar curi-curi haritu nak ?" ugut Nur Aishah.
"Amboi kau, sikit-sikit nak ugut kan. Alah, kau tak payah risaulah aku takkan usik kau. Lagipun kau ni bukannya taste aku. Cutting badan kau pun aku rasa tak berminat. Tengok lah baju yang kau pakai hari-hari dah boleh buat selimut dah. Lepas tu 24jam pakai tudung. Depan suami kau ni pun kau nak pakai tudung ke ?" bebel Syed Naufal.
"Suka hatilah nak pakai apa pun. Setakat suami atas kertas je nak buat apa." kata Nur Aishah sambil membuat muka.
"Hekeleh, sombong. Haa, kau simpan lah rambut kau tu sampai ke tua." jawab Syed Naufal.
"Okay." jawab Nur Aishah selamba.
"Dah lah. Layan kau ni, nanti aku jadi sama gila dengan kau. Aku nak tidor otak ni penat dengar 'syarahan' papa tadi." kata Syed Naufal sambil mengambil selimut dan bantal dan menghempaskan badannya diatas sofa di tepi katil.

Nur Aishah tersenyum melihat telatah Syed Naufal.
Terima kasih sebab bagi tidur atas katil. Terima kasih sebab kau tundukkan ego kau sedikit dan bertolak ansur dengan aku. Terima kasih.

Cahaya. ✔Where stories live. Discover now