-25-

22.5K 515 17
                                    

Sarapan pagi dah siap terhidang dimeja makan. Puan Sri Siti Haliza menghulur pinggan berisi nasi lemak tu kepada suaminya.

"Nur, pergilah kejut Fal. Kita sarapan sama-sama." kata Tuan Sri Syed Akhbar.

"Takpalah. Papa dengan mama sarapan dulu. Nanti Nur sarapan dengan Fal bila dia dah bangun. Nur tak sampai hati nak kejut dia. Sebab malam tadi dia tidur lambat. " jawab Nur.

"Dia tidur lambat buat apa ? " soal mamanya kehairanan.

"Semalam waktu ikut papa masuk kedai buku, Nur belikan dia buku panduan solat. Nur suruh dia baca dan hafal surah dalam tu. " jawabnya lagi.

"Alhamdulillah. Terima kasih lah Nur. Mama bersyukur sangat sebab pilihan mama dan papa selama ni betul. Banyak-banyak terima kasih pada Nur kerana boleh mengubah anak mama menjadi lebih baik. " jawab Puan Sri Siti Haliza sambil memeluk Nur dengan penuh kasih sayang.

"Takda apa lah ma. Fal tu kita kena sokong dia. Kena belikan buku-buku agama ni bagi dia baca. " jawabnya.

Nur naik ke bilik untuk mengejut Syed Naufal. Perutnya dah lapar dari tadi menunggu suaminya tu bangun dari tidur.
Dia masuk ke bilik, Syed Naufal tiada di katil. Telinganya menangkap bunyi air di bilik mandi.

Tengah mandi agaknya.

Nur membelek buku panduan solat yang dia berikan kepada Syed Naufal. Dia tersenyum melihat catatan-catatan yang ditulis Syed Naufal.

Alhamdulillah. Dia berusaha untuk berubah. YaAllah kau suluhkanlah cahayamu kejalan suamiku.

Pintu bilik air dikuak. Tidak menyedari yang isterinya ada di situ, Syed Naufal keluar dengan bersamping tuala. Belum sempat dia meleraikan tualanya..

"Fal." Nur bersuara manahan malu.

Sebelum aku tengok apa yang tak patut baik aku blah. Malu weiiiiii

Syed Naufal hanya berdiri terpacak disitu. Kaku. Beku. Bisu tidak bersuara.

"Sorry, takpa. Nur keluar dulu. " pamit Nur ingin keluar tiba-tiba tangannya ditarik.

"Nur nak apa ? " soal Syed Naufal.

Jantung yang berdebar laju tidak dihiraukan mereka berdua. Nur hanya tertunduk.

"Tak, Nur ingatkan Fal belum bangun tidur. Nur nak kejut ajak sarapan. " jawabnya. Tapi matanya memandang kearah pintu.

Syed Naufal tersenyum melihat gelagat Nur. Saja dia nak mengusik.

"Best bercakap dengan pintu ? " soalnya.

Nur tak menjawab.
Eeee.. nak keluar... malu... rengek Nur dalam hati.

"Cepat lah masuk baju, kita sarapan Nur dah lapar. " jawabnya.

Syed Naufal menarik Nur menghadapnya dan lebih dekat dengnnya.

Duhh.. nak pecah dah jantung ni.

"Kita sarapan dekat sini je lah. " usik Syed Naufal.

Nur memberanikan diri untuk keluar dari bilik tu.

"Cepat sikit masuk baju dan turun sarapan." jawabnya dan terus keluar dari bilik.

Syed Naufal ketawa terbahak-bahak melihat telatah Nur tadi.
"Malu sangat agaknya. Sampai merah muka. Hahahaha"
"Baru usik sikit macam tu. Hadehh, sakit perut aku. " katannya sambil menekan perut yang sakit akibat ketawa tadi.


Eeee.. malunya malunya malunya. Apesal lah aku pergi masuk bilik tu tadi. Erggghhh.. Getus Nur meraup mukanya yang merah.

Cahaya. ✔Where stories live. Discover now