-15-

25.6K 571 6
                                    

Selepas menunaikan solat zohor, Nur Aishah duduk termenung diaatas katilnya.

-Assalamualaikum Nur Aishah, hujung minggu ni Am balik Malaysia. Am cadang nak hantar rombongan merisik dekat Nur. Am dah bersedia nak jadikan Nur sebagai isteri Am. Am harap Nur pun macam tu. Am nak minta maaf atas apa yang terjadi sebelum ni. Am yang salah, Am jadi pengecut. Am tinggalkan Nur tanpa fikirkan keadaan dan perasaan Nur. Maafkan Am. Am nak tebus balik kesilapan Am pada Nur.-

Masih lekat difikiran Nur mesej yang dihantar oleh Khair Idham tu. Memang dulu dia cinta dan sayangkan Khair Idham. Tetapi selepas tindakan Khair Idham meninggalkannya tanpa apa-apa penjelasan selama bertahun-tahun rasa sayang tu telah hilang dari hati Nur. Dulu, Khair Idham pernah mengenalkan Nur kepada keluarganya. Tetapi hubungan mereka tidak direstui oleh keluarganya kerana Nur ialah anak seorang tukang kebun. Tidak setanding dengan mereka. Katanya mereka sudah ada jodoh yang sesuai untuk Kahir Idham. Biasalah orang kaya.

Kenapa baru sekarang awak nak muncul Am ? Kemana awak pergi selama ni ? Rintih Nur didalam hati. Tanpa sedar air mata mengalir dipipi.

Syed Naufal menghempas badannya diatas katil setelah selesai mengemas barang-barangnya.

Kenapa dengan perempuan tu ek ? Sejak dia tengok phone dia.. terus mood dia berubah. Siapa yang text dia ? Ahhh ! Lantaklah.

"Rasa lapar lah pulak. Perempuan tu dah masak ke belum ek ?" kata Syed Naufal lalu bingkas keluar dari biliknya dan pergi kedapur.

Eh.. tak masak lagi ? Pemalas betullah dia ni. Nak kene dia ni. Getus Syed Naufal didalam hati. Geram rasanya bila dia dapat tahu yang Nur tak masak apa-apa sedangkan dia rasa sangat lapar sekarang.

Tok tok tok ~

Pintu bilik Nur diketuk. Nur bangun dan mencapai tudungnya dan disarungkan ke kepala.

"Haa, nak apa ?" soal Nur Aishah setelah melihat Syed Naufal tercegat didepan biliknya.
"Nak apa kau tanya ? Eh kau ni tak reti nak jalankan tanggungjawab ke ha ?" soal Syed Naufal pula.
"Tanggungjawab ? Tanggungjawab apa ?" soal Nur lagi.
Eh, dia ni. Tanggungjawab apa pulak. Kau jangan macam-macam Fal, aku karate kau karang.
"Aku ni lapar. Kau tak reti-reti ke nak masak ke order makanan ke apa ke." jawab Syed Naufal.
"Ohhhh lapar. Cakap lah awal-awal. Ni cakap tak jalankan tanggungjawab lah apa lah." kata Nur sambil menarik muka.
"Eh itu pun aku nak kene cakap ke ? Kan tu memang tanggungjawab kau. Jaga makan dan minum suami." bebel Syed Naufal.
"Suami ke... " jawab Nur Aishah selamba sambil berlalu pergi kedapur.

Ehhhh perempuan ni. Aku cepuk karang baru tahu. Orang tengah cakap dia main pergi macam tu je.

Syed Naufal sedang asyik menonton tv, Nur pula sedang memasak didapur.

"Hish, tak reti nak tolong ke. Suruh masak itu, masak ini tapi aku sorang je yang buat." bebel Nur Aishah seorang didapur.

"Fal makanan dah siap ni. Jom makan." jerit Nur Aishah.

Hurmmm.. sedapnya bau. Fal. Aku suka bila dia panggil aku Fal.

"Nah, ni nasi.. lauk isi sendiri." kata Nur sambil menyerahkan pinggan berisi nasi kepada Syed Naufal.
"Huh. Pemalas. Nak isikan lauk pun tak boleh." bebel Syed Naufal sambil menyedok lauk ke dalam pinggannya.
"Eh, orang dah masak tu pun kira syukur lah. Bukannya malas. Nur mana lah tahu Fal nak makan lauk yang mana, nak banyak ke sikit, separuh ke suku." lincah je kepala Nur memikirkan alasan.
"Huh. Alasan semata-mata." jawab Syed Naufal sambil menyuapkan makanan tu ke mulutnya.

Sedapp. Macam masakan mama.

"Sedap tak ?" soal Nur teruja menunggu jawapan dari Syed Naufal.
"Boleh lah.." jawab Syed Naufal ringkas.

Boleh lah ? Tu ja ? Aku tengok makan bukan main selera lagi.

*****

"Bang, awak rasa betul ke yang kita buat ni ?" Puan Sri Siti Haliza yang sedang mengerjakan kebun mininya itu berhenti sebentar dan duduk disebelah suaminya.
"Betul ke tak apanya ni ?" soal suaminya dengan riak muka kosong '0'.
"Yelah.. kita kahwinkan Nur dengan Fal. Abang rasa betul ke apa yang kita buat ? Boleh ke Fal tu berubah ? Saya takut kita cuma rosakkan hidup Nur je. Mungkin kita tak tahu dia ada pilihan dia sendiri." jawab Puan Sri Siti Haliza.
"Saya sangat yakin dengan keputusan ni. Saya yakin yang Nur dapat mengubah Fal. Awak janganlah risau. Awak sebagai mama diorang, awak kena doakan yang terbaik untuk diorang." jawab Tan Sri Syed Akhbar.

*****

Syed Naufal sudah bersiap-siap untuk keluar dan langkahnya terhenti apabila melihat pintu bilik Nur terbuka.

"Alang-alang dah bukak pintu tu terjah je lah." laju langkah Syed Naufal untuk ke bilik Nur. Langkahnya serta merta terhenti. Pertama kali dalam hidupnya melihat Nur Aishah tanpa tudung. Dan hatinya jadi berdebar matanya tak lekang memandang Nur.

Cantiknya. Kenapa sebelum ni aku tak pernah tahu yang dia secantik ni.

"Fall !!!" terperanjat Nur bila dia lihat yang Syed Naufal sedang berada didepan biliknya dan melihat dia tanpa tudung. Pantas dia mencapai selendangnya dan dililitkan di kepala.

"Ehem, err.. ak aku nak bagitahu ni... aku nak keluar jap. Emm.. kau tak payah tunggu aku nanti." terang Syed Naufal tergagap. Dia cuba untuk menahan debarnya yang semakin rancak.

"Hishh ! Lain kali ketuk lah pintu dulu. Ni tak, main terjah je." bebel Nur.
"Alah. Apa salahnya. Kau tu kan isteri aku. Eleh, kau tu pun bukannya cantik. Tak payah nak lindung-lindung sangat. Okay, aku pergi dulu." kata Syed Naufal dan terus berlalu pergi.

Hish. Tak boleh lupa lah apa yang aku nampak tadi. Betul lah apa yang papa pernah cakap dulu perempuan yang kita selalu tengok bertudung ni, bila dia tak bertudung depan suaminya dia akan nampak lebih cantik.

Cahaya. ✔Where stories live. Discover now