-20-

25.1K 564 28
                                    

Susana dalam kereta tu menjadi sunyi sepi. Nur memalingkan mukanya ke tingkap supaya suaminya tak nampak yang dia sedang menangis. Memang dia tak dapat menahan air matanya dari mengalir.

"Nur, lepas ni please jangan layan dia lagi. Lelaki macam tu kau nak jadikan pengganti aku ? So kau memang ada plan nak minta cerai dengan aku lah ni ? " soal Syed Naufal sedikit marah. Dia marah dan cemburu bila dapat tahu yang Nur ada berhubung dengan lelaki lain dibelakangnya.

Syed Naufal membuka tingkap kereta dan mencapai kotak rokoknya. Dia mengeluarkan sebatang rokok dan menyalakannya. Asap berkepol-kepol dilepaskan ke luar tingkap.

Suasana kembali senyap. Kata-kata Syed Naufal tadi tidak dihiraukan oleh Nur. Nur tahu yang Syed Naufal sedang marahkan dia. Dia takut nak menjawab kata-kata suaminya tu, dia tak pernah melihat suaminya marah-marah seperti ini.

Syed Naufal duduk menonton tv sambil menghisap rokok. Dah hampir satu kotak rokok yang dihisapnya dalam satu hari ni. Matanya lekat dikaca tv tapi, fikirannya melayang memikirkan kejadian tadi. Semakin membuak api kemarahan dan api cemburunya. Lagi-lagi bila dia melihat lelaki tu memegang isterinya.

Nur masih lagi menangis teresak-esak dibiliknya. Tak tahu kenapa dia sangat beremosi memikirkan tentang kejadian tadi. Ataupun dia rasa bersalah dengan kata-kata suaminya tadi.

Telefon bimbitnya dicapai dan nombor mamanya didial.

"Hello. " terdengar suara mamanya dihujung talian.

"Ma.... isk.. isk.. " Nur tidak dapat menahan esakannya bila mendengar suara Puan Sri Siti Haliza.

"Sayang.. kenapa ni ? " soal mamanya risau.

"Fal.. marah kat Nur.." tersekat-sekat suara berbicara dengan mamanya.

"Kenapa sayang ? Fal pukul Nur ke ? " soal Puan Sri Siti Haliza.

"Tak ma.... isk, isk, Nur yang salah. Nur dah buat dia marah.. sekarang ni.. dia tak nak cakap dengan Nur. " jawab Nur sambil teresak-esak. Sejak pulang tadi memang Syed Naufal menjadi dingin dengan nya. Dan dia rasa bersalah sebab dah menyakitkan hati suaminya tu.

"Lah.. kenapa boleh jadi macam tu. Nur, kalau Nur rasa Nur ada buat salah.. dan dia tak nak bercakap dengan Nur.. Nur kena minta maaf. Tak elok sayang.. kalau suami isteri, duduk serumah tapi tak bertegur. " kata Puan Sri Siti Haliza.

"Baiklah ma.. Nur cuba. Assalamualaikum. " ucap Nur.

"Okay.. Walaikumsalam sayang. " jawab Puan Sri Siti Haliza dan mematikan talian.

Nur melihat suaminya sedang duduk menonton tv sambil menghisap rokok. Dia duduk disebelah Syed Naufal dan memandang kearah suaminya tu.

Menyedari bahawa Nur sedang melihat kearahnya, Syed Naufal segera menenyeh putung rokok yang belum dihisap habis ke dasar bekas abu.

"Fal.. fal.. " panggil Nur sambil menahan sebak bila suaminya tu tidak mahu melayannya.

"Fal.. cakaplah dengan Nur. Nur minta maaf. " katanya. Air matanya jatuh berguguran dipipi.

"Dah kenapa menangis bagai ni. " Syed Naufal semakin gelabah bila melihat air mata isterinya tu dah melimpah macam air terjun.

"Fal tu ha.. marah dekat Nur. Tak nak cakap dengan Nur. " jawabnya sambil teresak-esak.

"Nur rasa kenapa Fal macam ni ? " soal Syed Naufal dengan muka serius.

"Fal marah pasal tadi kan. Nur tahu. Nur tak patut berahsia dengan Fal pasal Am. Tapi Nur takde niat pon nak ada siapa-siapa sebagai pengganti Fal. " terang Nur.

"Fal tak marah Nur lah. Fal geram je dengan mamat tadi tu. Tak payah lah nak nangis-nangis bagai. Daripada dalam kereta tadi nangis tak puas-puas lagi ? Tak kira lah apa nama dia. Lepas ni Nur jangan sebut nama dia depan Fal lagi. " bebel Syed Naufal.

"Sekarang Nur nangis sebab takut Fal marah Nur. Tadi Nur nangis sebab A... sebab 'dia' " jawab Nur.

"Heee. Buang air mata je. " kata Syed Naufal.

"Fal lah.. tak nak cakap dengan Nur. Nur ingat Fal marah kat Nur. " jawab Nur lagi sengaja menguatkan tangisannya

"Habis tu nak kene pujuk ke ni baru berhenti nangis ? Nak apa ? Nak coklat ? Teddy bear ? " soal Syed Naufal sambil mengangkat sebelah keningnya yang menawan tu.

"Yelah. Tak nak. " jawab Nur. Saja nak bermanja dengan suami. Bukannya selalu.

"Habis tu nak apa ? Peluk ? " soalnya lagi.

"Tak nak. Bau rokok. " jawab Nur.

Syed Naufal segera merangkul kepala isterinya dan dipeluknya.

"Hah.. nah amek ni. Bau rokok kan.. amek kau. " katanya sambil memeluk Nur. Tidak pedulikan isterinya yang meronta-ronta minta dilepaskan tu.

Beberapa minit, Syed Naufal melepaskan Nur dari pelukannya dan segera lari ke biliknya.

"Syed Naufal !!!!! " jerit Nur sambil membetulkan rambut yang serabai dikerjakan suaminya.

Cahaya. ✔Where stories live. Discover now