-10-

25K 519 7
                                    

Hari yang dinanti-nantikan oleh Tan Sri Syed Akhbar dan Puan Sri Siti Haliza telah pun tiba. Segala persiapan telah pun diuruskan oleh mereka berdua. Majlis pertunangan Syed Naufal dan Nur Aishah diadakan secara sederhana sahaja. Mereka hanya menjemput saudara mara dan jiran-jiran terdekat sahaja. Selepas selesai sesi menyarung cincin tunang, meraka bergambar dan menjamu selera.

Nur Aishah duduk dibiliknya sambil membelek cincin yang tersarung dijarinya.
Cincin ni cantik. Pandai mama pilih. Tapi betul ke apa yang aku buat ni. Tanpa sedar, aku dah pun menjadi tunangan orang. Menjadi tunang kepada seorang yang aku langsung tak cinta.

"Haa, kenapa belek-belek cincin tu ? Nak jual ?"

Suara yang tak diundang itu memecahkan suasana tenang dihati Nur.
"Ha'ah nak jual. Kalau jual cincin ni boleh dapat duit, kalau dapat duit boleh lari dari sini dan tak payah kahwin dengan kau." jawab Nur memerli Syed Naufal yang sedang berdiri di muka pintu biliknya.
"Eh, jangan nak mengada-ngada jual cincin tu okay. Penat aku pilih cincin tu untuk kau. Dan kau jangan pernah terfikir nak lari dari semua ni. Kau nak mama dan papa aku malu ke ?" tegas Syed Naufal sambil menapak masuk ke bilik Nur Aishah.
Dia yang pilihkan cincin ni ?
"Eh aku bergurau jelah. Kau ingat aku ni gila ke nak malukan orang yang dah membesarkan aku dan sara hidup aku selama ni ? Eh dah-dah keluar dari bilik aku ni. Tak malu ke nanti orang nampak, orang cakap apa pulak." jawab Nur Aishah.
"Apa salahnya. Kau kan tunang aku sekarang ni. Aku nak lepas ni kau kena cakap dengan aku gunakan saya, awak. Kalau kau nak panggil aku sayang, aku tak kisah." jawab Syed Naufal sambil tersengih gatal.
"Eeeee. Please lah. Tak hingin aku panggil kau sayang." jawab Nur Aishah sambil menarik muka.

"Eh, kamu berdua ni kenapa duduk dalam bilik ? Fal, ingat ya. Kamu berdua tu baru bertunang bukannya kahwin. Sabar-sabar dulu Fal. Tak manis kalau orang tengok nanti apa pulak orang cakap." sergah Puan Sri Siti Haliza dan berlalu pergi.
"Haa. Tengok tu, kan mama dah nampak. Kau ni saja nak buat malu je kan. Dah-dah pergi keluar sana semak lah." kata Nur Aishah menghalau Syed Naufal.
"Eh, kita pulak yang kene. Em, kan dah cakap tadi lepas ni guna saya, awak." jawab Syed Naufal.
"Yelah-yelah. Awak, tolong keluar dari bilik saya ya. Saya rimas tengok muka awak." kata Nur sengaja menekankan perkataan rimas.
"Hekeleh. Blah lah. Lepas ni, muka ni jugak yang kau kena hadap hari-hari." jawab Syed Naufal geram sambil menapak keluar dari bilik Nur sambil mengeluarkan kotak rokoknya.

Betul apa yang dia cakap tu. Lepas ni, aku kena hadap muka dia hari-hari. Aku ada dengar mama dan papa bercakap tentang perangai dia sebelum ni. Boleh ke aku bertahan dengannya ? Boleh ke aku ubah diri dia menjadi lebih baik ? Boleh ke dia tinggalkan perkara-perkara buruk yang dia lakukan selama ni ?

Cahaya. ✔Where stories live. Discover now