-7-

25.6K 588 6
                                    

Cuaca kelihatan mendung seakan memahami perasaan Nur. Jenazah Pak Hamid dibawa pulang pada pagi itu setelah dimandikan dan dikafankan di hospital pada malam tadi.
"Bang, cuba awak call Naufal tu. Saya call dia dari tadi tak angakat-angkat. Saya mesej pun dia tak balas. Geram saya dibuatnya." bebel Puan Sri Siti Haliza.
Tan Sri Syed Akhbar menyeluk kocek seluarnya dan mendapatkan telefon bimbitnya dan mendail nombor Naufal.

Ringgg ringgg

"Hello paa." panggilan dijawab.
"Hello Fal, papa minta kamu pulang sekarang." pinta Tan Sri Syed Akhbar.
"Kenapa paa ? Lain macam je suara ni." soal Syed Naufal.
"Pak Hamid, dia sudah meninggal malam tadi. Jenazah akan dikebumikan pagi ni. Kamu pulang cepat ye." jawab Tan Sri Syed Akhbar.
"Haa ?! Yeke ? Em, okay paa Fal balik sekarang." jawab Syed Naufal.
Huish, macam tak percaya je Pak Hamid dah takda. Selama ni aku tak pernah nampak pulak dia sakit. Hurm, mesti perempuan tu tengah sedih sekarang ni. Lantaklah !

Syed Naufal siap menyarungkan baju melayu yang disediakan oleh mamanya. Dia membelek dirinya di cermin.
Wah, lama jugak rasanya aku tak pakai baju melayu. Macam kelakar je.

Syed Naufal turun untuk menyertai bacaan yassin dibawah. Walaupun sebenarnya dia tak tahu membaca yassin, dia tetap duduk bersama dengan yang lain kerana tidak mahu dianggap biadap. Sedang dia tunduk untuk duduk disebelah papanya, dia terpandang kearah Nur Aishah yang sedang membaca yassin sambil menangis.
Kesian pulak aku tengok budak ni. Lepas ni dia nak duduk mana ? Dia mana ada sedara mara. Ahhhhh. Biarlah dia uruskan urusan dia sendiri.

Selesai urusan perkebumian Pak Hamid mereka pulang kerumah dan duduk diruang tamu. Puan Sri Siti Haliza menghidangkan minuman dan duduk di sebelah suaminya.
"Papa sri, mama sri. Maafkan Nur, beri Nur masa sedikit ya. Sehingga Nur jumpa rumah sewa baru nanti, Nur keluar ya ?" kata Nur. Dia berasa serba salah untuk terus tinggal di rumah itu setelah abahnya meninggal dunia.
"Eh, apa kamu cakap ni Nur. Papa sri dah janji dengan arwah abah kamu untuk menjaga kamu. Kamu takkan kemana-mana. Kamu akan terus tinggal bersama kami disini. Jangan risau kami dah anggap kamu ni seperti anak kami sendiri." tegas Tan Sri Syed Akhbar. Memang sejak dulu lagi, dia dah menganggap Nur seperti anaknya sendiri.
"Betul tu Nur, kamu jangan cakap macam tu sayang. Mama dah anggap kamu ni macam anak sendiri. Mama sayangkan kamu sama macam mama sayangkan Naufal. Sudahlah, kamu pergilah naik mandi dan berehat. Kamu nampak letih sangat ni. " jawab Puan Sri Siti Haliza sambil mengusap kepala Nur dengan penuh kasih sayang.
"Terima kasih maa, paa. Terima kasih banyak-banyak." jawab Nur sambil menggenggam erat tangan Puan Sri.

*****
Sudah seminggu setelah pemergian Pak Hamid. Nur sudah mula redha dengan pemergian abahnya dan mulakan hidup baru.

Makan malam telah siap dihidang oleh Puan Sri Siti Haliza dan dibantu oleh Syed Naufal. Sudah seminggu dia 'dikurung' dirumah oleh papa dan mamanya.
"Fal, pergi panggil Nur turun makan sayang." arah Puan Sri Siti Haliza.
"Alah maa, biar je lah dia. Nanti pandai-pandailah dia turun sendiri." jawab Syed Naufal.
Hish, mama ni. Layan sangat budak tu. Biar je lah dia turun sendiri. Makan pun nak berjemput.

Sebelum sempat Syed Naufal naik memanggil Nur, Nur sudah turun untuk makan malam.
"Haa. Pandai pun turun ingat nak kene dukung tadi baru nak turun makan." perli Syed Naufal sengaja mencari gaduh.
Nur hanya melemparkan jelingan tajam kepada Syed Naufal. Malas nak melayan perangainya yang macam budak-budak tu.
"Eh, kamu ni Fal. Saja ja nak cari gaduh ye. Sudah, pergi panggil papa kamu untuk dinner." sampuk Puan Sri Siti Haliza.
Syed Naufal hanya menurut perintah mamanya dan pergi memanggil papanya sambil menghentak kaki.

Hish, macam budak-budak. Umur dah 28 tahun tapi masih merajuk hentak-hentak kaki. Getus Nur dalam hati.

"Okay. Sambil kita makan ni, papa ada sesuatu nak cakap dengan semua." kata Tan Sri Syed Akhbar.
"Ada apa paa ? Macam serious je ?" soal Syed Naufal.
"Papa bercadang nak kahwinkan Naufal dan Nur." jawab Tan Sri Syed Akhbar ringkas.
"Whatttt ??!!" jawab Naufal dan Nur serentak.
Puan Sri Siti Haliza hanya berdiam diri. Sebenarnya dia dah tahu apa yang ingin dicakapkan oleh suaminya kerana mereka berdua telah membincangkan tentang hal ini.
"Apa ni paa ? Kenapa tak bincang dengan kami dulu ? Eh kau jangan diam aja. Takkan lah kau nak terima cadangan papa tu ?" kata Syed Naufal.
"Macam ni papa. Nur membantah pun tak menyokong pun tak. Nur terima apa yang papa aturkan untuk Nur. Nur takda hak nak bantah keputusan papa. Kalau papa rasa itu terbaik untuk Nur, Nur tak kisah.
"What ?! Eh kau ni betul ke tak ? Woi aku tak ready lagi lah nak kahwin. Dengan kau pulak tu." bantah Syed Naufal.
"Syed Naufal. Papa tak kira kamu setuju ke tak. Keputusan papa muktamad. Lagipun papa dah berjanji dengan arwah Pak Hamid untuk menjaga Nur dan inilah saja cara kami untuk menghalalkan hubungan kamu berdua supaya nanti tak jadi buah mulut orang. Kalau kamu tak setuju, semua harta papa akan papa wariskan kepada kepada anak-anak yatim." jawab Tan Sri Syed Akhbar.

Cahaya. ✔Where stories live. Discover now