I.H.B 4

18.4K 790 46
                                    

"Syauqina.." Panggil Mak Jah.

Syauqina memandang wajah Mak Jah. Kening diangkat sedikit tanda 'kenapa'

"Mak Jah rasa, Syauqina dah patut dirikan rumah tangga. Dua minggu dah arwah tinggalkan kita. Tapi Qina tak ada perubahan pun." Mak Jah berkata perlahan. Memberi pandangannya.

Anak gadis ini dijaga dari kecil, faham dengan apa yang dihadapi oleh Syauqina. Sungguh berat ujian Allah beri pada dia, tapi Mak Jah yakin Syauqina kuat.

Cuma dia perlukan seseorang yang jauh lebih rapat untuk memberi dorongan dan semangat.

Tzzt Tzzt

"Hello !" Sahut Syauqina.

Aiman yang berada dalam talian.

"Awak keluar jom. Kita laksanakan misi saling mencintai."

"Saya datang dalam dua puluh minit." Syauqina mula bergerak ke tingkat atas. Ingin bersiap.

"Tak payah. Saya dekat depan rumah ni.. saya tunggu" Beritahu Aiman.

Panggilan dimatikan.

"Pasal hal tu Mak Jah, Qina fikirkan nanti.." Syauqina naik ke bilik.

Segera dia bersiap.

Simple. Jubah hitam yang diberi oleh Haji Amdan, dikenakan dengan tudung berwarna emas.

Syauqina bergerak ke arah Aiman. Mak Jah juga berada disitu.

Aiman terpegun. Syauqina, gadis ini banyak kali buat jantungnya tak keruan. Nampak menarik.

"Mak Jah, Qina pergi dulu. Assalamualaikum." Pamit Syauqina.

Tak perasan agaknya Aiman ralit memandangnya. Mak Jah mencuit lengan lelaki itu.

"Kalau berkenan sangat jangan tunggu lama lama. Mak Jah setuju sangat.." Kata Mak Jah memberi semangat. Aiman menjadi malu sendiri. Tertangkap dengan Mak Jah.

"Pergi dulu Mak Jah" Aiman terus masuk kedalam kereta.

Mereka berdua menuju ke Port Dickson. Aiman bercadang, jika ada suasana yang tenang mungkin Syauqina akan ceria.

Walaupun tidak tunjuk. Disebalik wajah tenang dan tak berperasaan itu, hatinya gundah gulana. Sedih.

"Tadi cakap nak laksanakan misi saling mencintai" Syauqina mula bersuara.

"Yup. Tapi, boleh tak kalau nak tukar cara. Saya rasa dengan cara ni awak akan sembuh. Kerja saya pula selesai" Cadang Aiman.

Syauqina berfikir sejenak.

"Apa dia?"

"Kita kahwin !" Putus Aiman.

Langkah Syauqina terhenti, begitu juga Aiman. Pandangan mata mereka berlaga. Lama selepas itu, Syauqina mengangguk.

"Kita kahwin." Syauqina bersetuju. Dia meneruskan langkahnya yang tergendala. Tak peduli langsung pada Aiman yang terpinga.

"Awak setuju? Tak fikir dua tiga kali ke? Parahnya dia ni..."

"Buat apa nak fikir. Ini untuk kebaikan saya, awak juga yang cakap. Saya boleh sembuh dan kerja awak selesai." Perlahan Syauqina bersuara.

Aiman tersenyum.

"Lepas semuanya selesai. Kita bercerai. Okey?" Cadangnya lagi.

Perkahwinan ini hanyalah semata untuk menyelamatkan Syauqina. Aiman harus jalankan tanggungjawab dan wasiat arwah Haji Amdan.

Lagipun, dia bersungguh ingin membantu gadis itu. Masih muda, tapi sayang. Hati batu.

"Baik." Jawab Syauqina sepatah.

﹏﹏﹏﹏﹏

"Sayang.." Syauqina menoleh, dia kenal suara yang memekik dibelakangnya.

Aiman.

"Sayang? Bukan tu untuk cinta ke?" Tanya Syauqina sebaik sahaja Aiman mendekatinya.

"Yaa memang cinta. Kan kita tengah jalankan misi cinta sekarang ni.." Jelas termengah mengah.

"Ya? Tak terasa pun." Balas Syauqina bersahaja. Langkah diteruskan.

"Lahh nak pergi mana pula ni? Sayang jom kita pergi sana. Kedai topeng dengan teddy bear."

Syauqina mengikut langkah Aiman. Sampai di kedai, dibelek sahaja barang barang disitu.

"Syauqina.."

Syauqina menoleh.

"Baaa !!!" Kejut Aiman. Berharap Syauqina melatah atau apa sahaja. Tapi gadis itu hanya.

Diam.

"Budak budak." Dan. Hanya itu.

Aiman menghela nafas. Namun faham keadaan Syauqina, gadis itu dalam proses terapi.

"Qina.. awak ada rasa sesuatu tak?" Tanya Aiman. Mereka berada direstoran, makan. Lapar.

"Rasa apa?" Soal Syauqina kembali. Polos.

"Rasa.. masa saya panggil awak sayang. Saya senyum.. awak rasa apa"

"Entah. Biasa je. Tak ada apa pun. Rasa apa yang awak nak?"

"Saya nak awak rasa berdebar.." Jelas Aiman tanpa disorok. Nadanya juga perlahan, seakan sedih.

"Berdebar? Explain sikit."

"Berdebar.. macam awak lari laju, then you stop running. Bila benda tu berlaku, jantung awak degup laju sangat. Itu fizikal jantung. Kalau mental, awak menantikan sesuatu." Terang Aiman panjang lebar. Syauqina hanya memandang dia teringat akan sesuatu.

"Last saya rasa berdebar rasanya masa saya enam tahun." Beritahunya.

Aiman tersenyum. Sesinya yang pertama mungkin akan berjaya. Syauqina dapat mengerti perasaan berdebar.

"Masa tu awak buat apa?"

"Saya nak ambil sijil prasekolah." Syauqina kembali menyedut minumannya. Otaknya cuba untuk merasakan debaran itu, tapi gagal.

"Oh, okey.. Ada lagi?" Aiman cuba mendapatkan maklumat. Dah alang alang menyeluk pekasam.

"Lagi satu, masa nak naik darjah satu. Tu pun sebab nak masuk sekolah baru." Beritahu Syauqina lagi.

"Qina dapat rasa tak perasaan tu sekarang? Cuba, ingat balik apa yang awak rasa waktu tu."

Syauqina memejamkan mata. Dia tidak dapat gambaran yang jelas.

"Qina.. awak kenapa ni?" Soal Aiman. Peluh mula menitik di dahi Syauqina, gadis itu juga memejamkan matanya. Aiman risau.

"Jangan paksa kalau tak boleh.. dah berhenti." Arahnya. Aiman memetik jarinya, berharap Syauqina sedar.

"Sa..-" Syauqina rebah sebelum sempat menghabiskan ayatnya.

Pandangannya mula gelap. Panggilan Aiman juga tak dipeduli. Dia pengsan.

"Ya Allah ! Qina... Qina bangun." Aiman menggarukan kepalanya.

Nak angkat bukan muhrim. Tak angkat Syauqina pengsan. Tapi dalam islam tak halang persentuhan jika ada kecemasan. Sekarang ni kecemasan.

Nak ke tak nak ke. Aiman menggendong Syauqina lalu dibawanya ke klinik berdekatan.

Lama selepas mendapatkan rawatan, Syauqina mula sedarkan diri.

"Dekat mana ni?" Terpacul soalan dari mulut dia.

"Dekat klinik.. awak pengsan tadi." Beritahu Aiman.

Syauqina kembali memejamkan matanya. Tak larat.

Psikologi Cinta (I.H.B) [ √ ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang