I.H.B 29

15.4K 598 27
                                    

Selepas tamat semuanya, Aiman mendapatkan isterinya untuk dirawat. Namun Syauqina menolak pelawaannya. Keadaan gadis itu masih sama, kadang diam, kadang menangis, kadang termenung. Ada sesetengah itu dia menjerit.

"Hakeem, macam mana keadaan Qina? " Tanya Aiman apabila muncul wajah Hakeem dimuka pintu. Matanya tertancap pada Syauqina yang duduk di birai katil. Isterinya itu langsung tidak mahu melihat wajahnya. Sukar untuk Aiman mengetahui keadaan Syauqina yang sebenar.

"Dia ada Post Traumatic Stress Disorder.. Dia tak boleh lupa apa yang berlaku. Dia tak boleh jumpa kau sebab dia trauma.. " Beritahu Hakeem jujur. Aiman terdiam. Tahu bahawa perkara itu mungkin akan berulang. Dia tertunduk. Tangan kanannya melekup pada pintu.

"Dia akan jadi Syauqina yang dulu ke? " Tanya Aiman perlahan.

"Wei.. " Hakeem mengurut bahu Aiman. Minta untuk Aiman terus bertabah.

"Aku tanya kau, dia akan jadi Syauqina yang dulu ke? "

Hakeem mengeluh perlahan sebelum meneruskan ayatnya.

"Mungkin ya, bergantung pada keadaan..  Disasociation dia mungkin akan kembali. Kau kena banyak bagi dia masa untuk tenangkan diri. Cuba hormati keputusan dia Aiman. " Setelah itu, Hakeem beredar. Membiarkan Aiman disitu memerhatikan Syauqina dengan penuh pengharapan.

"Disasociation.. Syauqina. "

Maisarah datang ke hospital dengan kadar segera. Dari jauh dia memerhati Aiman bersandar pada pintu wad pesakit. Dia berkira kira untuk menegur. Dipaksa dirinya untuk mendekati lelaki itu.

"Aiman! " Tegurnya dari belakang. Aiman tidak segera memandang kerana lelaki itu tahu siapa gerangan tersebut.

"Sarah nak jumpa akak. " Pintanya.

"Jangan masuk walaupun satu langkah. Kau akan burukkan lagi keadaan dekat sini. " Keras amaran lelaki itu. Sarah terundur kebelakang. Niatnya hanya mahu minta maaf.

Setelah Aiman beredar, Sarah terjenguk jenguk mana tahu jika Aiman kembali. Setelah dipastikan, dia menguak pintu wad dengan perlahan lahan.

"Kakak! " Panggilnya. Syauqina menoleh dengan riak wajah bersahaja.

"Kau pergi. Aku tak nak jumpa sesiapa pun sekarang " Halaunya namun diendahkan oleh Maisarah. Gadis itu terus menerus mendekati Syauqina tanpa ragu dan syak.

"Pergi!! " Marah Syauqina.

"Akak, Sarah nak minta maaf tentang hal Mama.. Sarah datang nak—

Syauqina dengan segera menaikkan tangannya. Tanpa mendengar kata kata Sarah.

Pangg!!!

Tidak cukup bagi Syauqina diatambah lagi sebelah pipi.

Pangg!!!!

Kepala Maisarah berpinar. Dia ditolak ke dinding dengan kuat.

Pangg!!!

Sekali lagi pipi Maisarah ditampar sekuat hatinya. Pipi Maisarah merona merah dan kesan telapak tangan Syauqina kelihatan menunjukkan kekuatan temparan tersebut diberikan. Syauqina benar benar marah.

"Kau dengan mak kau boleh pergi jahanam!! Sebab kau, hidup aku menderita. Sebab mak kau aku hilang keluarga dan sahabat aku!! Aku benci kau!!! " Jerita Syauqina memarahi Sarah.

Dari jauh, kekecohan itu kedengaran dari wad. Aiman dan Hakeem segera menuju ke wad Syauqina. Puas Hakeem memujuk Syauqina agar melepaskan Sarah pergi.

"Diam!! Aku nak budak ni rasa macam mana hati ni dirobek, dilukai, disakiti. Aku nak dia rasa macam mana perasaan aku. Aku nak dia tahu apa itu seksaan !!" Tengking Syauqina semakin berani menekan leher Maisarah ke dinding. Darah merah mula mengalir dicelah hujung jari Syauqina. Kuku gadis itu tajam mencengkam leher Maisarah.

Terbatuk adik tirinya itu.

Keadaan semakin teruk, Aiman tiada pilihan selain bertindak memeluk Syauqina. Serta merta perbuatan isterinya terhenti. Hakeem pula, menarik Sarah keluar dari wad. Dia membawa gadis itu ke pejabatnya.

"Lepas! " Pinta Syauqina. Namun semakin erat Aiman memeluknya. Aiman meletakkan dagunya diatas kepala Syauqina.

"Qina. Tolong.. Jangan buat abang macam ni. Abang tak nak Nur Syauqina yang dulu, abang nak Syauqina abang yang lembut.. " Rayu Aiman. Bergenang air matanya saat ayat itu dituturkan.

Sebaliknya, Syauqina diam. Cuba membuang segala bayangan ngeri dalam fikirannya. Tetapi tidak. Perkara itu terus menerus menyakitinya.

Dengan kudrat yang ada dia menolak Aiman.

"Pergi! Kau keluar dari sini. Aku tak nak tengok muka kau, tinggalkan aku. " Dingin dan keras suara Syauqina berkata. Wajah Aiman tidak di pandangnya.

"Qina.. "

"Aku tak nak jumpa kau lagi. Kau dengan dia buat hidup aku menderita. Ceraikan aku! " Pinta Syauqina tanpa dipaksa paksa. Lancar sahaja lidahnya meminta perkara itu sedangkan Aiman terdiam dan terkaku.

"Abang takkan ceraikan Qina.. Sampai bila bila pun tak akan. Biarlah kalau Qina bencikan abang.. " Putus Aiman.

"Jadi, tinggalkan aku. Aku tak nak tengok muka kau! Pergi, jauh dari hidup aku. Biar aku tenang dekat sini, aku tak nak jumpa kau lagi! " Kata Syauqina. Tubuh Aiman didorong ke pintu wad. Tanpa rasa ihsan, Syauqina menghalau Aiman. Pintu wad di hempas kuat olehnya.

Aiman tertunduk.

"Baik kalau itu yang Syauqina nak. Tapi sayang kena ingat, walau apa sekali pun Nur Syauqina Haji Amdan tetap menjadi isteri kepada Aiman Akmal. Dunia dan akhirat. " Setelah percaya Syauqina mendengar kata katanya, Aiman menuju ke pejabatnya. Dia duduk dengan lesu dikerusi empuknya.

Inikah kesudahan cinta dia pada Syauqina?

😘😘

Okey dekat sini ada nota sikit.

Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) adalah satu perkembangan trauma yang dialami pesakit. Penyakit psikologi ini juga dipanggil oleh kebanyakkan orang sebagai 'trauma mental'. Ianya satu gangguan dimana pesakit tak pernah merasai kedamaian dirinya sering dirundum bayangan kejadian yang dialaminya.

Pesakit mengembangkan traumanya kerana akibat kejadia mengerikan, baik di alami oleh dirinya sendiri atau orang lain yang disaksikan olehnya. Disebabkan hal itu, pesakit merasakan ketakutan yang sangat dalam sehingga tidak terdaya untuk menghadapinya.

Gejala trauma dibahagi kepada 4 ;-
(Tapi penulis nak ambil dua sahaja kerana ini yang dialami oleh Syauqina)

Memutar kembali peristiwa hitam yang dialaminya.
Atau dikenali sebagai flashback. Pesakit merasakam bahawa kejadian yang dialaminya berulang ulang kali. Seseorang seperti ini kemungkinan mempunyai gambaran mental tentang trauma. Mengalami mimpi buruk atau mengalami halusinasi tentang trauma.

Penghindaran.
Pesakit akan cuba menghindari orang, benda dan tempat yang mengingatkan mereka kepada kejadian trauma tersebut. Pesakit akan bersikap dingin dan keras untuk tidak rasa sakit atau perasaan yang berlebihan. Ini dikenali sebagai 'Disasociation' dan merupakan character utama pesakit trauma.

Okey, sekian sahaja nota. Malas nak tulis panjang panjang .

Mungkin episod akan datang adalah ending Isteri Hati Batu. Kita sama sama tunggu jelah.

Bye ~






Psikologi Cinta (I.H.B) [ √ ]Where stories live. Discover now