I.H.B 10

16.5K 697 4
                                    

Syauqina dan Aiman sedia untuk bertolak ke Terengganu. Aiman akur dengan keputusan Syauqina untuk berbulan madu di dalam Malaysia sahaja. Jimat duit.

Katanya!

Aiman mengeluh perlahan.

"Awak ada masalah ke?" Soal Syauqina. Dia memandang Aiman dari tadi hanya muncung lepastu, mengeluh. Berkerut dahi Syauqina melihat gelagat Aiman.

"Saya tak nak bercuti dekat sini.. Nak pergi Cayman Island .." Rengek Aiman. Sakit betul hatinya bila Syauqina berkeras untuk ke Terengganu sahaja.

"Tak payah. Keindahan Malaysia lagi cantik dan unik. Jimat kos. Jangan membazir tak baik. Awak sebagai suami patut lebih tahu." Bebel Syauqina panjang.

Aiman termenung.

"Haih yelah cik isteri. Kita honeymoon dekat sini. Jom kita check in hotel!" Sorak Aiman kegirangan. Nak tak nak, gembirakan hati sendiri lebih baik.

"Ermm.. Aiman yang thorchenta." Panggil Syauqina sambil mencuit lengan lelaki itu.

Aiman senyum. Pura pura tidak dengar. Tahu dah apa yang difikirkan oleh Syauqina.

"Awak. Aiman. Aiman Akmal!"

Masih lagi Aiman buat tidak tahu. Dia terus mengambil langkah ke kaunter, mendaftar masuk ke dalam hotel.

Syauqina hanya ikut. Kini gilirannya pula untuk redho.

"Isteri yang baik selalu ada dengan suaminya. Saya ni suami thorchenta awak jadi, awak kena ada dengan saya dalam hotel dan satu bilik! " Seloroh Aiman panjang.

Syauqina menggelengkan kepalanya. Tahu saja Aiman membaca fikirannya. Bukan Syauqina tidak mahu satu bilik, dia tidak biasa itu sahaja.

Aiman membuka pintu bilik hotel. Ceh ! Siap ada mawar merah atas katil. Syauqina duduk. Sementara Aiman sedang menilai sesuatu.

"Qina.. Saya ada denda untuk awak." Kata Aiman dalam nada yang agak serius. Isterinya itu mendongak memandang. Hanya menggunakan isyarat sahaja bila bercakap dengannya.

"Sini.. Saya nak bagi denda. Yelah, awak dah banyak buat salah dengan suami awak ni. Suami ni.. " Aiman menepuk bidang dadanya. Tersenyum melihat Syauqina berkerut dahi datang ke arahnya.

"Apadia? The sound like serious thing" Hairan Syauqina.

Aiman segera merapatkan dirinya. Syauqina tidak pula bergerak. Menanti tindakan Aiman yang seterusnya. Entah mengapa, Syauqina agak terkesan dengan tindakan Aiman. Mungkin dia mula selesa dengan Aiman barangkali.

"Emmm... " Aiman mengemam bibirnya. Kedua tangannya yang besar itu dilekapkan pada bahu Syauqina. Dia memandang tepat kedalam mata bundar Syauqina.

Aiman membuat isyarat mata. Syauqina pula mengikut anak mata Aiman. Tepat pandangan mata mereka ke arah katil. Syauqina kembali berpaling ke arah Aiman.

"Awak gila? " Soal Syauqina.

Aiman mengangguk laju.

"Takkanlah sekarang? Petang lagi kot." Isterinya cuba berdalih lagi. Aiman tersenyum dalam diam.

"Alah... " Dicuitnya bahu Syauqina. Aiman benar benar serius tentang hal ini. Syauqina menggeleng laju.

"Apa yang Qina gelengkan? " Soal Aiman. Tanpa disedari oleh Syauqina, Aiman sudah tiba di pintu bilik air. Siap buka baju lagi.

"Emm awak cakap awak nak... " Syauqina tidak senang duduk. Kenapa dengan dia? Takutkah? Risaukah?

"Nak apa? Saya nak ke awak yang nak... Hah hah?" Ketawa Aiman. Kakinya melangkah kembali merapati Syauqina.

"Isteriku yang hati batu.. " Panggil Aiman perlahan. Jarinya diletakkan pada dagu Syauqina lalu mendongakkan kepala isterinya itu.

"Awak fikir apa? "

"Saya... Emmm" Terus Syauqina alihkan pandangan.

"Saya nak awak kemas katil ni. Tu sebabnya saya pandang katil. Itu sebagai denda. Mana boleh saya bagi diri saya sebagai denda untuk awak, tak adil tu... Tak boleh. Kalau awak nak saya, pastikan awak bersihkan katil ni dengan cermat.. " Aiman menghentikan bicaranya. Ditongkat lagi dagu Syauqina supaya dongak memandang ke arahnya.

"Baru awak boleh dapat saya. Itu, sebagai hadiah dan bonus untuk isteri saya. I'm all yours! " Beritahu Aiman sambil ketawa girang. Kemudian dia menghilang dalam bilik air.

Syauqina terduduk. Memegang dadanya. Dia menoleh ke arah pintu bilik air yang sedia tadi tertutup rapat.

Tiba tiba pintu bilik air terbuka. Terpancar wajah Aiman dimuka pintu. Tersenyum.

"Asal sayang pandang sini? Nak mandi sekali cakap. Tab mandi dalam bilik air ni besar, muat untuk kita berdua.. " Usik Aiman.

Syauqina menjeling.

"Kalau awak tak bersihkan katil ni lepas saya keluar dari bilik air. Awak jadi milik saya malam ni. Saya cakap saya buat. No excuses from you darling.. " Senyuman nakal terbit dibibir. Dia mengenyit mata sebelum daun pintu bilik air kembali di tutup.

"Lagi 15 minit saya keluar! " Jerit Aiman dari dalam.

Syauqina segera membersihkan segala benda alah di atas katil. Bunga bunga juga dikutip. Dia harus segera. Tapi bunga terlalu banyak. Plastik sampah juga tiada.

"Saya nak keluar ni! " Beritahu Aiman lagi. Syauqina memandang pintu bilik air. Tangannya juga pantas bergerak. Di angkat bahunya.

Tidak ambil peduli.

Kriiiik.

Bunyi pintu bilik air dibuka.

"Times up! " Kata Aiman sambil tersenyum.

Syauqina menyilangkan tangannya.

Psikologi Cinta (I.H.B) [ √ ]Where stories live. Discover now