Epilog I.H.B

20.2K 800 33
                                    

This is reward chap for my readers.
last episode Psikologi Cinta (Isteri Hati Batu)

■■■■

Syauqian sedia mengaminkan doa yang dibaca oleh Aiman. Setiap bait kata dan doa yang dipanjatkan kepada Allah kedengaran sayu ditelinganya.

Selesai berdoa, Aiman mengalihkan tubuhnya menghadap Syauqina. Segera isterinya itu mencapai tangannya dan menangis teresak esak. Aiman kaget.

"Syauqina, kenapa sayang? Bagitahu abang kenapa Qina menangis ni? " Soal Aiman sambil mengusap kepala Syauqina.

"Qina berdosa abang. Maafkan Qina, banyak dosa terhadap abang. Qina halau abang, lukakan hati abang. Jauhkan diri daripada abang. Qina derhaka terhadap abang. Tak dapat Qina nak tebus dosa Qina pada abang.. Maaf abang. " Rayu Syauqina meminta maaf. Dicium tangan Aiman berkali kali tanda menyesalnya dia melakukan perkara terkutuk itu pada syurganya sendiri.

"Hey sayang.. " Panggil Aiman. Tangan kanannya mengusap pipi Syauqina. "Abang tak pernah terasa dengan tindakan sayang, abang faham kenapa Qina jadi macam tu dan disebabkan perkara tu jugalah abang bawa diri jauh dari Qina. Tapi kasih sayang abang kuat untuk sayang, jadi abang datang balik pada Syauqina. Alhamdulillah, apa yang abang doa Allah makbulkan. " Terang Aiman panjang. Dia berharap agar Syauqina lebih tenang tetapi tidak, makin kuat tangisannya kedengaran.

"Sayang dahlah.. " Pujuknya.

"Qina makin rasa serba salah pada abang. Qina sayang abang, Qina janji yang Qina takkan derhaka pada abang. Qina akan jadi isteri yang baik dan selalu bahagiakan hari abang. Ampunkan Qina.. " Pintanya. Aiman tersenyum. Lantas dahi Syauqina dikucup lembut. Penuh kasih dan rindu.

Jemari Aiman menyeka air mata Syauqina dipipi. Sekali lagi bibir itu mengukir senyuman manis. Syauqina terdiam.

Perasaan apa yang menyapanya?

Seraya itu dia tertunduk. Segan menatap mata Aiman walaupun mata itulah yang menjadi punca dirinya tak keruan.

"Pandang abang.. " Arah Aiman. Perlahan lahan Syauqina menaikkan wajahnya dihadapan suaminya. Perasaan aneh itu menyapanya lagi. Sensasi malam itu berbeza.

Sekali lagi, dahi Syauqina dikucup. Aiman mencari anak mata Syauqina. Tanpa membuang masa dia meletakkan telapak tangannya diatas kepala isterinya. Kemudian dia berdoa.

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kau jauhkanlah kami daripada musuh kami iaitu syaitan dan kau jauhkanlah dia dari kenikmatan yang Engkau berikan kepada kami " Dengan itu, Syauqina rela meletakkan perkahwinan mereka sebagai satu tanda bahawa mereka berdua layak untuk bahagia.

Cinta yang setia di bawa olehnya dan juga Aiman yang sentiasa menantikannya. Aiman tidak mampu melembutkan hatinya tetapi lelaki itu mampu membuat dia senang dengan kehadirannya disisi.

"Abang cintakan Syauqina. " Kenyataan yang dibuat oleh Aiman membuatkan Syauqina tersenyum manja. Jantung terus mengepam darah hingga ke kepala, dia tidak tahu untuk berbuat apa apa selain mengangguk faham.


Beberapa bulan kemudian.

Sudah empat bulan Aiman dan Syauqina duduk dirumah baru. Sederhana besar dan tampak agak mewah. Suami kerja doktor, rumah haruslah besar.

Itu kata Syauqina.

Sejak mengandung, banyak yang Aiman kena tanggung. Kemarahan, merajuk, cerewet, bebelan Syauqina. Apa saja yang dimasak tak kena pada selera isterinya itu.

Tetapi Aiman gagahkan hatinya untuk bersabar. Biasalah ibu mengandung, pembawakan budak. Aiman hanya mahu menyedapkan hatinya. Hakikatnya, Syauqina suka mengenakan Aiman.

"Syauqina! Ya Allah abang dah cakap dah jangan naik turun tangga, jatuh nanti. Siapa susah? " Bebel Aiman memarahi Syauqina. Mana tak risau, Syauqina sedang mengandung anak pertama mereka. Tambah lagi, minggu lepas isterinya itu hampir jatuh tangga. Nasib baik juga Aiman sempat menyambutnya.

Careless.

"Sayang.. Sini abang pimpin. " Ajak Aiman. Syauqina mencebik.

"Orang nak tolong dia dekat bawah je. Takkan Qina nak duduk dekat atas ni tak buat apa apa? Abang nak sayang gemuk ke? Ohh, boleh lah abang buli Qina nanti? " Tuduh Syauqina melulu.

"Mana ada abang buli " Nafi Aiman. Syauqina menjeling tajam. "Betullah, abang sayang Qina.. Tak sampai hati abang nak buli. Paling paling pun, Abang gigit je. Lainlah sayang.. Buli abang teruk! " Rungut Aiman. Tetapi dia masih menolong Syauqina untuk turun ke bawah. Memimpin tangan isterinya ke meja makan.

Hari ini ulang tahun perkhawinan mereka, itulah sebabnya istimewa makanan hari ini. Semua makanan kegemaran Syauqina terhidang di atas meja. Teruja dia melihatnya.

"Abang yang masak ke?! " Soal Syauqina teruja. Hidungnya menangkap bau haruman makanan di depan matanya. Kembang kempis hidungnya menghidu.

"Ada orang lain ke? Siapa dia tu, Syauqina ke? Oh lupa dia malas! " Perli Aiman sambil mencuit hidung Syauqina. Suka dia mengenakan isterinya itu. Tengoklah, muncung sudah terhasil dari bibir Syauqina.

Tanpa buang masa Aiman mengucup sekilas.

"Abang ni suka tau buat sayang macam ni.. " Rajuknya. Aiman tersenyum, dirangkul Syauqina dari belakang. Mengusap perut boyot wanita yang dicintainya.

"Happy Anniversary Mak Buyung a.k.a Isteri thorchenta alias Nur Syauqina.. " Ucap Aiman. Syauqina tergelak.

"Banyaknya nickname Qina.. " Kata Syauqina. Tangannya mengusap tangan Aiman.

"Abang, Qina janji yang Qina akan ada disisi abang sampai bila bila. Selagi Qina bernyawalah. Terima kasih sebab hadir dalam hidup Qina. Entah berapa kali Qina nak ucap benda ni. Tapi, terima kasih sebab abang bagi kebahagiaan dekat sayang. Happy Anniversary.. " Ucap Syauqina. Aiman tersenyum sipu.

Isteri lagi sweet dari suami ni, Aiman ketawa apabila teringat akan itu. Semoga bahagia itu kekal dengan kahadiran cahaya mata mereka nanti.

Tamat ~

Tamat sudah I.H.B iaitu buku kedua saya. Terima kasih kerana menyokong cerita dan sentiasa menantikan saya update cerita ni.

Psikologi Cinta (I.H.B) [ √ ]Where stories live. Discover now