I.H.B 17

14.1K 638 8
                                    

Ierdina masuk ke dalam pejabat milik Aiman. Dia tahu, Syauqina berada di situ kerana dia dimaklumkan Syauqina akan mendapatkan rawatan disini.

"Kesian kau kan? " Sapa Ierdina menyedarkan Syauqina yang duduk dikerusi suaminya. Aiman keluar untuk urusan diluar bersama lembaga pengarah. Al maklumlah, doktor pakar. Sibuk.

"Maksud kau? " Syauqina memandang tepat pada anak mata Ierdina. Tangannya diletakkan atas meja. Membiarkan Ierdina duduk dihadapannya.

"Yelah, dah lah gila. Kena duduk dekat sini pula tu.. Kau tak rasa ke yang Aiman Akmal malu dengan kau? " Semakin pedas Ierdina bersuara. Apa masalah dia, Syauqina juga tidak tahu.

Ierdina memulakan lakaran pada kertas. Syauqina pula memandang.

Syauqina mula berfikir. Mungkin Ierdina inilah yang dimaksudkan oleh Ariana. Staff  hospital yang berpeluk dengan Aiman dan memperbodohkan perasaannya.

"Kau ni siapa? " Soalan Ierdina dicampak jauh jauh. Tidak mahu menjawab kerana tahu, Ierdina hendak memerangkapnya dengan kata kata. Syauqina tidaklah bodoh seperti difikirkan. Gadis itu dapat membaca pergerakan Ierdina.

Memandang dengan pandangan yang tenang tapi tajam. Anak mata Ierdina itu tepat memandang setiap inci wajah Syauqina.

"Ierdina. Kekasih Aiman... " Beritahunya dengan bangga. Syauqina menjeling ke arah tingkap. Sekarang, apa pula? Dia marah atau, apa?!!

"Tolong keluar sekarang! " Halau Syauqina. Tiba tiba dadanya berombak kencang seolah olah paru paru menghalau semua oksigen yang berkumpul didalamnya.

"Syauqina, kau kena faham. Kau tu orang gila. Berhentilah untuk bermimpi, sebab orang macam kau ni takkan boleh sembuh. Kau akan sakit dan terus merana. Jangan susahkan orang Syauqina, lagi lagi Aiman! " Ierdina memegang bahu Syauqina perlahan dan membisik kepadanya. Ierdina tersenyum melihat kesakitan Syauqina.

Hipnosis yang dilakukan Ierdina berjaya. Kepakarannya sebagai doktor psikologi berjaya dilakukan ke atas Syauqina. Tidak menyangka contengan kertas di atas meja itu berjaya mempengaruhi Syauqina.

"Rasa dan alami sakitnya Syauqina. Fikiran kau, jiwa kau dan perasaan kau. Semuanya mati, kau tak boleh hidupkan dia sebab.. semua orang akan derita" Kata kata terakhir dari Ierdina betul betul membuat Syauqina sesak. Ierdina keluar dari pejabat Aiman.

Syauqina pula, termenung. Makin lama makin kabur dan tidak sedarkan diri. Fikirannya bercelaru. Dia keliru antara Aiman dan Ierdina.

'Ariana.. Tolong aku, tolong' Rayu Syauqina.

Tapi, tiada respon. Ariana senyap. Tiada sebarang perubahan dalam dirinya.

"Qina.. " Panggil seseorang. Syauqina tahu siapa, dia kenal dengan suara itu. Tapi dia tidak mampu untuk bicara lebih.

' Aiman.. '

"Sayang bangun. Syauqina kenapa ni? " Aiman terus menerpa Syauqina.

' Aiman tolong... '

"Saya gila" Terbit perkataan itu dari mulut Syauqina. Aiman terkejut dengan itu. Isterinya kelihatan tidak bermaya, seterusnya menyatakan sesuatu yang pelik.

Aiman terpandang contengan di atas mejanya. Itu contengan hipnosis kecelaruan otak. Siapa yang melakukannya, Aiman berfikir.

"Nur Syauqina, pandang saya. Siapa yang buat ni dekat awak? Tell me, please.. Baby, look at me Syauqina ! " Aiman semakin panik. Syauqina tidak endahkan pertanyaannya malah mengulangi ayat yang sama. Air mata gadis itu juga berjujuran.

"Saya gila. Saya gila. " Syauqina mamai. Otaknya tidak bekerja. Dia inginkan kebebasan tetapi tidak terdaya. Fikirannya betul betul celaru.

Aiman segera mendail nombor telefon senior untuk meminta bantuan. Ini bukan bidang kepakarannya jadi dia tidak tahu apa yang harus dilakukan.

"Bro, datang pejabat aku sekarang, emergency. Aku tak tahu siapa yang buat Syauqina jadi bercelaru macam ni! " Aiman kedengaran panik. Dia mengurut ngurut dahinya yang sedng berpeluh.

Setelah dia mendapat jawapan daripada senior Aiman terus mematikan panggilan. Dia kembali mendapatkan Syauqina dikerusi.

"Syauqina.. Macam mana boleh jadi macam ni sayang? Qina pandang mats saya, bagitahu saya Qina. " Aiman cuba mendapatkan tumpuan Syauqina. Dia cuba mencari anak mata isterinya.

'Aiman tolong saya... '

"Aiman! " Panggil seseorang dari belakang. Aiman menoleh.

"Hakeem tolong aku. Aku tak tahu kenapa dengan Qina. " Aiman memapah Syauqina ke katil. Hakeem mengambil contengan yang dihulur oleh Aiman. Dia menganalisis sebelum merawat Syauqina.

"Syauqina, cuba pandang kertas ni. Ikut pergerakan jari saya, lepastu pejamkan mata awak. " Arah Hakeem. Syauqina mengikut setiap telunjuk Hakeem seterusnya memejamkan matanya.

Syauqina sedar dia berada di satu tempat. Kawasannya agak kabur kerana penuh dengan kabus putih yang tebal. Telingnya dapat menangkap satu suara. Dia tidak pasti suara siapa tetapi suara itu cukup untuk membuat Syauqina sayu.

"Sayang, bangun. Syauqina, jangan terus macam ni. Saya tak nak awak terseksa, jadikan saya plindung awak. Syauqina.. Saya cintakan awak sayang. " Kemudian suara itu sayup sayup pergi.

Syauqina menjerit memanggil gerangan suara yang menyapanya. Namun tiada.

Syauqina terduduk. Menangis sepuas puasnya. Merembeskan air mata yang sudah bertahun tahun tidak pernah gugur dari matanya. Suara itu, suara itu yang membuat dia menangis. Sudah lama dia tidak merasakan kenikmatan tangisan.

"Qina.. " Tiba tiba suara Hajah Syakirn menyapa.

"Ibu!! " Syauqina berdiri. Airmata yang bersisa dimatanya terus mengalir.


Psikologi Cinta (I.H.B) [ √ ]Where stories live. Discover now