I.H.B 15

14.6K 653 6
                                    

Aiman dan Ierdina pergi ke cafe berdekatan hospital mereka. Dua hari kehilangan Syauqina betul betul buat Aiman buntu. Bagaimana dia mahu menyedari Syauqina menghidap personaliti berganda kerana isterinya itu tidak pernah menunjukkan simptom.

"Err.. Aiman, saya nak terus terang dengan awak. Saya harap awak ambil tindakan, jangan biarkan dia terus hanyut Aiman." Kata Ierdina. Aiman memandang pelik.

"Syauqina. Semalam saya nampak dia dekat depan club. Bersama seorang lelaki." Beritahu Ierdina. Riak wajah Aiman terkejut. Dan dia tersenyum.

"Club mana Ier? Cepatlah bagi tahu.." Soal Aiman lembut.

"Dekat depan mastreet light. Dia tak pakai tudung, jadi saya tak berapa nak camlah. Pastu saya pergi dekat dia. Saya tahu tu Syauqina." Jelas Ierdina lagi mengiyakan lagi apa yang dia lihat.

"Saya pergi dulu" Pamit Aiman.

Segera dia memecut laju di jalan raya. Aiman perlu pergi ke tempat yang disebut oleh Ierdina. Syauqina harus di temui.

Selamat sahaja sampai, Aiman berhenti di satu jalan. Dia mahu tunggu sehingga malam, dia yakin Syauqina akan datang.

Tzzt. Tzzt!

Telefon Aiman berbunyi. Dia segera mengangkat tanpa melihat gerangan yang menelefon.

"Aiman, where are you now? " Tanya si penelefon. Aiman kenal dengan empunya suara. Dia menjauhkan telefon dari telinga dan melihat nama yang tertera.

"Qina.." Sapanya tanpa menjawab soalan yang diajukan.

"Ya saya. Awak dekat mana ni?" Soal Syauqina kembali.

Tanpa menjawab, Aiman terus meletakkan panggilan telefonnya. Segera dia bertolak ke rumah.

Sebaik sahaja sampai, Aiman menerjah masuk. Tidak sedar agaknya Aiman sudah pulang, Syauqina membuka video yang di simpan oleh 'penghuni' keduanya, Ariana Atiqah.

Hai Qina, long time no see sister. Dah lama agaknya aku tak keluar untuk tengok dunia yang indah ni. Hah! Kau dah kahwinkan? Kesian kau, ada laki... Tapi curang, siap berpeluk lagi dengan staff dia dekat hospital tu.. Bercumbu cumbuan.." Beritahu Ariana sambil ketawa sinis. Kelakar agaknya dengan kebodohan Syauqina.

" 'Just relax with your stupid feelings for her, Aiman. ' " Ariana mengulang kembali apa yang dikatakan oleh Ierdina.

"Aku nasihatkan, kau tinggalkan jelah dia tu. Tak guna untuk hidup kau pun. Bagi aku hidup, dan kau boleh berehat selamanya. Percaya cakap aku, doktor tu tak berguna. Batalkan rawatan kau dengan dia. Minta cerai sekali. Bye bye" Video itu terhenti. Syauqina campak telefonnya di atas katil.

Aiman curang. Sungguh Syauqina tidak percayakan itu. Tapi Ariana tidak pernah berbohong, lagi lagi jika ada kena mengena dengan hidupnya.

"Stupid feelings for me? " Syauqina mengata dirinya sendiri. Pandangannya beralih ke muka pintu bilik tidur. Wajah sugul Aiman disitu.

"Qina, saya boleh jelaskan" Beritahu Aiman. Dia mendekati Syauqina perlahan lahan.

"Stupid feelings? Apa perkara yang bodoh Aiman, awak yang mulakan dulu dan akhirnya saya yang bodoh?" Syauqina inginkan kepastian. Dia menyilang tangannya.

"Tak Qina, awak tak bodoh. Saya betul betul minta maaf, awak tolong jangan tinggalkan saya." Kata Aiman. Dia semakin menghampiri Syauqina. Semakin dekat dan dekat. Kedua tangan Syauqina di pegang erat.

"Awak buat apa ni? "

"Nur Syauqina, awak kena ikut saya. " Tanpa banyak kata lagi Aiman menarik Syauqina ke dalam keretanya.

"Awak nak bawa saya pergi mana ni? " Soal Syauqina apabila Aiman membelah jalan yang lengang dengan laju.

"Qina, awak tahu tak kecelaruan identiti adalah satu penyakit bahaya. Silap hari bulan, personaliti awak boleh ambil alih fikiran dan badan awak kalau awak tak nak buat rawatan. Ya Allah Qina, kenapa awak boleh sembunyikan perkara yang terlalu besar untuk kita berdua,awak tak sayang saya ke hah?.." Bebel Aiman panjang. Dia risau, terlalu risau.

Syauqina menundukkan wajahnya.

"Mesti awak menyesal kahwin dengan saya. Saya orang gila."

Aiman memberhentikan keretanya. Dia memandang Syauqina dengan penuh kasih. Berharap gadis itu faham kenapa dia harus lakukan begini.

Tentang D.I.D bukannya seperti dalam drama. Berjumpa dengan orang yang dia cinta, personaliti jahat bertukar jadi baik dan akhirnya personaliti itu bersatu dalam tuan punya badan itu sendiri.

Ini tentang realiti kehidupan pesakit kecelaruan identiti. Sungguh berbeza dari drama. Aiman harus lakukan sesuatu memandangkan dia sudah tahu hal ini.

"Syauqina dengar sini sayang. Saya tak menyesal dan tak akan pernah menyesal. Saya minta tolong dengan awak untuk ada di sisi saya. Kita rawat awak, dengan suami thorchenta awak ni ya? " Pujuk Aiman seraya itu didakap kejap tubuh Syauqina.

"Tolong, bagitahu saya semuanya. Daripada A hingga Z..  Takkan awak nak biarkan orang dalam badan awak rampas saya kot. Saya tak rela dimadukan.." Aiman menggelengkan kepalanya berkali kali. Dia membuat perangainya kerana tidak mahu suasana tegang.

"Saya nak pergi tasik. Dekat sana saya bagitahu awak semuanya. " Syauqina memberi arahan. Aiman tersenyum bahagia.

"Baik sayang! " Segera dia memandu ke tasik yang berada betul betul di sebelah hospitalnya. Tempat yang baik untuk meluahkan perasaan.

"Nur Syauqina, awak akan tetap jadi isteri saya. Saya tak curang dengan awak. Percayalah. Awak dalam hati sekarang ni. Lillahitaala. Hanya Allah sahaja yang faham perasaan saya pada awak. Saya perlukan kepercayaan awak untuk saya sembuhkan awak. Saya nak hubungan kita lebih daripada seorang doktor dengan pesakit. Tapi saya sedar yang saya kena jalankan tanggungjawab saya untuk sembuhkan awak. Jadi izinkan saya" Jelas Aiman tanpa dipinta. Pegangan tangan Syauqina dieratkan.

'Bantu aku ya Allah.. '

Psikologi Cinta (I.H.B) [ √ ]Where stories live. Discover now