I.H.B 16

15.1K 617 3
                                    

Azad duduk diruang tamu rumahnya. Berfikir apa yang hendak dia lakukan untuk Syauqina. Dia perlu membantu juga agar Syauqina sembuh. Selepas itu, Aiman akan ceraikan Syauqina.

Azad ingin mendapatkan Syauqina walau apa cara sekali pun. Tapi dia tidak ingin berbuat jahat kerana tahu, tiada kesan atas rumah tangga Aiman dan Syauqina.

Lagipun, dia bukannya anak kecil.

"Aku kena siasat apa punca perkara ni terjadi. Selagi perkara tu tak selesai, Syauqina tak akan sembuh. " Azad bermonolog sendirian.

Kemalangan yang menimpa Hajah Syakirin juga diketahui Azad. Sudah lama Azad ingin berbuat demikian tetapi Syauqina sering sahaja menghalangnya.

___________________

"Kita kena tinggal sini. Saya perlu pantau awak dalam masa seminggu atau dua. Saya takut personaliti awak keluar dengan sendiri. " Terang Aiman.

Syauqina buat tidak tahu. Tak kesah apa yang Aiman mahu buat padanya. Tinggal di hospital ini selama dua minggu. Dia pernah alami lagi dahsyat. Jadi, itu perkara kecil buatnya.

"Awak tak kesah, kan? Saya dah bagitahu Mak Jah, nanti dia hantar kain baju kita. Okey? " Beritahu Aiman lagi. Melihat riaksi Syauqina hanya mengangguk, dia cuba untuk menarik perhatian isterinya itu.

Batang lidi yang berwarna warni disepahkan atas mejanya. Aiman ingin mengajak Syauqina bermain. Harap dia mahukannya.

"Nak join.. " Pinta Syauqina. Dia segera merapatkan tubuhnya pada Aiman.

"Okey, satu batang bergerak denda. No more excuses! "Aiman memberi arahan.

Syauqina menyahutnya. Dia segera mengeluarkan satu demi satu batang lidi berwarna tanpa menggerakkan batang lidi yang lain.

Sementara Aiman mencari perkataan yang sesuai untuk memulakan perbualannya dengan Syauqina.

"So, Ariana muncul masa awak umur tiga belas tahun. Dan masa tu awak kena buli teruk dengan kawan kawan awak. Macam mana awak sedar Ariana ada dalam diri awak? " Aiman memulakan perbualannya dengan Syauqina.

Syauqina tetap menumpukan perhatiannya dengan permainan itu.

"Masa pertama kali saya jejakkan kaki ke hospital gila. Saya dapat rasakan tingkah laku saya berubah jadi pelik. Saya pukul orang" Terang Syauqina jujur.

Aiman menelan air liur.

"Awak tak mimpi ngeri? " Aiman menyoal untuk kesekian kali. Dia mahu Syauqina menceritakan lebih lanjut.

"Saya tak ingat macam mana saya pukul orang tu. Yang saya tahu saya pukul orang, sebab doktor ada bagitahu. Saya tak ada mimpi ngeri. Sebab bukannya saya"

Aiman menghela nafas. Pinggang Syauqina di peluk lalu leher isterinya dicium. Aiman ingin membuat rawatan lebih lanjut. Ialah, rasanya dia tidak akan di 'pukul' oleh Syauqina.

"Qina, pejam mata.. Saya nak buat hipnosis* dekat awak" Aiman memegang tangan Syauqina yang dari asyik mengeluarkan batang lidi.

Syauqina mendengar arahan Aiman. Segera dia memejamkan mata.  Sedar Syauqina, Aiman mengangkatnya lalu letak ke atas katil. Pandangan mereka berdua menjadi redup. Sebelum membaringkan Syauqina dahi isterinya dikucup.

Aiman mengambil pemetik api. Dinyalakan di hadapan mata Syauqina yang sedang tertutup.

"Ini matahari. Cahaya awak dalam gelap. Bayangkan Qina, awak sekarang berada dalam jurang yang sangat gelap. Awak terperangkap. Awak nampak cahaya ni, cuba keluar dari situ dan capai cahaya yang awak nampak.. " Aiman menunggu riaksi dan bayangan Syauqina.

Tiada sebarang pergerakan. Tapi dahi Syauqina berpeluh dan berkerut. Aiman sangat berharap Syauqina cuba untuk mencapai cahaya itu.

"Susah. Saya tak suka dengan benda ni semua. Saya tak mampu nak capai.. " Adu Syauqina. Dia menggerakkan sedikit badannya.

"Teruskan Qina, cuba keluar dari tempat tu. Awak akan dapat perkara yang awak tak jangka kalau awak berjaya..." Aiman memberi Syauqina semangat.

Dalam kotak fikiran Syauqina, dia terperangkap. Cahaya yang Aiman beritahu padanya juga semakin malap. Syauqina tidak mampu untuk meneruskan  untuk melepaskan diri. Akhirnya dia sedar.

Aiman menghela nafas. Dibantu Syauqina agar isterinya duduk dengan selesa. Aiman menyelitkan rambut Syauqina di belakang telinga.

Aiman memberi Syauqina sekeping gambar yang agak besar. Syauqina hanya memandang wajah perempuan itu. Tidak faham dengan apa yang ingin disampaikan oleh suaminya. *media

"Bayangkan warna putih ni Qina, yang hitam ni pula Ariana. Mula mula Ariana ni sikit je, tapi makin lama dia akan tutup warna putih ni. Qina tahu apa yang jadi. " Aiman memberi penerangan pada Syauqina.

Tidak faham dengan soalan Aiman. Syauqina menggelengkan laju kepalanya.

"Qina akan di ambil alih sepenuhnya oleh dia. Saya tahu, kalau pesakit menghidapi identity disorder susah nak sembuh. Tapi kalau Qina cuba inshaa Allah sayang boleh sembuh" Tersenyum Aiman.

"Tapi saya memang nak dia hidup. " Jawab Syauqina.

Aiman menyirap.

"Ya Allah Syauqina, kenapa awak macam ni? Awak tak sayang dekat saya ke? " Aiman mencengkam bahu Syauqina. Ada air mata di tubir mata Aiman.

Kenapa dia begitu susah untuk memahami Aiman. Syauqina tunduk memandang bidang dada Aiman, dia tiba tiba tidak berani.

"Awak tak tahu Aiman, saya sakit. Saya sedih. Ariana yang selalu lindungi saya. Dia pelindung saya. " Jelas Syauqina.

"Kalau macam tu bagi saya jadi pelindung awak. " Akhirnya, air mata lelaki itu mengalir dipipi. Sayangnya dia pada Syauqina sehingga tidak sanggup melihat isterinya itu menderita. Tapi terlalu payah buatnya.

"Awak. " Syauqina terpaku. Pertama kali dia melihat Aiman menangis dihadapannya. Bukannya dia tidak pernah melihat orang mengalirkan air mata dihadapannya, tapi tak pernah dihiraukan. Tapi Aiman, jari Syauqina ingin mengesat air mata itu. Entah mengapa, berat. Berat untuk dia lakukannya.

"Biar awak boleh hidup dengan saya.. " Aiman melepaskan cengkaman pada bahu Syauqina. Dipalingkan wajahnya sebentar.

Syauqina pula termenung. Apa yang dia rasakan saat ini. Pantas dia menggelengkan kepalanya. Semua perasaan itu jika boleh, dia jauhi.

Hypnosis*

Istilah hypnosis berasal dari perkataan hypnos yang merupakan nama dewa tidur orang Yunani.

1. Hipnosis adalah cara yang menyerupai tidur yang dilakukan oleh seseorang. Walaupun dalam keadaan tidur mereka masih lagi boleh mendengar dan menjawab pertanyaan yang diajukan.

2. Hipnosis juga boleh dijadikan teknik untuk mempengaruhi orang lain.

3. Hipnosis adalah cara dimana perhatian menjadi sangat fokus sehingga meningkat sugestibilitis ( daya menerima tetapan)  menjadi sangat tepat.

4. Hipnosis adalah satu komunikasi untuk mengubah seseorang hingga mengubah tingkat kesedarannya.

Sekian dari saya 😘😘

Psikologi Cinta (I.H.B) [ √ ]Where stories live. Discover now