I.H.B 11

15.6K 697 26
                                    

"Suami thorchenta." Sapa Syauqina.

Aiman menjeling. Cukup tajam. Mana tidak, rancangannya gagal. Tidak menyangka pula Syauqina pantas membuat kerja.

Kesemua kelopak bunga mawar berjaya dibersihkan oleh Syauqina. Dalam masa 15 minit sahaja. Memang betullah, Syauqina seorang gadis yang aktif.

"Malam ni saya awak punya. Tapi ingat, jangan ganas ganas.. Saya tak suka" Aiman tersenyum. Rambutnya yang basah dilap menggunakan main tuala. Syauqina hanya  memerhati.

"Nanti kalau apa apa jadikan susah... " Tambahnya. 

Syauqina berdecit.

"Awak ingat saya ni perempuan ganas ke? Saya ni keras, bukan ganas." Syauqina membela dirinya.

"Ya saya tahu sayang tapi manalah tahu, daripada keras ke ganas. Habis saya nanti.." Aiman tersenyum dalam diam. Saja mahu dari gaduh dengan Syauqina.

"Awak tengah uji saya ke sekarang? " Soal Syauqina. "Kalau awak tengah uji, saya minta maaf. Awak gagal kesan kemarahan saya."

"Kita tengah honeymoon ni, bagilah saya berehat.. " Kata Aiman lalu mencampakkan kain tuala pada muka Syauqina. Dia tersenyum lalu berdiri di koridor. Menghirup udara segar.

"Hmm.. Aiman." Panggil Syauqina.

"Yaa sayang? " Sahut Aiman manja. Ditarik tangan Syauqina agar rapat dengannya. Aiman memeluk Syauqina dari belakang. Dia inginkan kedamaian.

"Macam mana zaman awak masa kecil? " Soal Syauqina tiba tiba. Aiman meletakkan dagunya diatas bahu Syauqina.

"Saya tak tahu.. " Bisik Aiman perlahan. Syauqina hairan lalu memusingkan kepalanya.

Chupp!

Terus Aiman menyambar bibir Syauqina. Di biarkan bibir mereka bertaut sebentar sebelum Aiman melepaskannya.

Syauqina menolak tubuh Aiman. Dia inginkan jawapan, bukan ciuman. 

"Saya tak ingat zaman kecil saya sayang.. " Jawab Aiman. Syauqina kembali memandang ke hadapan.

"Kenapa pula awak tak ingat? " Tanya Syauqina lagi.

"Mak saya cakap, dulu kami pernah kemalangan. Saya tercampak ke seberang jalan. Kepala saya terhentak dekat penghadang jalan dan.." Sebelum sempat Aiman menghabiskan ayatnya Syauqina menyampuk.

"Hilang ingatan? " Duga Syauqina.

Aiman mengangguk. Membenarkan dugaan Syauqina. Melihat Syauqina mengangguk perlahan membuatkan Aiman tersenyum.

"Qina. " Panggilnya.

Syauqina menoleh.

Chupp!

Lagi sekali, Aiman bertindak berani untuk mencium bibir Syauqina sekali lagi. Tapi yang peliknya, isterinya itu hanya membiarkan sahaja.

"Awak tak marah saya cium awak? " Hairan Aiman.

Syauqina menggelengkan kepalanya.

"Ciuman tu tak bermakna bagi saya. So, macam mana saya nak marah pada awak? " Kata Syauqina. Dia tidak perasan agaknya riak wajah Aiman berubah.

"Malam ni saya bebaskan awak. Tapi satu syarat... Eh? " Syauqina menghentikan bicaranya apabila Aiman hilang. Dia masuk kembali ke dalam dan melihat Aiman memejamkan matanya di atas katil.

"Saya nak keluar? Nak ikut?" Tanya Syauqina. Aiman tidak pula membalas malah menarik selimut agar menutupi seluruh tubuhnya. Syauqina mengangkat bahu. Alat kawalan penghawa dingin diambil, dia menurunkan sedikit suhu bilik. Membiarkan Aiman tidur dengan nyenyak.

Syauqina keluar.

Aiman mengintai, mahu memastikan bahawa Syauqina sudah pergi atau belum.   Setelah itu, dia menendang selimut berkali kali. Daripada selimut itu elok terletak, sehinggalah terjatuh ke bawah.

"Tak ada makna?!" Marah Aiman. Kali ini bantal peluk pula menjadi mangsa.

"Susah betulkan nak lembutkan hati kau? Argh!!  Tak ada makna!! " Aiman menutup mukanya kembali. Tidak habis memberontak atas katil.

Dia duduk kembali.

" 'Saya bebaskan awak malam ni?' Bebaskan? Wei, sepatutnya aku yang cakap benda tu! Tak adil betullah!! " Protes Aiman lagi. Geram. Geram.

"Aiman kenapa awak tumbuk bantal tu? " Soal Syauqina menghentikan perbuatan Aiman.

"Saya.. Emm nak cuba try test taekwando saya je." Dalih Aiman. Yelahtu, padahal nak tutup malu.

"Jomlah kita turun makan dekat bawah. Betulkan rambut awak tu.." Arah Syauqina. Aiman mengikut arahan isterinya. Tapi wajah isterinya itu langsung tidak dipandang.

Malas.

"Saya nak makan keropok ikan je." Beritahu Aiman. Dingin. Aiman masih tidak boleh menerima hakikat bahawa dia ditolak mentah mentah. Dia mahu melancarkan perang dingin dengan Syauqina.

Tapi berapa lama?

"OK. Jimat duit." Katanya membuatkan Aiman berhenti melangkah. Keluhan berat dilepaskan dari bibir lelaki itu.

"Hati batu, kedekut betullah.. " Perli Aiman. Dia menyilangkan tangannya.

"Doktor gila, untuk pengetahuan doktor saya ini master of economi 's student. Jadi perlulah saya berjimat" Beritahu Syauqina.

Aiman memandang atas bawah. Senyuman sinis dipamerkan.

"Heh, budak ekonomi." Kata Aiman mengejek. Dia meninggalkan Syauqina di hadapan restoren lalu duduk di tempat yang tersembunyi.

"Aiman? " Syauqina mencari kelibat Aiman. Namun tiada.

Hatinya tiba tiba timbul rasa risau. 'Kenapa dengan aku ni? ' Kejadian Hajah Syakirin di langgar mula bermain di fikiran. Syauqina memegang kepala. Terasa berputar dunianya.

"Aiman.... " Panggilnya lagi. Pandangan Syauqina semakin kelam. Tiba tiba sahaja dirinya jadi seperti itu.

Aiman yang memerhati Syauqina dari tadi terus menghampiri isterinya itu. Sempat disambut oleh dia apabila tubuh Syauqina ingin mencecah lantai.

Aiman mengangkat Syauqina ke dalam bilik hotel semula. Menyesal pula dia sembunyikan diri. Sekarang, Syauqina pengsan.

Argh Aiman Akmal, apa yang dia dah buat ni?

Psikologi Cinta (I.H.B) [ √ ]Where stories live. Discover now