I.H.B 9

15.9K 736 12
                                    

"Baik, Syauqina.. Awak tengok ni, perhatikan gambar rajah ni betul betul." Aiman memulakan rundingan dengan Syauqina.

Syauqina memerhatikan gambar dihadapannya. Makin dalam dan dalam. Satu gambar rajah mula muncul diruang matanya. Syauqina mengalihkan pandangan.

Pantas Aiman memeluknya dari belakang.

"Tenang, cuba perhatikan lagi. Lepastu saya akan menilai awak. Dan punca awak jadi macam ni." Kata Aiman memberi semangat. Dia kembali melepaskan Syauqina.

Okey, Syauqina menarik nafas dalam dalam dan memerhatikan gambar itu kembali. Taman bunga berwarna warni.

Mata Syauqina terpejam. Dia seolah berada di taman tersebut.

"Kita ada dekat dunia awak sekarang Qina.. Teruskan memerhati." Aiman berkata perlahan ditelinganya.

Syauqina mula memerhati dirinya waktu kecil. Berlari riang dengan tiupan angin. Syauqina ketawa kerana ibu memeluknya. Itu sungguh bahagia.

Kemudian.

Zasss!!

Syauqina terpandang.

"Ibu?" Syauqina memanggil. Pelukan ibu terus hilang dari pinggangnya. Ibu berlari meninggalkan dia.

"Ibu!!!" Teriak Syauqina. Syauqina berlari ke arah ibunya. Namun kelibat ibu hilang.

Yang hanya Syauqina dapat lihat adalah kereta yang menghenyak ibu dibawahnya.  Syauqina terduduk.

"Qina.... " Panggil ibu Syauqina, Hajah Syakirin.

Syauqina merapati ibunya. Badan ibu yang penuh dengan darah di dekati.

"Jangan menangis Qina, jangan menangis sampailah semuanya selesai. Ibu tak nak anak ibu mengalirkan air mata walau setitik pun jika perkara ni tak selesai ya sayang?" Pesan Hajah Syakirin. Nafas Hajah Syakirin makin hilang lalu tidak sedarkan diri.

Syauqina (dewasa) memerhati lagi. Dia baru perasan ada seorang budak kecil terbaring disebelah jalan. Budak kecil yang hampir sebaya dengannya waktu kecil terbaring lemah.

"Ibu nak selamatkan dia.." Syauqina berkata perlahan.

"Sebab dia ibu mati!!" Syauqina mula berapi. Hatinya marah. Kenapalah baru sekarang dia perasan. Kalau tidak, dia bunuh saja budak kecil yang menjadi punca Syauqina kehilangan ibunya.

Dengan pantas Syauqina pergi ke arah budak kecil itu. Aiman panik, dia ingin menyedarkan Syauqina sebelum perkara ini menjadi lebih teruk.

"Kau bunuh ibu aku!!" Syauqina menjerit lalu cekik leher anak kecil itu. Sakit hatinya!  Sakit!!

"Mati kau! Kau puncanya!! " Marah Syauqina lagi.

Aiman disitu menghalang. Cuba ditahan tangan Syauqina yang ingin membunuh anak kecil itu.

"Qina, bila saya suruh awak bangun. Bangun Syauqina!!" Dalam kiraan tiga Aiman segera memetik jarinya.

Syauqina tersedar. Nafasnya tercungap cungap. Matanya tajam memerhatikan Aiman.

"KENAPA AWAK SEDARKAN SAYA AIMAN?!!!" Marah Syauqina.

"Awak nak bunuh dia Qina.. It can't be. Awak tak boleh bunuh dia dalam memori awak!" Beritahu Aiman. Lalu memeluk tubuh gadis itu.

"Dia punca ibu mati.."

"Sudah sudah... Awak minum air ni. Tenangkan diri tu." Aiman menghulurkan segelas air. Syauqina menyambutnya dan minum dengan rakus.

Aiman termenung.

"Perkara tu dah selesai ke belum?" Soal Aiman.

"Belum." Jawab Syauqina. Gelas diletakkan di atas meja. Aiman dipandang.

"Apa maksud awak..  Belum?"

"Lepas ibu kena langgar, saya nampak seseorang di belakang pokok. Dia pandang dan tersenyum pada saya. Punca kejadian tu masih lagi tak selesai. Polis hanya putuskan kemalangan." Terang Syauqina.

"Sebab tu awak macam ni. Jadi perempuan yang tak ada hati dan perasaan. Hati batu?" Aiman ingin menguji tahap mental Syauqina.

"Entah. Saya ikut cakap ibu, selagi hal ni tak selesai. Saya takkan boleh menangis."

"Habis, budak kecil yang awak cuba bunuh tadi. Awak cakap dia puncanya"

"Yaa memang dia puncanya. Saya rasa. Orang nak bunuh budak kecil tu, tapi ibu jadi mangsa... Dia? Agaknya dah bahagia sekarang." Syauqina meneka.

"Awak kenal siapa dia?" Tanya Aiman. Syauqina menggeleng perlahan. Dia tidak kenal siapa anak kecil yang menjadi punca ibunya meninggal.

"Kita kena selesaikan perkara ni Qina.." Cadang Aiman dengan yakin.

"Impossible, this case will never end. Benda ni, dah 17 tahun berlalu. Kita lupakan perkara ni. Saya tak akan sembuh. Buat rugi je awak kahwin dengan saya." Syauqina menyangkal.

"Tapi, saya yakin awak boleh sembuh Qina.. Saya takkan mengalah. Dan saya minta awak juga." Aiman memberi semangat. Dia tahu Syauqina gadis yang kuat.

"Entahlah.. Dahla saya nak turun makan." Pamit Syauqina.

"Oh, jangan lupa. Kalau saya tak boleh sembuh dan awak putus asa. Awak ceraikan saya" Pesannya lagi.

Aiman menarik nafas panjang. Hati lelaki itu sudah jatuh sayang, tapi Syauqina tetap dengan pendiriannya.

Ya Allah, kuatkan Aiman.

Psikologi Cinta (I.H.B) [ √ ]Where stories live. Discover now