Bab 1

9.9K 202 54
                                    

BAB SATU: HARI KEDUA

"Mung Dokleh Lari Dari Mase Lepah."

TARIKH: 17/5/201X; MASA: 1117

Aku memandang ke luar tingkap, melihat pergerakan 'mereka' semua dari tingkat atas. Airmataku mengalir. Aku cuma mampu bersembunyi di dalam bilik yang lengang ni. Dalam bangunan dua tingkat dikelilingi oleh 'mereka'. Mana lagi boleh aku pergi?

"Menatang. Babi. Bakper jadi lagu ni?" Pertanyaan yang aku tahu tiada yang akan menjawab kerana aku bersendirian kini.

Aku melihat sejenak sekeliling bilik, kertas merata-rata, meja berterabur, kerusi lagilah, percikan darah ada di beberapa tempat. "Ni bukan bilik guru hok aku kenal," kataku perlahan. Entah pada siapa aku tujukan, aku tak tau, sekadar bermonolog.

Baru aku perasan kesan darah kat baju seragam aku. Uniform high school. Warna putih kemeja aku dah dicorakkan dengan warna merah darah, seluar dah tak berapa nak hijau sebab ada darah gak. Gaya aku ala-ala samseng kampung dah sekarang, baju tak masuk dalam, lutut seluar koyak, rambut kusut-masai. Cibai semua ni. Aku bukan samseng pun, aku budak nerd.

Kat tangan aku pulak ada bow dengan arrow. Sempat aku rembat dari stor sukan tadi. Tak sia-sia aku join kelab memanah sebelum ni. At least, aku ada peluang nak try skill aku dalam situasi terdesak sekarang.

"Lening?" aku bermonolog lagi. Baru teringat keadaan aku sekarang. Aku perhati tingkap semula. 'Mereka' masih dalam keadaan statik, tak bergerak. Tiada tanda mereka perasan kehadiran aku. Aku dengar bunyi dari luar bilik. Derapan kaki. Perlahan.

Satu? Atau enam? Berapa ramai? Aku cuba meneka bilangan 'mereka'. Airmata aku masih mengalir. Tiada esakan. Sejantan mana pun aku, tak mungkin aku boleh bunuh member aku sendiri. Tapi 'mereka' dah mati. Shit. Aku mula pening. "Time hakikat, Radhi." Aku cuba menasihati diri aku sambil mengesat saki-baki airmata.

Aku sudah buat pilihan. Aku bangun. Periksa berapa banyak arrow yang berbaki. Tinggal lagi tujuh. Memang tak cukup. Satu keluhan panjang aku lepaskan. Tabiat buruk.

Aku menghirup nafas dua-tiga kali. Bagi up semangat balik. Siapapun 'mereka' sekarang, aku tak boleh mati katak dalam tangan 'mereka'. Ada janji perlu aku tunaikan. Janji seorang kawan. Aku menyeluk poketku. Sepucuk surat masih selamat dalam jagaan aku. Inilah 'janji' aku. Amanah yang selamatkan nyawa aku dengan harga seorang sahabat. Amanah yang membuatkan aku masih berjuang untuk hidup. Pedih tetapi itulah hakikatnya.

"TOLONG!" satu pekikan wanita terdengar tidak jauh dari tempat aku bersembunyi. Siapa tu? Aku kenal suara tu.

"Dok kan ar." Aku seolah dapat mengagak lalu berlari keluar dari bilik guru. Sah. Sangkaanku tepat.

Seorang pelajar perempuan sedang dikejar oleh 'mereka'. Ada tiga yang mengejar, atau aku boleh kata menderap, sebab mereka bergerak perlahan. Pelajar perempuan itu terperangkap di hujung laluan bangunan. Pakaiannya berlumuran darah. Uniform putih biru muda itu sudah tidak sesuci tuannya. Pelajar itu teresak menangis. Menyedari tiada pilihan lain, dia terduduk. Sudah menyerah kalah. 'Mereka' masih mendekatinya.

"Zupp!" Satu daripada 'mereka' tumbang sebaik kepalanya terkena sasaran anak panah aku. Dua lagi meneruskan pergerakan seolah tiada apa yang berlaku pada ahli 'mereka'. Aku melepaskan dua lagi anak panah tepat mengenai kepala mereka. Bangga aku sekejap dapat berlagak macho depan awek lawa. Perasan.

Aku segera mendapatkan budak perempuan tadi. "Sofea, mung okey dok?" tanya aku sebagai mukadimah. Sofea masih lagi menangis teresak-esak. Badannya menggeletar ketakutan. Perkara normal bagi semua orang yang berada dalam situasi sekarang. Aku papah Sofea yang masih membisu seribu bahasa ke dalam bilik guru tadi. Dapat bersembunyi sekejap daripada 'mereka'.

SAHUT - sebuah novel oleh RasisWhere stories live. Discover now