Bab 2

5.6K 106 24
                                    

         

BAB DUA: MENDE HOK DOK ORANG DUGE

"Bukang malang je dok tubik bau, bala pon dok tubik bau."

TARIKH: 13/5/201X; MASA: 0715

Pagi hari ni sama seperti hari sebelumnya, tiada perkara baru mahupun mengujakan. Semuanya sama saja seolah-olah tiada apa yang perlu dirasakan teruja mahupun bersemangat. Aku memakai kasut sekolah berwarna hitam kilat sebelum melangkah keluar dari dorm. Aku menjenguk ke dalam dorm sebentar. Ada yang tengah bersiap, ada juga yang masih tidur. Tanpa menghiraukan mereka, aku bergerak ke destinasi rutin harianku. Kelas.

Disebabkan kami semua merupakan pelajar sekolah berasrama penuh, maka tiada halangan untuk kami ke kelas. Setidak-tidaknya, itu apa yang aku fikir. Masih ada di antara kami yang lewat ke perhimpunan dan kelas. Bagi aku, ia adalah satu contoh yang tidak baik.

Ada juga pelajar yang mempunyai masalah pemakaian. Seluar londeh. Kemeja kusut. Rambut serabai. Langsung tidak sesuai dengan personaliti aku yang sentiasa berpakaian kemas setiap kali hendak ke sekolah. Sering kali juga aku merasakan aku contoh terbaik apabila ramai guru memuji kekemasan pakaianku.

"Gini hok orang royak budok kemah," aku bermonolog sambil menuruni tangga terakhir.

Sebaik saja aku menjejakkan kaki ke tanah, aku nampak ramai pelajar berkerumun di bilik air. Kebanyakannya masih lagi memakai kain tuala. Suasana di sekitar bilik air itu riuh-rendah. Macam pasar malam pulak rasanya.

"Rebut bilik air ke belake nim?" Aku tersengih kecil sambil melepasi mereka.

"Mung biar betul?!" Satu perkataan hinggap di gegendang telinga aku. Loghat Terengganu-nya cukup pekat.

"Sumpoh aku dok lebong!" Lagi satu loghat negeri menerjah.

"Aku dengor dier mampuh doh!" Satu ayat lagi menerjah gegendang telinga aku. Aku segera berhenti lalu mendapatkan salah seorang dari mereka.

"Bakper ni?" aku bertanya dengan penuh kebingungan. Risau jugak bila dengar ada orang mati.

"George mampuh," jawab salah seorang daripada mereka. Syahdu.

"Shit." ayat pertama terpacul keluar dari mulut aku. Sebagai pelajar yang dilabelkan baik oleh pihak sekolah, jarang aku mengeluarkan kata-kata lucah sebegini.

"Mung biar betul?" aku bertanya untuk kepastian.

"Yer." Dia mengambil nafas sebentar.

"Tapi aku dokleh blah bila orang royak dia mampuh kene cekik," sambungnya lagi.

Aku tersentak. Mati kena cekik. Maksudnya ada pembunuh di kawasan sekolah. Hati aku mula tak tenteram memikirkan perkara ini. Tak lama kemudian, aku lihat Ustaz Jo, berpakaian seperti orang surau dengan tubuhnya yang kecil keluar daripada bilik air. Seorang lagi mengikut gerak langkah Ustaz Jo bertubuh sasa dengan pakaian seragam pegawai polis. Riak muka Ustaz Jo sangat risau seolah-olah baru lepas membuat jenayah.

"Mung belake gi derah siap pahtu gerok dewan lalu!" teriak satu suara dari dalam. Seorang lelaki bertubuh sasa keluar. Pakaiannya seolah-olah baru lepas bersenam. Cikgu Nik.

"Paka je baju menda hong mung ade, aku nok sume kumpul kat dewan derah!" Satu lagi sergahan suara dari dalam. Keluar pula seorang lelaki berbadan sederhana. Pakaiannya cool seperti budak-budak universiti. Cikgu Roslan.

Ramai sangat cikgu pagi ni dekat asrama. Aku sudah mula merasakan berita yang aku dengar pagi tadi adalah benar. Aku mula bergerak ke kelas bila Cikgu Nik menghalau kami pergi dari situ. Muka kesemua cikgu yang berada di situ sangat risau. Siapa tak risau, anak murid mati. Kena cekik pulak tu.

SAHUT - sebuah novel oleh RasisWhere stories live. Discover now