Bab 17 - 19 (TAMAT!)

4K 115 41
                                    

         

BAB TUJUH BELAS: DETIK BERLALU

"Mase dok tunggu, gitu gok awek cun."

TARIKH: 8/6/201X; MASA: 1125

"Aku kene derah." Aminurul melihat jam di tangannya. Langkah kakinya makin laju. Dia segera menahan teksi.

"Hospital besor, lalu!" Aminurul memberi arahan. Pemandu teksi yang terkejut hanya mampu akur.

Aminurul mula menghubungi Sahar, lama berbunyi dan talian diputuskan. Dia mendail lagi sekali, perkara sama berulang. Aminurul mula bengang dengan Sahar. Selepas beberapa kali mencuba, barulah Sahar menjawab.

"Bakpe mung susoh ngat nok angkat tepon?" Aminurul menekan suaranya.

"Nok wat guane, aku baru bangun tidur," Sahar menjawab separuh sedar.

"Mung nyanyok ke mende? Kan kite janji doh nok buat ari ni," Aminurul berkata.

"Oh, aku malah nok gerok ar. Mung buat ar sorang." Sahar menguap.

"Kite kene buat lalu, mung dok risa ke kalu rahsia tu sapaa kat tangan dorang?" Aminurul cuba mengugut.

"Aku dok kisoh, identiti aku bereh, mung je hok nok kene cover." Sahar memerli balik.

"Babi." Aminurul mencarut perlahan tetapi cukup jelas untuk didengari Sahar.

"Aku doh nego molek ngan customer, kira ni part mung ar nok perabih baki hok lebih ni." Sahar cuba membela dirinya. Aminurul mengeluh perlahan.

"Hmmph, okaylah." Aminurul mengalah. Talian telefon dimatikan.

"Err, dik," pemandu teksi menegurnya. Aminurul memandang.

"Ya?" Pertanyaan diajukan kepada pemandu teksi.

"Kite sampa lame doh." Aminurul tersipu malu. Dia tak perasan dah lama teksi berada di perkarangan hospital.

"Berape riya?" Aminurul bertanya. Padahal dia sudah tahu hanya dengan melihat meter tambang teksi yang tertera.

"Lima riya je, baki sen-sen tu abang dok kisoh," pemandu teksi berkata lembut.

"Ni die." Aminurul memberikan duit kertas lima ringgit. Dia segera keluar daripada teksi. Matanya memerhatikan bangunan hospital yang tersergam indah di hadapannya.

"Duane bilik Megat ni?" Aminurul bermonolog. Dia pergi mendapatkan jawapan pada kaunter utama di ruang utama.

"Tumpang tanya, kak, duane eh bilik Ustaz Megat? Dia ngajor kat sekoloh SAHUT," Aminurul bertanya. Dia menyelitkan sedikit maklumat berkenaan Ustaz Megat.

"Oh, hok putus lengan tu. Adik maghi nok lawat ke?" jururawat yang berada di situ bertanya kembali.

"Ho'oh, saye pun mangse sekali ngan die," Aminurul menambah lagi.

"Due oghang budok hok selamat tu?" Jururawat tersebut bertanya seakan tidak percaya. Aminurul hanya mengangguk.

"Omaigod, omaigod, kena ambik gambor ni." Jururawat tadi segera mengeluarkan telefonnya. Tanpa persetujuan Aminurul, dia dipaksa ber-selfie.

"Royak cheese, royak cheese." Jururawat tadi memberi kata kunci tatkala mereka mengambil gambar. Selepas beberapa gaya selfie dilakukan barulah dia diberitahu bilik Ustaz Megat ditempatkan.

"Mekasih, ya." Aminurul meminta diri. Kaki Aminurul bergerak perlahan mengira detik pembunuhan yang bakal dilakukannya.

Berita Ustaz Megat sedar daripada komanya mengejutkan Aminurul, walaupun keadaannya masih belum stabil tetapi rahsia kekejaman dirinya boleh tersebar bila-bila masa saja. Badannya terasa panas, dihantui gelisah dan resah sejak malam semalam.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 22, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SAHUT - sebuah novel oleh RasisWhere stories live. Discover now