Bab 7

2.2K 74 5
                                    

BAB TUJUH: MALAM TERAKHIR

"Masa tu berharga, Jage molek."

TARIKH: 15/5/201X; MASA: 2100

Aku sedang bersandar di bahagian dalam dinding surau bersama jemaah lelaki yang lain. Kesemua tingkatan dari tingkatan satu hinggalah ke batch kami, tingkatan lima. Fahmi di sebelah kanan aku sedang asyik membaca naskah surau sambil aku menongkat dagu memerhatikan sekeliling.

"Ustaz Jo kabo tadi nok jumpa lepah Maghrib," Razin berkata sebaik saja dia duduk di sebelah kiri aku. Badannya segera disandarkan pada dinding.

"Ni doh lepah Isyak doh ni," Razin menyambung kata-katanya.

"Ustaz Jo ada hal asenya. Lagipun aku dok rase Ustaz Jo nok cerita hal petang tadi kat budok puang sekali," aku membalas kata-kata Razin.

Razin melihat ke belakang surau yang lengang. Biasanya tempat itu dipenuhi dengan budak perempuan untuk solat berjemaah. Mungkin sebab kejadian petang tadi, hanya kami yang dikumpulkan. Adat guru disiplin sekolah sekiranya kesalahan ini melibatkan jantina.

"Dok au ar," Razin berkata hampa. Tak lama kemudian, Razin bermain dengan telefon bimbitnya.

"Untung ah orang ade awek." Aku sengaja kuatkan sedikit supaya Razin terasa. Sarcasm.

"Takdop maknenya," Razin berkata sambil tersenyum. Matanya masih lagi menghadap telefon bimbit. Tangannya juga tidak lekang menaip sesuatu di punat telefon tersebut.

Fahmi tiba-tiba bangun dan meluru ke arah rak bacaan. Naskah yang dibacanya tadi diletakkan semula pada rak tersebut. Dia menggeliat sebentar sebelum kembali duduk bersandar di sebelah aku.

"Lambat Ustaz Jo nok sampa ni." Fahmi memulakan perbualan.

"Nok wat guane, dorang tengoh pikir nok bagi hukuman mende kat kite," aku membalas hambar.

"Dok ase, keh tahun lepah un die biar gitu je." Fahmi menafikan andaian palsu aku. Bukannya aku kisah sangat.

"Kut-kut. Jap." Aku teringat sesuatu.

"Esok hari guru, an?" aku bertanya pada Fahmi.

"Yelah, guane lok kite leh lupe?" Fahmi menepuk perlahan dahinya. Bukan salah dia, banyak sangat yang berlaku sampaikan kami terlupa pasal Hari Guru.

"Wei, Razin. Ader mende-mende dok hok nok kene buat malam ni?" aku bertanya pada Razin.

"Buat mende?" Razin bertanya aku kembali dengan muka yang terpinga-pinga.

"Hari Guru-lah," Fahmi menjawab.

"Esok ke?" Razin seperti tidak percaya. Dia melihat kalendar di telefon bimbitnya.

"Betullah." Razin mengeluh perlahan.

"Bukan besenye mung ke hok tahu pasa mende-mende gini?" aku bertanya lagi.

"Dok tau ar aku. Try ar tanya KP." Razin membela dirinya. 'KP' yang dimaksudkan Razin ialah Ketua Pelajar. KP terkini kami ialah Iffat tapi sayang sekali dia tiada masa pergaduhan petang tadi.

"Doh pah duane KP kite ni?" Fahmi melihat sekeliling. Kelibat Iffat tidak kelihatan di mana-mana penjuru surau.

"Dia takdop dalam ni," Fahmi berkata.

"Aku rase dier ader ngan guru disiplin kut," Razin membalas. Tangannya masih lagi menekun punat telefon. Matanya juga tidak lekang daripada melihat paparan telefon tersebut.

"Dok au ar." Aku mengulang kembali patah perkataan pertama Razin. Tiada apa-apa maksud tersirat pun. Sekadar 'hobi' sambilan.

"Lambat giler Ustaz Jo," Fahmi berkata sambil membetulkan posisi kedudukannya. Bosan juga menunggu orang ni.

SAHUT - sebuah novel oleh RasisWhere stories live. Discover now