Bab 13 + 14

2K 77 7
                                    

         

BAB TIGA BELAS: KASIH ABADI

"Cinta tu buta, bukan rabun."

TARIKH: 18/5/201X; MASA: 0007

"Radhi." Satu suara halus memanggil nama aku. Beberapa ketukan kedengaran. Aku membuka mata. Sofea duduk beberapa langkah dari tempat aku baring. Wajahnya kelihatan kusam, mungkin juga takut. Aku tak pasti.

"Menda agi mung nok?" Nada suara aku sengaja aku tekan sedikit. Aku memalingkan muka aku dari menatap wajahnya. Mana tahu dia cuba goda aku dengan wajah ayu dia.

"Aku rase kite dok patut pisoh," Sofea berkata. Wajahnya ditundukkan ke bawah. Ada rasa takut yang bermain pada ayatnya.

"Hmmm."

"Kite pun dok au agi hok len idup ke dok doh," aku memberi pandangan. Sofea kelihatan gembira. Mungkin dia menjangka aku akan bersama dengannya.

"Mekasih, Radhi." Sofea bersuara lembut. Dia bangun dan menghala ke arah aku.

"Beng maghi sini." Aku bersuara. Aku memandangnya serius.

"Aku dokleh caye kat mung agi, kene ada jarok antara kita," aku berkata lagi. Sofea terdiam.

"O-okay," Sofea membalas ringkas. Dia kembali duduk pada tempat asalnya. Aku berdiri dan melihat ke luar tingkap. Keadaan sedikit cerah jadi boleh aku lihat siapa yang ada di luar sana walaupun sedikit terlindung. Mujur lampu automatic ada, kalau tak mungkin aku pun tak rasa selamat sekarang.

"Radhi, mung rasa ade agi dok hok idup?" Sofea bertanya. Aku berfikir sebentar.

"Dok au ar aku, kalu ada un mungkin sek-sek nung balik sura mula." Aku memberi pandangan aku.

"Tapi ader mayat dinung, sape nok patoh balik?" Sofea ketawa kecil. Kalau ikut logik takkan ada orang pergi bersembunyi dekat dengan mayat sorang-sorang.

"Jap." Sesuatu mula melintasi benak kepala otak aku. Kata-kata Sofea mengingatkan aku pada satu perkara.

"Nisa ade dok agi masa mung lari?" aku bertanya. Sofea kelihatan terkejut dengan wajah serius aku secara tiba-tiba.

"Dia idup agi masa kitorang lari. Tapi aku dok nampok pulok dia ader masa kita kene serang ngan zombi," Sofea membalas. Hati aku mula risau. Amanah Fahmi terasa bergoyang dalam diri aku.

"Kita kene gi kat sura," aku berkata. Sofea tercengang.

"Sekarang?" Sofea cuba mensahihkan waktu. Aku rasa dia sendiri sudah tahu jawapannya.

"Ho oh," aku membalas. Bow dan segala kelengkapan lain aku mula kemas untuk dibawa. Sofea mengeluh.

"Tengoh malam buta ni, mung dok risa kena serang zombi ke? Kalu budok histeria ader mung nok buat mende?" Sofea cuba mematikan niat aku. Tangan aku masih lagi ligat mengemas.

"Aku dok kisoh mung nok kate mende, hok penting aku kene pastikan Nisa selamat. Mung nok pergi ke tambuh pergi, tu mung punye pasa." Aku menyatakan pendirian aku dengan tegas.

"Okay, tapi mung nok lalu alik ane?" Sofea bertanya. Mungkin dia dah mula mengalah.

"Kita lalu dari sini teruh ke kelah, pah tu baru turun," ringkas saja aku terangkan.

"Aku arap takdop ar budok isteria," Sofea menyatakan rasa risaunya. Aku pun risau juga kalau dia berubah menjadi budak histeria.

"Beng risa, kita tahu bila dorang nok mari kekgi." Aku cuba bersuara seyakin mungkin.

Selepas yakin kesemua barang yang diperlukan sudah siap, aku dan Sofea mula melangkah keluar dari bilik guru dengan berhati-hati. Langkah yang kami ambil terpaksa diperlahankan supaya tiada sesiapa sedar kehadiran kami. Sesekali, hilaian tawa bergema di laluan kaki lima ini.

SAHUT - sebuah novel oleh RasisWhere stories live. Discover now