Bab 8

2.3K 74 21
                                    

BAB LAPAN: NERAKA DUNIA

"Molek siket, maut dok kira masa."

TARIKH: 16/5/201X; MASA: 1005

Aku meletakkan surah Yaasin ke dalam rak di dalam surau. Perbuatan aku ditiru juga oleh sebahagian besar jemaah surau yang lain. Baru sebentar tadi kami selesai membacakan Yaasin ke atas Mior dan yang lain yang tidak sempat menyambut Hari Guru bersama kami. Sayu juga rasanya tapi apa boleh aku buat, hidup perlu diteruskan jua.

"Jom gi DeMa, Radhi," Fahmi mengajak aku. Dia kelihatan sedikit segak jika nak dibandingkan dengan hari kebiasaannya. Mungkin sebab dia memakai blazer sekolah pada hari ini.

"Okay." Ringkas saja aku menjawab. Aku segera mengambil blazer aku di atas rak sebelum memakainya. Kami segera memakai kasut kulit hitam sebelum bergerak ke DeMa.

"Agok-agok mung, kita makang menda hari ni?" aku bertanya. Saja aku ajukan soalan itu sekadar ingin mewujudkan perbualan dua hala.

"Ayam masok pedas ase," Fahmi membalas. Langkah kami menghala tenang ke DeMa.

Kami berborak kosong sepanjang perjalanan ke DeMa yang tak lebih dari 500 meter. Sebaik saja aku melangkah masuk ke DeMa, hiasan semalam yang aku lihat makin terserlah serinya. Tali reben beraneka warna menghiasi setiap ruang kosong di dalam DeMa. Belon beraneka warna diikat seperti bunga bergantungan di setiap tiang yang ada.

Wajah semua yang hadir seakan gembira menyambut Hari Guru pada hari ini. Sedikit sebanyak hilang rasa sebak dalam diriku ini. Aku mengambil tempat duduk yang disediakan khas mengikut susunan bilik yang kami duduki. Aku sedar makanan dan air sudah siap dihidang.

"Betullah menda hok mung cakak," aku berkata pada Fahmi yang duduk di sebelah aku sebaik saja ternampak lauk ayam masak pedas.

"Nisa dah kabo ke aku semalam," Fahmi menjawab ringkas.

"Untunglah orang ada awek," aku memperlinya. Fahmi hanya tersenyum.

Sedang riuh kami berborak sakan, bunyi bingit dari corong pembesar suara berbunyi. Masing-masing mula menghentikan percakapan. Entah kenapa suasana girang tadi bertukar hambar. Mungkin mereka masih lagi tidak dapat melupakan kejadian yang menimpa Mior tempoh hari.

"Perhatian kepada Faiz Zakaria bin Arif Jepal, maghi balai pengawal derah. Ader family nok jumper." Terdengar suara pengawal keselamatan berkumandang.

Seorang budak bangun tidak jauh daripada tempat aku duduk. Dia meneguk air secara gopoh sebelum berlalu pergi. Aku andaikan dia sendiri tidak menjangka dia akan dipanggil beberapa detik sebelum majlis bermula.

Pandangan aku teralih apabila Ustaz Megat mula memberikan ucapan. Selepas didahulukan dengan bacaan keagamaan, beberapa orang guru memberikan ucapan termasuklah pengetua sendiri. Aku hanya mendengar sambil menanti makanan di hadapan aku bakal menapak di ruang perut aku.

Sebaik saja Fahim selesai membaca ayat menjamah makanan, terdengar teriakan kecil di beberapa buah meja lain. Aku berdiri untuk melihat apa yang berlaku. Sebahagian yang lain juga turut berdiri untuk mengetahui punca jeritan tadi.

"Ader budok muntoh." Aku terdengar satu suara berkata.

"Weyh, banyok weyh muntoh dier." Lagi satu suara menambah.

Aku duduk kembali apabila sudah mengetahui perkara yang sebenar. Aku baru saja ingin minum air di hadapanku apabila Fahmi menegur aku.

"Radhi, bakpe?" Fahmi bertanya.

"Ader budok muntoh." Aku menyuakan gelas ke mulutku.

"Arghhhh!!!" Teriakan dari ruang dapur mengejutkan lagi kami semua. Sekali lagi niat aku untuk minum air terbantut.

SAHUT - sebuah novel oleh RasisWhere stories live. Discover now