Bab 3

3K 92 10
                                    

         

BAB TIGA: KONTRAK DUNIA GHAIB

"Bila penunggu buat janji, Biar jelah sebutir-sebutir."

TARIKH: 13/5/201X; MASA: 2103

Sekolah aku ini letaknya di tengah-tengah hutan, standard sekolah berasrama penuh masa sekarang. Nama sekolah aku pula ialah Sains Hulu Terengganu atau SAHUT sebagai ringkasannya. Sekolah ini selalu ada pelbagai masalah setiap tahun sehinggakan kami dah terbiasa dengannya. Tapi masalah yang bakal melanda kami kali ini aku rasakan bukanlah sesuatu yang sama seperti sebelumnya.

Aku menguap perlahan. Malam masih muda tapi mata aku dah mula rasa mengantuk. Bila difikirkan balik, banyak juga perkara yang berlaku hari ni. Tak hairanlah kalau aku penat semacam baru lepas melancap. Ini semua normal. Tiada tanda-tanda tenaga aku diserap oleh makhluk halus. Setidaknya itu apa yang aku fikirkan.

"Fahmi, kul berapa doh?" aku bertanyakan Fahmi bagi membuang masa.

"Baru kul 9 lebih," ringkas saja jawapannya.

Aku lihat sekeliling aku sekali lagi. Sekarang ni aku berada di ruang tamu sebuah rumah teres dua tingkat, kuarters guru untuk lebih spesifik. Hiasan dalaman dengan susunannya menampakkan ciri-ciri Islamik dan keMelayuan yang ketara. Warna di bahagian ruang tamu ini agak redup, mungkin sebab ni aku rasa nak tidur.

Ada empat budak perempuan di hadapanku tidak termasuk Fahmi di sebelah aku yang aku pasti dia lelaki bukan perempuan. Muka setiap seorang budak perempuan itu terlalu kebudak-budakan, aku anggarkan mereka form one atau form two. Aku tak risau sangat muka macam budak, tapi yang buat aku risau bila lihat muka mereka yang terlampau pucat macam baru lepas kena rogol petang tadi. Takkan ada student ambil kesempatan kut masa semua guru tengah busy petang tadi.

Kekhusyukan aku meneliti keempat-empat budak perempuan tadi diganggu dengan kehadiran seorang perempuan membawa talam berisi air minuman. Berpakaian labuh ala-ala ustazah dengan wajah manis berseri serta bertubuh kecil molek memang sesuai dengan ciri-cirinya, Ustazah Maznah.

"Meh ar minum," pelawa Ustazah Maznah sambil menuangkan air teh ke dalam cawan. Terdetik di hati aku pasti Ustaz Megat gembira mempunyai isteri yang baik macam Ustazah Maznah.

"Minum je ke, stazah? Makan-makan takdop?" aku berseloroh dengannya. Fahmi dan budak perempuan yang lain tergelak mendengar aku berkata begitu. Lega sikit hati aku, sekurang-kurangnya muka budak perempuan berempat tadi takdelah pucat sangat macam tadi.

"Mung ni ngader jelah, Radhi. Ader kat dapur tu, nanti ustazah ambik," Ustazah Maznah membalas balik kata-kataku. Dia bangun untuk bergerak ke dapur.

"Eh, kita gura jelah, ustazah." Aku cuba menghalangnya tapi tidak dilayan oleh Ustazah Maznah. Muncul pula rasa bersalah aku bercakap macam tu tadi.

"Sek-sek mung ni name saper?" Fahmi bertanyakan keempat-empat budak perempuan tersebut.

"Kite Norjan," jawab budak perempuan yang duduk paling kiri. Dia agak tinggi berbanding yang lain. Kulitnya pula hitam manis macam orang India tapi still lawa.

"Saye lok Azihan," budak perempuan yang paling pendek menjawab. Agak chubby juga aku tengok pipinya.

"Saye Tini," seorang lagi budak perempuan membalas. Agak pendek juga tapi tinggi sedikit daripada Azihan. Kulitnya pula nampak hitam manis tapi sedikit cerah berbanding Norjan.

"Munirah," jawab budak perempuan yang terakhir. Aku lihat dia tidak terlalu lawa tidak juga terlalu menyampah. Cukup sekadar biasa, pakaiannya juga ala kadar saja. Memang gaya kampung budak ni sorang. Kawan-kawannya yang lain tidak pula begitu.

SAHUT - sebuah novel oleh RasisWhere stories live. Discover now