Bab 6

2.3K 77 5
                                    

         

BAB ENAM: PETANG HOK TERIK

"Parut dok lawo, dok pernoh nok lawo."

TARIKH: 15/5/201X; MASA: 1450

Aku memakai selipar di anak tangga masjid Kampung Tajin. Pakaian aku bertukar kepada baju Melayu rasmi sekolah. Baru sebentar tadi aku selesai tahlil dengan member-member aku yang lain. Cikgu kitorang masih lagi dalam masjid, tengah bincang something dengan tok imam and the gang.

Aku berjalan ke pondok di hadapan masjid. Bukan buat apapun, sekadar tunggu bas. Biasanya, bas lepas solat Jumaat lambat sikit nak sampai. Lagi-lagi bila ada tahlil. Kebanyakan member aku yang lain sudah duduk tercegat dekat sana. Aku sorang je yang terkedek-kedek.

Suasana dekat pondok agak suram. Tidak seceria minggu-minggu sebelumnya. Mungkin sebab ni tahlil member sendiri, terasa jugaklah kehilangan. Aku bersandar pada salah satu tiang pondok. Saja ambil port dalam 'kesuraman' dorang.

"Aku dok sangke Cikgu Sam peranga dier lagu tuh." Satu suara memecah kesunyian di pondok ini. Aku melihat pemilik suara tu. Telo.

"Mende gini memang takdop oghang sangke." Satu suara lagi berkata. Jaa rupanya.

"Mior leh 'sangke'," aku berkata. Mereka semua memandang aku.

"Betul gok, tapi guane Mior leh tau lok?" Satu suara mencelah masuk. Aminurul pulak.

"Cikgu Nik hok kabo," aku membalas balik. Bersahaja.

"Guane Cikgu Nik boleh gitahu padahal dia doh mati? Takkan dia bangun balik dari keranda pah tu royak kat Mior?" Aminurul melawak. Tapi aku dapat rasakan sindiran dalam kata-katanya. Beberapa orang yang lain tersengih seketika.

"Mung diam!!!" Jaa menjerit tinggi. Aminurul terus rebah. Aku tak pasti samada Jaa tumbuk atau tampar. Ia terlalu pantas.

"Mung royak agi gitu, aku katok mung sampa mampuh!!!" Jaa menengking. Baru aku teringat Jaa ni salah sorang budak ragbi. Jadi, tak hairanlah kalau dia bertindak agresif macam tu.

"Sabor, Jaa, sabor," Telo memujuk Jaa. Telo pun sebahagian daripada budak ragbi, kalau tak silap aku. Beberapa orang budak lain mengangkat Aminurul kembali.

"Aku mitok maah, Jaa, aku dok niat nok buat lagu tuh," Aminurul berkata sambil membersihkan debu-debu di pakaiannya. Aku tak rasa dia berani lawan Jaa dalam situasi sekarang. Ramai budak-budak ragbi dekat pondok ni.

"Aku... Aku dok au nok kate guane." Jaa bersuara perlahan. Salah seorang yang tengah duduk menarik bahu Jaa supaya duduk di tempatnya. Jaa hanya menurut. Langsung tiada bantahan.

"George, Cikgu Nik, Mior, Cikgu Sam. Cukup ah sampa sini je," kata salah seorang yang tengah duduk berdekatan tiang pondok. Lutfi rupanya yang bersuara.

"Radhi, mung rapat ngan Mior an?" Telo berkata sambil memandang aku.

"Ho, bakpe?" aku bertanya kembali.

"Mior ada kabo dok guane Cikgu Nik gitahu?" Telo bertanya lagi.

"Ade." Ringkas saja aku menjawab. Aku melihat mereka semua yang menghalakan pandangan ke arah aku termasuklah Fahmi. Aku tertanya-tanya macamana aku nak beritahu tanpa melanggar amanah yang ditinggalkan oleh Mior.

"Kabow ah, Radhi," Telo berkata lagi. Suaranya seakan memujuk.

"Okay, okay. Bagi aku napah molek lu," aku membalas. Setelah mengambil oksigen secukupnya, aku menyambung kembali.

"Mior ader tinggal pesanan kat aku."

"Kalu ada mende jadi kat dia, dia suh aku check email dia."

SAHUT - sebuah novel oleh RasisWhere stories live. Discover now