Bab 15

1.9K 72 17
                                    

         

BAB LIMA BELAS: DURI KAKTUS, DAGING SALAI

"Melaka kaloh lu un sebab ada petualang."

TARIKH: 18/5/201X; MASA: 1235

"Jujur sayer royak, sayer un dok au guaner pendrive tu leh ader ngan dier." Ustaz Megat meluahkan perasaan hampanya.

"Bek kita tengok isi pendrive ni lu, manatau kiter leh tau menda baru ke," aku memberi cadangan.

"Okay gok tu, komputer un ader doh," Sofea bersetuju. Julia yang sedang menghilangkan hausnya dengan sekotak air laici mengangguk perlahan. Aku boleh andaikan dia juga bersetuju.

"Aku bukok PC jap." Aku segera menekan punat komputer sebelum duduk di atas kerusi yang disediakan. Monitor komputer aku alihkan sedikit supaya Ustaz Megat yang duduk di atas tikar dapat melihat.

"Dokper, Radhi, saya duk atah kursi," Ustaz Megat memberitahu aku. Mungkin dia dapat mengagak kenapa aku mengubah posisi monitor.

"Sure ni, Ustaz? Dok nyusoh?" Aku memandang belakang. Ustaz Megat baru saja melabuhkan punggungnya pada salah satu kerusi sambil dibantu oleh Ustazah Maznah.

"Sure." Ustaz Megat menunjukkan ibu jarinya pada aku. Signal okay. Aku mengubah balik posisi monitor pada keadaan asal.

Setelah komputer berjaya dihidupkan sepenuhnya, aku segera memasukkan pendrive ke dalam salah satu USB receiver. Satu ikon dengan nama SAM muncul pada ruangan komputer. Tak salah lagi, ni memang pendrive Cikgu Sam.

"Betul doh ni pendrive Cikgu Sam," aku memberitahu yang lain. Masing-masing mula merapatkan diri pada skrin monitor.

"Bukok ah, Radhi." Ustazah Maznah menggesa aku. Tangan aku segera membuka folder Cikgu Sam.

Dalam folder Cikgu Sam, ada beratus fail dalam pelbagai bentuk. Kesemua nama yang diberikan hanya melibatkan aktiviti sekolah dan pembelajaran dalam kelas. Takder satu pun yang kelihatan curiga pada mata kasar aku.

"Ada dalam dua ratus lebih fail, nok periksa sutey-sutey ke ganer?" aku bertanya. Masing-masing mengeluh kecuali Ustaz Megat dan Ustazah Maznah.

"Mung sumer rehat lu, biar kitorang wat hok ni." Ustaz Megat bangun perlahan-lahan. Aku rasa dia nak ambil-alih tempat duduk aku.

"Okay, Ustaz." Aku segera bangun dan memberinya tempat duduk. Ustaz Megat mula memeriksa setiap satu fail sebaik saja dia duduk.

"Doh, menda kita nok wat sekarang?" Sofea bertanya. Aku mengangkat bahu.

"Lepak jelah kut," Aminurul membalas.

Kami berempat menghabiskan masa berborak sambil menikmati juadah makanan. Walaupun sekadar makanan ringan, ia sudah memadai untuk meraikan pencapaian kami. Sesekali, Ustazah Maznah menyampuk perbualan kami.

"Doh seratus lebih fail sayer check, sumer pasal aktiviti sekoloh jer," Ustaz Megat berkata kepada Ustazah Maznah. Tangannya mengurut perlahan ruang antara matanya.

"Nok sayer ganti ke?" Ustazah Maznah bertanya. Ustaz Megat menggeleng.

"Sayer leh teruh agi."

"Ustaz nok sayer tolong dok?" Aminurul menawarkan dirinya.

"Dokper, sayer nok tau mender hok saeng sayer ni wat." Ustaz Megat menolak dengan lembut.

"Nok bodek ke, Aminurul?" Sofea memerlinya. Aku dan Julia ketawa kecil.

"Aku nok tolong." Aminurul cuba membela dirinya.

"Relax, Abang Amin, sayer tau niat abang bek." Julia cuba menenangkannya. Amin memberikan senyuman tawar pada Julia.

SAHUT - sebuah novel oleh RasisWhere stories live. Discover now