Bab 9

1K 41 2
                                    

Lina's POV

Aku melihat jam di Iphone 6+ ku, Jam lapan malam. "Haih, lama betul diorang sembang." Aku tak betah lagi duduk di atas kerusi. Kematu pulak rasa nya.

Aku mengelilingi bilik Eril. Kemas!. Aku membelek semua frame. Gambar dia masa kecil sehingga besar. Comel!. Aku puji dia eeh tadi? Abaikan. Aku beralih kepada meja belajar Eril. Banyak betul barang dia tapi tetap kemas.

Tiba - tiba mata aku tertumpu ke arah sebuah buku. Nampak macam diari. Poyo duhh Eril ni. Tangan aku yang gatal ni menyelak muka surat pertama. Gambar dia , kalau tak silap masa form 1. Aku menyelak muka surat seterusnya. Gambar Mama , papa and his brother.

Aku menyelak muka surat seterusnya lagi. Namun hampa. Kosong. Aku merengus geram , baru rasa nak kecam dia kalau jumpa apa - apa rahsia.

"Ooi, kau buat apa tu?" Eril menyergah Lina. Dengan segera Lina menutup diari itu.

"No.. Thing.. Aku cuma tengok nak tengok bilik kau. Bersih ke , macam kandang kuda ke." Lina membohong. Nampak sangat Eril ni jenis pembersih tapi tetap nak cari pasal.

"Kau fikir aku ni suka benda tak kemas? Euww tak." Eril meyangkal.

"Whatever... Puteri Diana dah balik? " Aku mengalihkan topik. Malas nak gaduh.

"Dah , yang kau kenapa tak keluar dari bilik aku? Habis tercemar." Eril berkata sambil membuat gaya menghalau segala habuk dari datang kepada nya.

"Kau gila ke nak suruh aku keluar tadi? Kalau Puteri Diana nampak tak pasal - pasal dia tanya siapa aku. Bukan dia tak tau yang kau tak ada adik beradik perempuan." Aku mengepal penumbuk. Sabar Lina... Sabar Lina.

"Ouwh ye.." Dia berkata sambil menggosok belakang lehernya.

"Dia ada apa datang sini? Semak je aku tengok".

"Kau duduk bilik jer bukan hadap muka dia , aku ni lagi menyampah tengok. Ni dia bagi kad jemputan kahwin dia." Eril berkata tenang.

"What? She is 17 and will getting married? Hot news!" Mata aku terbeliak mendengar. Aku membuka kad jemputan.

Putera Syah Bin. Fariq Syah
and
Puteri Diana Binti. Dato' Fauzi

"Jadi Putera Syah mesti nak jumpa dia masa kita terserempak dekat sekolah hari tu kan? " Eril mengangkat bahu. Selamba je mamat ni. Aku bagi tangan baru tahu.

"Dah la aku nak solat. Kau keluar pergi bilik kau sendiri. Kalau lupa jalan nak balik bilik sendiri ni ada kaunter pertanyaan." Eril berkata sambil menunjuk ke arah dirinya.

"Huh! Tak kuasa Ai." Aku berjalan dengan gaya gedik. Tapi malang tidak berbau apabila dengan tiba - tiba saja aku tersadung kerusi yang berada di dalam bilik itu.

Aku langkas bangun dan berlagak selamba , kembali jalan dengan gediks. Padahal hati ni rasa macam nak meletup. MALU!. Eril dah bantai gelak. Apalah nasib aku hari ni.

⭐⚫⭐

Aku mengeliat bangun sambil tangan aku menenyeh mata. Kantuk masih menguasai diri. Aku tetap menggagahkan diri ke bilik air.

Selepas 5 minit aku keluar. Nampak sangat tak mandi , bersihkan taik mata dan basuh muka je macam P.Ramlee buat cuma yang lainnya aku ambil wuduk' nak solat.

Aku segera mencapai tudung sarung dan turun ke dapur. Ye la dalam rumah ni ada Eril , perlu lah aku sentiasa berpakaian sopan dan menutup aurat.

Sorry But I Need UOnde histórias criam vida. Descubra agora