Bab 24

949 45 0
                                    

"Haish mana dia ni?" Lina bermonolog sendiri didalam cafe itu. Sudah 2 jam dia menunggu namun kelibat orang yang ditunggu masih belum kelihatan.

Tiba - tiba kerusi dihadapannya ditarik kasar. "Weyh Lina , sorry lambat!" Lina hanya juling mata ke atas. Sejak Eril berpindah duduk di rumah kawannya. Susah betul hendak berjumpa. Katanya tidak manis bakal pengantin duduk serumah. Ceh ayat dia!

"Hmmm... Waalaikumsalam." Eril tersengih.

Melihat muka cemberut Lina , Eril tahan ketawa. Sengja sebenarnya datang lambat. Nak tengok sama ada bakal isteri ni setia tak? Macam kau tak kenal je Lina macam mana.

"Eh tersengih pulak mamat ni! Jom lah cepat. Saya nak siap kan semua cepat dan balik!" Lina mula angkat kaki. Eril dengan segera cuba menyaingi langkah Lina.

"Masuk situ!" Arah Eril sambil h
Jari telunjuknya diarah ke sebuah kedai butik. Lina hanya menurut.

Masuk sahaja kedalam butik, seorang pekerja datang menghampiri mereka. "Boleh kami bantu?" Tanyanya sopan.

"Kami nak cari baju pengantin." Jelas Eril tanpa selindung. Matanya melirik kearah Lina yang berdiri disebelahnya.

"Oh sure come and sit first." Pekerja itu menyuruh kami untuk duduk.

"Jadi dah pilih colour ape?" Pekerja itu bertanya sambil tangan sibuk menulis diatas buku nota. Anggukan diberi.

"Grey"

"Purple"

Kata Lina dan Eril serentak. "Mana satu ni cik? Encik?" Pekerja itu bertanya lagi meminta kepastian.

"Blue"

"Light blue"

Pekerja itu tergeleng - geleng mendengar jawapan pasangan bakal pengantin dihadapannya. "Blue lah ni? Okay cik?" Lina hanya mengangguk. Buat malu je nak bertekak pasal warna baju.

"Cik boleh ikut saya. Kita pergi pilih baju yang cik berkenan." Belum sempat Lina hendak berdiri mengikut langkah pekerja itu tangannya ditarik.

"Pastikan lace jangan tebal sangat tau!" Eril berkata seraya melepaskan tangan Lina. Lina mencebik. Bukan dia yang nak pakai. Itu pun banyak songeh.

"Tuan puteri menurut perintah wahai bakal suami yang gay!" Lina berlari kearah pekerja itu.

Eril membulatkan mata. Nasib tak ramai orang kalau tak mesti keluar dalam viral macam. 'Seorang lelaki dihina oleh bakal isteri sebagai gay!?'

Eril menggeleng. Banyak berfikir betul kepalanya sekrang.

Eril mengeluarkan handphonenya. Perempuan pilih baju mesti lama kan? Tak pelah tinggal baju je belum siap... Yang lain dah siap.

"Encik? Mari ikut saya. Boleh tengok cik tadi cuba baju." Pekerja itu ramah. Eril tersenyum dan mengikut langkah pekerja itu ke bilik persalinan.

15 minit berlalu namun kelibat Lina tidak kelihatan. "Dia ni cuba baju ke buat baju?" Rungut Eril perlahan tetapi tetap didengari oleh pekerja itu. Pekerja itu sekadar tersenyum... Dah biasa.

Lina membuka pintu bilik persalinan itu perlahan. Sambil sebelah tangan lagi memegang kain yang sedikit labuh. "So, how? Menepati cita rasa awak tak?" Ni semua ibu punya pasal lah suruh cakap awak-saya.. Katanya lebih sopan. Sebagai anak yang baik Lina menurut perintah walaupun berbelit lidah nak sebut.

Eril meletakkan jari telunjuk di dagu sambil mengetuk perlahan. Gaya berfikir masalah besar je. "No.. Tukar lain." Eril memberi pendapat atau lebih tepat memberi arahan. Lina mencebik. Sabar je dapat bakal suami yang cerewet ni.

Sorry But I Need UWhere stories live. Discover now