Bab 34

1.4K 47 9
                                    

Assalamualaikum semua :') So hari ni sempena cuti sekolah sis update satu bab smbungan bab sblum ni kay! Jangan marah sis mmg sll update lmbat sikit klau idea kurang dan masa xde💙

--

Aiman tersenyum sinis melihat kemesraan pasangan sejoli di sebelah meja itu. Pregnant? Bagus lebih menarik.

"Kau tunggu Eril. Kau malukan aku, kau dapat balasan setimpal. Orang yang kau sayang dalam genggaman aku." Senyuman sinis kekal di bibir.

--

Lina' POV

Aku kembali ke butik semula agak lewat. Ah ni semua kerana kejutan yang Eril berikan tadi. Memang la aku terkejut sebab dia boleh tau awal aku pregnant. Susah dapat suami doktor ni eh.

"Amalina." Aku toleh ke belakang dan lihat Adi, anak kepada Puan Maznah sedang berlari ke arahnya.  Ni masalah apa pula. Aku berjalan terus masuk ke butik. Malas mahu melayan Adi tu.

"Maaf puan saya lambat masuk pula." Aku tersengih mengetahui kesilapan sendiri. Puan Siti tersenyum dan mengangguk.

Aku terus ke ruang pekerja di belakang untuk meletak handbag dan keluar semula untuk menyambung kerja.

"Amalina!" Aku mengurut dada terkejut melihat Adi berada di hadapan pintu. Macam mana dia boleh ada dekat sini?

"Nak apa hah!" Aku keluar dan menutup pintu. Kalau bincang dekat dalam lain pula jadinya. Aku nampak Adi tersenyum penuh makna.

"Nak awak boleh?" Aku buat muka toya. Fikir aku cair ke dengan pickup line yang aku dah agak dia akan jawab macam tu.

"Boleh tak keluar dari butik ni kalau hanya nak menyemak?" Aku berjalan ke depan untuk melarikan diri dari dia.

"Boleh, kalau kau setuju kahwin dengan aku." Langkah aku terbehenti.

"Desperate sangat pahal. Aku yang tak laku or kau yang tak laku?" Aku pusing menghadap Adi. Tidak percaya lelaki itu akan bercakap seperti tiada perempuan lain nak dekat dia.

"I told you before.. Yang kau untung aku nak memperisterikan kau sebab aku tau kau tak laku." Senyuman sinis di bibir Adi buat aku naik berang.

Hello , kau kata aku tak laku tapi aku dah kahwin. Kau kata kau laku tapi kau tak kahwin pun lagi.

Malas mahu berbahas lagi dengan Adi aku terus ke arah Kak Dian di kaunter. Moga-moga Adi keluar dan tidak ganggu aku dikaunter pula.

Tidak aku sangka bahawa Adi datang pula ke arah ku di kaunter. Aku pandang Kak Dian minta pertolongan.

Kak Dian tersenyum dan mengangguk. "Nak apa pakcik? Anak pakcik nak kahwin ke?" Adi memandang Kak Dian dengan muka pelik. Aku nak ketawa tapi aku tahan.

Baru sahaja Adi hendak buka mulut untuk membalas Puan Siti sudah menyampuk. "Eh kamu Adi anak Puan Maznah kan? Bagus juga kamu ada di sini... Saya nak kirim sesuatu pada Puan Maznah , Mari ikut saya sebentar." Adi dngan muka tidak percaya terus akur mengikut Puan Siti.

Aku pandang Kak Dian , Kak Dian pandang aku. Serentak aku dengan Kak Dian gelak.

"Amboi mentang-mentang pelanggan tak ada , bos tak ada gelak sakan eh?" Sapa Khai. Tergeleng kepalanya melihat perlakuan kami berdua yang gelak tak tahu nak cover ni.

Sorry But I Need UWhere stories live. Discover now