Bab 32

1.1K 40 0
                                    

Sorry sebab lambat dari waktu yg dijanjikan :'( Sis ingat sis dh update haritu rupa2nya belum! Patutlah notification x masuk T.T
--

"Selamat datang puan." Lina menyapa ke arah seorang wanita yang baru sahaja masuk ke dalam butik baju pengantin 'My Sayang' , tempat dia bekerja sekarang.

Sapaan Lina dibalas senyuman oleh wanita itu. Lina kembali mengira stok dan semua pesanan pelanggan. Tugas dia di sini sebagai pembantu pengurus butik ini mudah sahaja.

"Lina dah check barang? Semua cukup?" Tanya Puan Siti, Pengurus butik ini. Dia sangat suka dengan cara bekerja Lina. Cekap dan pantas lagipun Lina masih muda.

"Saya dah check dan alhamdulillah barang semua cukup. Saya juga dah periksa pesanan pelanggan. Rasanya hampir 80% siap. Hari ini Puan Maznah akan datang bersama anak dan menantunya untuk cari baju dan mereka mahu Puan sebagai pengendali. Thats all for today." Puan Siti mengangguk mendengar semua yang diterangkan oleh Lina. Puan Maznah adalah kawannya dan memang setiap kali anaknya berkahwin pasti mereka akan menempah di sini.

"Terima kasih. Hari ni lunch dengan saya ye? Beritahu yang lain." Ini lah Puan Maznah, tidak pernah kedekut walaupun dengan pekerja sendiri.

"Tapi puan hari ni suami saya ajak lunch sekali lah. Maaf mungkin lain kali." Lina tersengih. Walhal dalam hati sangat pelik macam mana Doctor Ahmad Syeril Hakim tu ada masa terluang nak lunch sekali.

"Tak mengapa. Saya lunch dengan yang lain. Kamu pergi sahaja lunch dengan suami kamu tu." Puan Siti terus beredar ke biliknya semula.

"Puan belanja lunch hari ni." Beritahu Lina kepada 4 orang pekerja butik lain. Semua mereka menoleh.

"Really? Yes jimat duit!" Kak Ummi bersorak perlahan. Kalau Puan Siti dengar habis kena perli baru tahu.

"Ala abang baru plan nak date dengan isteri abang." Rungut Khai. Salah seorang pekerja lelaki di butik ini. Sengaja Puan Siti mencari pekerja lelaki kerana jika pelanggan lelaki mereka mahu membuat ukuran baju lebih mudah bila berurusan dengan kaum sendiri.

"Anak dia ikut tak? Akak nak ngorat lah." Kak Maria sudah membayangkan anak lelaki Puan Siti yang bekerja sebagai arkitek. Bagi Lina rupa tu ada la sikit tapi biasa la arkitek muka ketat!

Manakala Kak Dian hanya tersenyum. Perangai Kak Dian yang tidak banyak bercakap ini sangat disukai Lina sebab tak banyak songeh berbanding pekerja lain. Kalau pelanggan buat hal pun Kak Dian boleh selesaikan dengan tenang sekali.

Lina hanya menggeleng mendengar setiap butir perkataan yang keluar dari mulut pekerja yang lebih tua berbanding dirinya. Kakinya mula mengorak ke arah pintu saat melihat 4 orang pelanggan masuk ke dalam butik.

"Selamat datang Puan Maznah." Lina tersenyum sekilas dan mengajak Puan Maznah duduk di sudut yang telah disediakan.

Setelah melihat ke semua pelanggan duduk Lina terus beredar untuk memanggil Puan Siti.

Pintu bilik Puan siti diketuk. Setelah mendapat izin masuk Lina membuka pintu sedikit.

"Puan Maznah sudah sampai Puan." Puan Siti tersenyum dan segera bangun. Sebelum keluar sempat diperhati bajunya supaya sentiasa kemas.

"Lina come with me." Lina akur dan berjalan mendahului Puan Siti untuk ke sudut yang Puan Maznah berada.

"Maznah lama tak jumpa. Sihat? Dah nak dapat menantu lagi ye? Untung betul!" Puan Siti bersalaman dan berlaga pipi bersama Puan Maznah manakala aku hanya melihat kesemua pelanggan. Aku kenal dengan seorang lelaki dan perempuan iaitu anak dan bakal menantu Puan Maznah tapi seorang lagi lelaki yang duduk dihujung itu Lina langsung tak kenal. Ah lantak, anak Puan Maznah la tu.

Sorry But I Need UOnde histórias criam vida. Descubra agora