Bab 25

977 42 4
                                    

Lina's POV

Hari yang ditunggu telah tiba. Hari pernikahan aku dan Eril.

Gosh seriously?

Dah la aku marah dengan dia hari tu. Well aku tak marah sangat pun dengan dia sekrang cuma sakit hati je tinggal.

Sebab dia langsung tak pujuk aku. Aku pun perempuan jugak. Kalau tak pujuk pun minta maaf pun apa salahnya. Datang pun sekadar malam berinai langsung tak nampak muka pulak tu.

Curious sebenarnya. Eril ni tak ada perasaan bersalah ke?

Apa pun aku letak tepi dulu hal Eril. Ini hari bahagia aku tak kan nak buat muka masam kut.

Aku bangun dari katil , mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air.

Aku keluar sambil menyanyi kecil. "Gembira nampak anak ibu hari ni?" Tegur ibu lembut.

Aku yang sedang mengeringkan rambut tersentak. "Ibu ni buat terkejut je." Ibu hanya menggeleng kepala sambil tersenyum. Aku terus duduk di sebelah ibu.

"Mengelamun sampai mana dah? Tak sabar sangat nak kahwin nampaknya." Ibu menyakat. Aku mencebik. Tangan ligat pula menyikat rambut. "Ish ibu ni ke situ pulak dia."

"Tak sangka anak dara ibu nak jadi isteri orang dah. Lepas ni tak ada lah orang yang akan kacau ibu lagi. Amran pun sejak dah kawin ni jarang balik." Kata Ibu sebak. Aku terus berpusing duduk menghadap ibu. Sikat aku letak atas meja solek.

"Jangan cakap macam tu ibu. Nanti adik tak jadi kahwin sebab sedih tengok ibu. Lina akan selalu jugak balik sini. Lagipun mama kan ada sebagai kawan ibu." Kata aku cuba untuk memujuk ibu. Mata mula berkaca - kaca.

"Kalau Lina tak jadi kahwin lagi ibu sedih tau. Ni semua mama yang nak sangat tau. Ibu pun tumpang gembira sebab akhirnya dapat balas budi mama kamu yang bagi kita tinggal sini. Kalau tak merempat la kita." Ibu menyeka air mata yang hendak tumpah. Hari bahagia anaknya. Tak mahu lah dia menangis.

"Ibu tahu Eril macam mana. Dia boleh jaga Lina. Kita dah kenal dia lama kan? Walaupun Lina benci dia tapi ibu harap sangat Lina dapat terima dia. Buat masa sekarang kalau tak suka dengan dia pun lakukan tanggungjawab sebagai isteri demi ibu. Ibu harap sangat." Sambung ibu sambil tersenyum. Aku menggeleng. Benci Eril? Tak lah aku cuma annoying dengan dia sahaja.

"Lina cuba. Dah la ibu. Lina tak suka tau tengok ibu buat drama air mata macam ni. Rasa macam anak derhaka pulak biarkan ibu nangis. Lina akan ikut cakap ibu." Aku memeluk ibu erat.

"Ish apa cakap macam tu. Ibu baru nak feeling jadi heroin drama , kamu dah potong." Kata Ibu seraya menepuk belkang badan ku lembut.

Aku melepaskan pelukan dan ketawa. "Lepas gelak jangan lupa salin baju pengantin tu. Nanti mak andam datang mekap kamu." Aku mengangguk walaupun benci sangat dengar perkataan 'make up' tu.

Selesai sahaja menyalin baju pengantin aku keluar sambil mengangkat hujung kain yang agak labuh. Menyusahkan!

"Weyh Lina tak sangka dah nak kahwin kau! Dengan Eril pulak tu. Kesian impian nak kahwin dengan abang hensem aku tak kesampaian." Mawar terus menyerbu dan memeluk aku erat.

"Woi lepas nak aku mati ke." Kata aku apabila rasa pelukan yang diberi terlalu ketat. Tapi sejak bila Mawar ada dalam bilik aku ni?

Mawar melepaskan pelukan dan tersengih. "Apa tayang gigi? Abang kau datang sekali ke?" Aku bercekak pinggang.

"Kau tu dah nak kahwin ingat sikit dengan bakal suami. Abang aku tu dah bertunang pun." Mata aku membulat. "Kenapa aku tak tau?"

"Aku ada whatsapp kau tapi maklum lah orang sibuk nak kahwin sampai chat pun tak baca. Tak reply." Kata Mawar nada merajuk. Aku hanya mengendahkan. Mawar mencebik sambil matanya setia melihat ke arah aku yang sudah bersedia untuk di'makeup'.

Sorry But I Need UWhere stories live. Discover now