Bab 19

849 57 3
                                    

Lina mencangkung melihat kebawah meja. "Haih tak ada pun." Lina bangkit. Terjenguk-jenguk kepalanya ke semua tempat.

"Haih , pergi flirting dengan jantan ke?" Lina mengeluh. Satu rumah dia cari tapi tetap tak jumpa. "Kau cari apa?"

Lina menoleh memandang Eril yang baru balik jogging. "Snowwhite.." Lina mengeluh lagi.

"Snowwhite? Aku rasa nampak dia dekat taman tadi bermanja dengan kucing lain. Gatal betul kucing kau" Eril mengutuk.

"Kenapa tak bawa dia balik?" Lina bertanya marah. Dah la kutuk kucing aku yang sememangnya gatal tu. Tapi kutuk belakang tak boleh ke, depan tuan dia juga kau nak kutuk.

"Aku tak nak lah ganggu." Eril tersenyum gatal.

Lina mengetuk kepala Eril. "Banyaklah kau! Aku tendang kang!" Lina berjalan keluar rumah.

Sambil mengusap kepala Eril bertanya."Nak pergi mana tu?" "Nak pergi cari Snowwhite" Eril mengangguk.

"Aku nak ikut." Lina anggukkan saja. Malas nak bertekak pagi ni.

Eril menyiku Lina semasa berjalan ketaman yang tak berapa jauh dari rumah. "Weyh tu Uncle Joe!"

Lina tahan ketawa. "Ah silaunya! Kenapalah tak pakai shade tadi.. Tolong Eril!" Lina berkata seperti kesusahan. Eril turut serta.

"Aku tak boleh tolong kau , mata aku pun sakit sangat ni.. Terang." Eril menutup mata menggunakan tangan. Hah kalau Lina dan Eril dan sekepala macam ni jadinya.

"Kamu kutuk Uncle Ye? Nah rasakan." Uncle Joe yang sedang menyiram pokok bunga menghalakan paip air tersebut kearah Eril dan Lina.

Terus mereka pecut. Nasib tak kena. Mereka berjalan sambil sambung ketawa.

"Kau cari dekat sana aku cari dekat situ , kalau jumpa tarik je dia balik. Jangan bagi alasan 'Aku tak nak lah ganggu'." Lina memberi arahan dan mengejek cari Eril berkata tadi.

"Ai ai Capten!" Eril mengangkat tangan kedahi. Lina mengendahkan perangai kebudak-budakan Eril.

Lina cuba lihat dengan lebih teliti. Okay dia tak salah pandang. Tu Snowwhite dan Aiman yang dukung dan belai kucing gatal tu. Haih dengan sejenis kau , gatal , sejenis dengan tuan sendiri pun gatal.

"Aku tak jumpa lah" Eril datang mendekati Lina. Tiada reaksi , Eril rasa pelik.

"Tengok apa?" Eril mencuit bahu Lina. Terhenjut bahu Lina. Terkejut ke?

"Tu.." Telunjuk Lina terarah keseorang lelaki dan seekor kucing.

Eril juga melihat dengan teliti. "So apa kita patut buat? Aku malas nak jumpa dia lagi." Suara Lina kedengaran sayu. 'Oh Lina jangan munculkan balik perangai tu!' Eril menjerit didalam hati. Otak cuba berfikir idea yang bernas.

"Aku pergi ambil lah." Eril membuat keputusan dan berjalan kearah Aiman tanpa mendapat persetujuaan Lina.

"Assalamualaikum Bro." Eril berkata dahulu. Berilah salam kan? Kalau tetiba si Aiman ni jadi alim lepastu aku main sergah tak bagi salam , dia pun perli aku nanti tak pasal-pasal jadi kes gaduh pulak.

"Waalaikumsalam.." Aiman mengangkat muka memandang orang yang menegurnya. Dia terkedu seketika kemudian mengawal riak wajahnya.

"Bak balik kucing aku tu." Aiman memandang Eril lama. 'Eh terpikat dengan aku ke? Taulah aku ni handsome tapi takkan dia dah jadi gay lepas putus dengan Lina.' Sampai begitu Eril boleh terfikir. Hahaha.

Sorry But I Need UWhere stories live. Discover now