Bab 13

958 34 11
                                    

"Dah siap pack barang?" Lina mengangguk kemudian menggeleng.

Ibu yang pelik hanya membiarkan mungkin effect sebab tinggal lama sangat dekat hospital , seminggu baru balik.

"Esok flight pukul berapa ibu?" Perhatian di alih dan ditumpukan ke arah ibu. "Hmm.. Kalau tak silap dalam sepuluh pagi." Lina mengangguk.

Lina berjalan keluar dari biliknya untuk kebilik Eril. "Ketuk ke nak serbu?" Lina berkira - kira untuk masuk.

"Ketuk dulu , kalau tak jawab baru serbu." Lina tersenyum. Belum sempat Lina mengetuk pintu dibuka dari dalam. Lina yang dalam keadaan berdiri terkejut sebelum jatuh.

Tak sakit lah. Bantal ke apa?

"Woi! Bangun la berat." Lina segera bangun dan kemaskan baju. Jatuh atas Eril weyh , mana nak sorok muka? Malu!.

"Kau nak apa?" Eril menegur apabila Lina hanya diam , lawak betul muka. Lina berdehem , "Pinjam Headphone nak bawak esok." Gementar pulak.

"Ouwh nak warna apa?" Lina memandang Eril pelik. "Dah kenapa pandang aku macam tu?" Eril memang tak paham perangai Lina sejak keluar hospital ni.

"Kau kedai ke nak tanya warna apa semua?" Eril memandang Lina sinis "Meh aku tunjuk." Lina memandang dengan muka tak percaya.

Eril mencapai kotak yang agak berat di atas almari. Eril membuka kotak tersebut. Terbeliak mata Lina. "Sekarang pilih." Lina sekali lagi pandang dengan muka tak percaya.

"Apa yang tak kena lagi Lina?" Lina menunjuk kotak tersebut. "Dah rosak kan?" Eril tepuk dahi. Anak siapa la Lina ni?

"Yang dah rosak smua aku buang. Dalam ni banyak yang aku tak guna pun lagi." Eril mengeluarkan headphone bewarna putih dan bercorak bunga. "Ni aku tempah online. Kenapa bunga? Saja nak tukar taste." Lina mengangguk sebelum menyelongkar kotak headphone Eril. Satu per satu yang Lina tidak minat diletak tepi.

Akhirnya headphone bewarna putih , bercorak salji dan berlogo 'EXO' dipilih. "Sejak bila hang minat kpop ni?". Lina membelek. Cantik!

"Bila masa aku minat? Headphone tu cantik so aku beli." Mana la Eril tahu logo tu logo kumpulan kpop , dia ingat tu logo brand headphone. "Give it to me please? Free.." Lina mencuba headphone tersebut. Elok , jadi Eril tak tipu.

"No! But.." Eril menggantung ayatnya. "But?" Lina menggesa Eril untuk memberi tahu.

"Tak ada papelah , ambik je lah free. Eril yang baik bagi" Eril tidak jadi mengusik apabila melihat muka Lina. Lina mencebik lalu keluar dari bilik.

⭐•⭐

Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

"Semua barang ada?" Ibu memerhati kedua orang anaknya. "Dah" Eril dan Lina menjawab serentak.

"Sekarang kita tunggu siapa?" Eril melilau mencari orang yang ditunggu. "Kejap lagi sampailah.. Haa tu dia Abang dengan kakak ipar kamu dah sampai." Mama melambaikan tangan ke arah Aril , Mira , Amran dan Ain.

"Yeay kakak² dan abang² ku dah sampai." Lina terus memeluk Amran. "Ish , apa peluk - peluk ni?" Amran menggeleng , adik siapa la ni.

"Saje. Rindu.." Lina membuat muka comel dan melepaskan pelukan. "Abang Amran ni akak punya. Shuuh!" Kak Mira terus merangkul lengan Amran.

"Hahaha padan muka kau , menggedik lagi!" Eril gelakkan Lina. "Kau cemburu en?" Lina berpeluk tubuh.

"Tak da ma--" Belum sempat Eril hendak menghabiskan ayat Aril sudah menyampuk. "Kamu berdua diam. Asyik gaduh je. Abang kahwin kan jugak sekarang ni." Lina menutup mulut. 'Kawin dengan mamat sewel ni? Nauzubillah!'

"Bagus senyap pun anak ibu ni. Tu tengok sana , orang yang ditunggu dah sampai." Lina dan Eril tersengih sebelum memandang ke arah yang ibu tunjukkan.

"Hai , lama tunggu? Maaf jalan sesak tadi." Encik. Amir aka ayah kepada Lina menegur. Lina menyalam sopan tangan ayah dan Ibu tirinya(?). Ikhlas ye.. Tu tetap ayah ai.

"Weyh tu siapa?" Eril berbisik kepada Lina. "Manalah aku tahu. Adik beradik tiri aku kot." Lina mengangkat bahu.

Tiba - tiba muncul seorang budak kecil dalam lingkungan satu tahun berjalan terkedek - kedek ke arah Lina. "Gosh , comelnye!! Siapa ni?" Lina mengusap rambut budak lelaki itu.

"Anak abang. Faris Naim.. Kenal abang?" Haikal tersenyum ke arah Lina.

Lina menilik wajah Haikal. "Tak kenal". Haikal memandang dengan muka tak percaya. "Haikal Faiwan la.. Ingat??"

Lina membulatkan mata. "Ouwh ingat.. Abang tiri lah en? Ni anak abang? Comell!!" Lina mencubit pipi Naim. Tergelak budak kecil itu.

"Anak abang dan Kakak ni , Najwa Raihana." Najwa muncul dari belakang Haikal. Eril pula memandang dengan muka tak percaya. 'Bukan ni Doctor yang rawat Lina haritu ke?'

"Doc. Rai?" Lina menanya bagi pihak Eril yang sudah ternganga. "Ye? Awak Lina kan?" Lina mengangguk dan tersenyum.

"Halo semua!! Lupa saya?" Seorang lelaki menghentikan perbualan mereka semua.

"Papa!!" Eril dan Aril menjerit sedikit kuat dan terus menyalami tangan Papa mereka. "Nasib la anak aku ingat." Lina tergelak kecil.

Lina memang tak pernah nampak muka ayah Eril. Yang dia tahu cuma Papa dan mama Eril cerai dan tak kahwin lain.

"Memandangkan saya seorang sahaja bujang tua. Saya akan mengetuai perjalanan kita semua ke Perancis!" Encik. Ahmad berkata. Semua tergelak dengan kata - kata Encik Ahmad , ayah Eril.

Lina mendukung Naim. " France attendre que nous venons!" Lina menjerit dan mengangkat tangan. "Apa yang adik abang cakap ni?" Amran menurunkan tangan Lina. Buat malu je.

"Lina maksudkan 'France , tunggu kami datang.' Dia belajr dengan google translate semalam." Lina memukul tangan Eril kuat. Habis bocor rahsia.

"Sudah jom masuk , pengunguman dah buat suruh masuk. Lambat tinggal Malaysia." Encik Ahmad menarik bagasi.

Charles de Gaulle Airport  (France)

Lina meregangkan badan. Duduk dalam kapal terbang selama Lebih kurang empat belas jam memang memenatkan. Headphone dicabut.

"Sekrang kita pergi check in hotel. Rehat dulu lah. Esok pagi baru keluar." Mereka semua bergerak ke hotel menggunakan van yang disediakan.

"Ni kunci bilik. Lina seblik dengan Mama dan ibu ye?" Lina mengikut. "Wow cantik!" Lina terus merebahkan diri diatas katil.

"Budak busuk , pergi mandi!" Ibu menarik tangan Lina supaya duduk. "Ala ibu ni.."
_____________________________

Bab ni boring... Hahaha! Sbb esok sekolah jadi kurang sikit idea. Sesape PT3 gak tahun ni? Angkat kaki🙋

Sorry But I Need UWhere stories live. Discover now