Bab 14

888 39 1
                                    

Lina menenyeh mata. Perlahan - lahan dia bangun dan berjalan ke bilik air. Lina keluar setelah sepuluh minit di dalam bilik air. Lima minit duduk sambil tidur atas lantai bilik air. Lima minit baru mandi.

"Lina kita nak keluar pagi ni. Cepat solat dan siap ye? Jangan mengada nak tidur balik." Ibu yang baru selesai solat menegur.

Selesai solat yang dituntut Lina segera mencapai pakaian. "Dah siap? Jom turun sarapan." Ibu melihat anak daranya yang sedang menyelongkar bagasi.

"Ibu turun dulu lah , nanti Lina datang. Dekat bawah je kan?" Lina berkata sambil sibuk menyelongkar mencari pin tudung. Asyik hilang je.

"Okay , hati - hati." Ibu dan mama segera turun.

"Hah! Jumpa." Lina tersengih memandang pin tudung itu sebelum memakainya. Lina mencapai beg sandang kecil (?) Dan segera menyarung kasut.

Eril membuka pintu dan serentak itu juga Lina membuka pintu. "Asal lambat turun?" Eril membetulkan tali kasutnya.

"Biasalah perempuan. Dah jom lah turun sama , kalau lambat sila meninggal." Lina berjalan ke arah lif dan menekan butang untuk turn. Eril hanya berjalan lenggang kangkung. Lif terbuka dan Lina terus masuk. Butang untuk menutup pintu lif ditekan.

"Bye , bye!!" Lina melambai ke arah Eril yang sudah kelihatan resah. "Senget lah. Tunggu aku." Eril mempercepatkan langkahnya. Tapi apalah nasib dia ditinggalkan oleh lif itu.

Sengal punya lif!

Eeh salah , sengal punya Lina! Maaf ye encik lif.

Eril terus turun menggunakan tangga. Malas nak naik lif. Sampai sahaja di tingkat bawah. Eril melangkah dengan laju sambil mewatsap Aril. Badannya terlanggar seseorang dan nasib Eril baik kerana tidak hilang keseimbangan. "I'm sorry miss"

Eril mengangkat bagasi perempuan yang jatuh akibat terlanggar dengannya. "Eril?" Eril mengangkat muka apabila dengar namanya disebut. Puteri Diana.

Tergamam.

"Awak buat apa dekat sini sorang?" Puteri Diana ramah bertanya apabila terasa suasana kekok.

"Syeril Hakim!" Belum sempat Eril hendak menjawab soalan yang satu nama dia sekali lagi disebut. "Kau buat apa dekat sini? Mama risau tau tak. Terpaksa aku cari kau sebab abang aku marah aku tinggalkan kau. Ngorat perempuan eh?" Lina menyerang Eril sebelum sempat Eril menjawab. Eril meluku kepala Lina kuat.

"Banyak lah kau punya ngorat. Aku terlanggar Puteri Diana tadi" Lina yang menggosok kepala akibat diluku memalingkan kepala ke arah perempuan yang disangka orang Perancis sebentar tadi.

Mata nya membulat. Mati weyh!

"Lina buat apa dekat sini dengan Eril? Dating ke?" Puteri Diana menyoal dengan nada hendak tahu. Eril yang menyedar kesilapanya segera mengawal riak muka.

"Macam mana nak cakap eh?... Saya sekeluarga yang rancang nak bercuti dekat sini. Tup tup jumpa keluarga Eril dekat airport semalam. Sebab tu gerak sama je. " Lina memberi alasan yang agak munasabah. Dalam hatinya berdoa supaya Puteri Diana tidak banyak soal. Puteri Diana hanya mengangguk.

"Kau buat apa pulak dekat sini?" Eril menghela nafas lega apabila Lina dapat cover line sebelum rahsia bocor.

"U know.. I'm going to be a wife soon so before that I want to spent time with my family." Puteri Diana menjawab jujur. Memang dulu dia suka dekat Eril tapi bukan sekrang.

Sorry But I Need UWhere stories live. Discover now