Hyoreum menangis dengan teresak di dalam biliknya.Tidak,asalnya bilik yang besar dan mewah ini bukan hak miliknya.Dia juga tidak beranggapan bahawa ini adalah bilik.Ini adalah neraka! Setiap gerak-gerinya pasti dikawal dengan ketat.
Tidak cukup dengan dua orang pengawal berbadan sasa mengawal bilik itu,ia juga dilengkapi dengan pelbagai perisai keselamatan.Memang mustahil bagi Hyoreum yang berjantinakan wanita ini untuk meloloskan diri dengan mudah.Tambahan pula dengan keadaannya yang kian lemah.
Tiba-tiba,pintu putih bilik itu dikuak dan tersembul seorang gadis yang lebih kurang sebaya dengannya.Dia tersenyum lemah melihat ke arah Hyoreum.Sayu sahaja ditatap.Malang,dia juga tidak dapat berbuat apa.Kaki dilangkah menuju ke arah gadis malang itu.
" Reum,makan tengahari dah siap.Jom makan? Taehyung dah tunggu. " ujar gadis itu.
Kemudian,dia bingkas bangun untuk berlalu pergi.Namun terhenti apabila Hyoreum pantas mencengkam lembut lengannya.Seperti faham,dia menoleh ke arah Hyoreum.
" Jaehyung,tolong lepaskan aku dari sini...aku dah tak tahan. " lirih Hyoreum.
Jaehyung turut bersimpati atas gadis ini.Hendak berbuat apa,dia sendiri tidak mempunyai kuasa untuk berlawan dengan Taehyung.Dia juga adalah wanita dan masih seorang gadis kecil.Tidak mampu untuk dia melawan kekuasaan Taehyung dan konco-konconya.
" Reum,kalau boleh...aku memang nak tolong.Tapi,macam mana?Aku sendiri yang adik dia ni pun dia jadikan aku maid peribadi dia.Minda dia kita dah tak boleh kawal. " ujar Jaehyung sedih.
Kata-kata itu memang melukakan hati Hyoreum.Baginya,jejaka yang disangkakan bidadari dari syurga itu adalah holographic semata-mata.Dia dikaburi oleh kebaikan dan kekacakan jejaka itu sehinggalah kini,dia baru tersedar.Dia bodoh kerana memilih jalan bersama jejaka itu.Sekarang tiada apa yang mampu menghalang dia untuk membuat keputusan.
" Dah,jom pergi makan.Nanti mengamuk pula Taehyung. " pujuk Jaehyung seraya mengelap gugusan air mata yang melimpah seketika.
Dengan ketidakrelaannya,Hyoreun akur.Kakinya mencecah lantai lalu membuntuti sahabatnya ke ruang dapur.Perasaan gementar bermain di hati.Seolah-olah kini hatinya mahu meletup dek kerana takutkan jejaka itu.
YOU ARE READING
[ OG ] BACK + k.t.h
Paranormal" Taehyung...lepaskan saya " → Hyoreum " No " → Taehyung " Taehyung...saya merayu " →Hyoreum " No " → Taehyung " Tae- " → Hyoreum " Kau faham bahasa atau tak?!Aku cakap tak!Kau hak milik aku! "→Taehyung + Kisah seorang gadis yang diseksa mental ole...