004 | Voice

12.1K 657 12
                                    

Jantungnya bagai hendak gugur mendengar tengkingan dari arah dapur.Rayuan yang dipohon tidak diendahkan oleh pemilik suara.Seraya,bunyi pisau-pisau menyusuli

' Tak nak? Wow...setia sangat kau dekat dia eh? Aku nak tengok betapa setianya kau sekarang!! HAHAHAHA! '

Si pemilik suara kedua itu bagai menggila dan sangat teruja.Bunyi-bunyi percikan cecair kedengaran dengan jelas.Apatah lagi pada ketika itu Jaehyung dan dirinya betul-betul berada di hujung tangga.

" Ho Seok! " panggil si pemilik suara.

Hyoreum seakan mahu terkucil.Jantungnya berdegup dengan sangat laju.Mahu menjerit,tetapi ditahannya.Bimbang jika bala menyerang dirinya pula nanti.Tubir matanya bergenang dengan cecair jernih.

Tiba-tiba,kedengaran derapan kaki berdekatan dengan mereka.Mereka menjadi gelabah terutama sekali Hyoreum.Tidak! Dia tidak mahu menjadi seperti mangsa tadi.Dengar sahaja cukup mengerikan,apatah lagi jika menghadapinya dalam keadaan hidup-hidup?

" Jae,apa kita nak buat sekarang ni?! " soal Hyoreum seakan mahu menangis.

Jaehyung juga gelabah.Matanya liar mencari tempat untuk menyelamatkan diri.

Tap..tap!

Semakin dekat bunyi derapan kaki itu ke arah mereka.Mereka bertambah gelabah.Peluh menyusuri di kepala masing-masing.Sangat resah.

" Hey "

Seseorang menegur mereka dari belakang,membuatkan mereka hampir menjerit.Namun sempat mulut mereka ditekup oleh orang itu.

" Ho Seok!!! " jerit si empunya suara itu lagi.

" Ya tuan,kejap! " balasnya.

Tangannya dilepaskan daripada kedua mulut gadis itu dengan perlahan.Jari telunjuk didekatkan di bibir,menyuruh mereka senyap.

" Shh...pergi sekarang.Menyorok sebelum Taehyung datang! " ujar Ho Seok menunjukkan ke arah pintu bilik yang terletak betul-betul di hadapan tangga.

Mereka akur dan mengikut seperti yang di arahkan.Sempat mereka menjeling untuk melihat Ho Seok yang kini betul-betul di hujung tangga bawah.Wajahnya pucat.

" Aku nak kau tanam bangkai ni cepat sebelum Hyoreum datang. " ujar pemilik suara itu seraya membaling plastik hitam yang dipenuhi darah.Ho Seok membuka ikatan plastik itu untuk melihat kandungan di dalamnya.

Tekaknya diserang rasa mual.Jijik! Bergelora perutnya melihat anggota-anggota badan manusia yang cukup hancur bagaikan daging ayam yang dipotong dadu.Memang hancur habis sehingga tiada kelihatan bentuk organ!

" Cepat! " amarahnya lagi.

Cepat-cepat Ho Seok mengikat kembali plastik itu dan berlalu keluar dari rumah,menjalankan tugasan yang diberi.Manakala di sisi Hyoreum dan Jaehyung kini,mereka sangat sebak dan ketakutan.

Dia takut...tersangat takut.Malang apa yang melanda dirinya kini? Mengapa dia yang perlu hadapi semua ini? Mengapa dia?

Sungguh tidak percaya dengan apa yang didengari dan dilihat tadi.Jantungnya bagai luluh dan gugur.Dia penat,dia sedih,dia kecewa.

" Tae....taeh-taehyung... "




[ OG ] BACK + k.t.hWhere stories live. Discover now