005 | Food

10.7K 613 100
                                    

Hyoreum menuruni tangga dengan sedikit menggigil,membuntuti Jaehyung.Menapak sahaja kakinya di atas lantai bahagian ruang makan,dadanya terasa gemuruh.Lantai ini,lantai yang berbekaskan darah.Dinding itu,dinding hasil coretan percikan darah! Namun,semuanya hilang begitu sahaja.Seolah-olah tiada apa yang berlaku.Kemas dan cantik!

" Silakan duduk. " arah Taehyung.

Seperti belatuk,Hyoreum akur dan duduk di kerusi yang bertentangan dengan Taehyung.Mujur meja itu panjang dan jarak di antaranya dengan Taehyung memang jauh.

Perasaan takut mula bermain di dalam jiwanya saat Taehyung memandang ke arahnya.Tatapan mata itu,mata yang menyimpan pelbagai rahsia kegelapan.Rahsia kejahatan,rahsia syaitan!

" Selamat menjamu selera. " ujar JungKook setelah siap menghidang makanan di atas meja mewah itu.

Taehyung hanya mengangguk lalu mengambil sudu dan garfu.Makanan di suap ke dalam mulutnya.Di memakan makanan itu dengan teliti.Tiba-tiba wajahnya berkerut.

" Puih! Masin! " Taehyung meludah dengan kasar di atas lantai.

" Siapa yang masak ni?! " amarah Taehyung geram.

Semua kaku dan pucat.Masing-masing menundukkan kepala di bawah ; takut.Tiada sebarang kata yang terkeluar,hanya mengemamkan bibir pada saat itu.

" Aku tanya,siapa yang masak ni?! "

Tiada sahutan.Ini menambahkan lagi berang Taehyung.Dadanya berombak,penuh kemarahan.Tanpa menunggu masa,terus ditolaknya semua makanan sehingga jatuh ke lantai.Pinggan tembaga yang menghidangkan ikan stim itu disepaknya di atas lantai.Ini membuatkan mereka yang lain sangat terkejut dan semakin gentar.

" Sekali lagi,aku tanya....siapa...yang masak?! " tingginya.

" Say-sa-saya " akui Jin dengan gagap.

Terus mata Taehyung menikam figura tinggi itu.Kakinya berjalan terus ke arah Jin lalu rambut Jin di cengkam kuat.Jin meraung kesakitan.

" Aku dah kata,aku tak nak ada cacat cela dalam makanan aku ni! Kau tak faham bahasa ke?! "

Jin senyap tanpa membalas.Taehyung semakin geram.

" Namjoon! Pergi ambik parang.Biar aku ajar macam mana nak masak dengan betul! "

Semua tersentak dengan perkataan itu,terutama sekali Hyoreum.Air matanya berkumpul.Dadanya sebak.

Namjoon hanya akur dan berlalu pergi ke arah dapur.Jin dicampaknya di atas lantai dengan kasar oleh Taehyung.Jin lemah.

" Selalunya,aku akan bunuh seorang dalam sehari untuk puaskan diri aku... "

Taehyung menyinsingkan lengan bajunya.Senyuman yang lebar terbit di bibirnya manakala matanya membesar.Sungguh menyeramkan.Namjoon akhirnya tiba dengan parang di tangan

Dengan perasaan yang teruja lagikan gembira,Taehyung mengambilnya.Senyuman selebar 2 inci di tariknya dengan mata yang membulat bak bola golf.Parang itu di angkat tinggi.

" ...tapi,hari ni aku dapat dua! HAHAHAHA! "

[ OG ] BACK + k.t.hWhere stories live. Discover now