027 | New Rival

2.6K 149 4
                                    

Matanya ralit meneliti setiap isi kandungan keuntungannya pada hari itu.Otaknya ligat memproses,tangannya pantas mengira.Secara tiba-tiba,bayangan wajah sedih dan sugul Kim Hyeoreum yang terseksa itu muncul di benak fikiran.Bibirnya berubah menjadi sebuah sengihan,puas dengan plannya yang menjadi.

Tok! Tok! Tok!

Kedengaran pintu bilik ofis itu diketuk dengan terburu-buru,menimbulkan rasa hairan pula di hati Wu Gina.

" Masuk. " arahnya.

Si botak masuk dengan terburu-buru.Sebagai tanda hormat,dia menundukkan tubuhnya sedikit sebelum meneruskan agenda yang sebenar.Ada sedikit rasa gugup terdetik dalam hatinya kini.Bimbang akan perkara yang bakal berlaku selepas ini.

" Maaf mengganggu. " ujarnya.

Wu Gina sekadar menganggukkan kepalanya lalu memberikan izin kepada pembantunya yang botak itu untuk menjelaskan kehadirannya secara tiba-tiba.Dia dapat merasakan bahawa perkara yang ingin disampaikan bukanlah berita yang baik memandangkan riak wajah pembantu itu serius dan ketat.Pembantunya itu kemudian menghulurkan telefon pintar yang memaparkan seorang pembaca berita di skrin kaca telefon.Wu Gina mengerutkan dahinya.

" Apa ni? " soalnya kehairanan.

Pembantu botak itu sekadar mengunci mulut.Dia hendak Wu Gina melihat dan mendengar segala butir bicara yang disampaikan oleh si pembaca berita itu.Kasut ditenung buat seketika,namun dari mata ekornya dia dapat lihat akan wajah  Wu Gina yang kian kusut.Bibirnya digigit dek rasa geram yang tak terhingga.

Bbam!!

Meja pejabat itu dihentaknya dengan kuat lantas berdiri dari kerusi empuk yang didudukinya tadi.Wu Gina cuba menarik nafas dengan stabil,namun gagal.Nafasnya tercungap-cungap seakan berlari sejauh 10 kilometer.Dadanya berombak penuh kemaraan.

" Tak guna.Siapa punya angkara?! " seloroh Wu Gina tanpa memikirkan keadaan mendiang Yan dan rumah agamnya.Otaknya hanya memikirkan insan yang berani menghancurkan rancangan ulung yang dirancang oleh si botak.

" Saya tidak tahu. " ujar pembantu itu.Kemudian,otaknya tercelik akan berita kedua yang ingin di sampaikan." Tapi saya tak rasa ini angkara Kim Taehyung. "

Hyeoreum hairan.Jika bukan angkara Taehyung,angkara siapa lagi? Setahunya,Kim Taehyung sahaja makhluk gila yang mampu berbuat demikian.Dia bingung.

- - - - -

" Mesti kau terkejut " si dia tersenyum sinis sambil memerhatikan gerak-laku Wu Gina yang sedang kusut.

Dari jarak yang tidak begitu jauh,si dia terus memerhati dengan sepasang teropong,meneliti setiap susun atur perabot dan hiasan di pejabat gadis itu.Otaknya terkadang terfikir untuk memilikinya suatu hari nanti.Ini bermakna,Wu Gina akan menjadi miliknya atau Wu Gina terpaksa disingkirkannya dari syarikat itu.

Tangannya mengepal,membentuk genggaman yang kuat dek dendam yang disimpannya.Kemudian,dia mengerling ke arah karung bersebelahan dengannya.Sekali lagi bibirnya mengukir senyuman sinis lantas melabuhkan punggungnya bersebelan dengan karung itu.Perasaan lega menguasai diri mengenangkan bangunan di bandar Seoul ini kebanyakan mempunyai atap rata yang membolehkan manusia lepak di atasnya.Wow!

" Kesian kau,Yan.Tak fasal-fasal mati dalam keadaan ngeri hihihi! " karung itu pula ditepuk-tepuk." ....dan Wu Gina palsu.Boleh tahan kuat dadah yang aku bagi kau tu.Segala arahan aku kau laksanakan! Tapi...aku tak pasti nak biarkan kau terus hidup atau tak. " sengihnya membayangkan postur Wu Gina palsu itu yang kini dalam keadaan berlipat-lipat di dalam karung itu.

" Oh my! Lupa pula aku dekat umpan aku.Alahai,dah terlepas! " dia kembali muram apabila teringatkan Kim Hyeoreum yang sempat melarikan diri ketika suasan hening berlaku di rumah Yan semalam.Apabila difikirkan balik,ada baiknya sekiranya Hyeoreum menjadi umpannya.Sudah pasti ini lebih memudahkan urusannya untuk merampas takhta Wu Gina! Asyikk! Soraknya kegirangan.

" Wu Gina,wait for me!! HAHAHAHAHA! "

⭐️⭐️⭐️

Kind of short.
Sambungannya macam tak sesuai nak dipadankan dalam part ni 😅
Anyway,thanks for still supporting! 💕

Random Tag :
ttaempe_ AduduHilangAkal Kei_mel bunkook_ --baytwry -sofftae taeleebwijeon- BangtanTae07 _QueridaBelle hunwey MayaAyuni4 BangtanTae07

[ OG ] BACK + k.t.hDonde viven las historias. Descúbrelo ahora