029 | JiHwan-Jim

2.5K 173 11
                                    

P/s : I need some opinion for my next chapter.I need some response by commenting on the note below :")

-------------------------------------------------------------

" Ughh " Hyeoreum mengerang sambil memegang kepala dek terasa pening.Cahaya matahari yang kini merobos matanya membuatkan matanya itu kini tercelik dengan sepenuhnya.

Tiba-tiba dia berasa hairan.Bukankah dia tidur bersama-sama gelandangan pada malam tadi? Di manakah kotak yang menjadi tempat perlindungan sehariannya? Di manakah juga kotak yang dijadikan tilam ketika tidur? Bagaimana dia boleh berada di dalam bilik ini?

" Kak Hyeoreum? "

Hyeoreum lantas mengalihkan pandangan.Melihat sahaja figura itu,bibirnya berubah kepada sebuah senyuman yang manis.Dia berasa lega dan terharu.Akhirnya,dia selamat tanpa orang-orang psiko seperti Wu Gina dan Taehyung!

" Jihwan!! " jeritnya riang lantas mendapatkan remaja berusia 21 tahun itu.

Remaja itu sekadar membalas pelukannya.Bibirnya tidak berkata apa.Hanya sebak yang melanda di dada yang kian berombak kesedihan.Memori bersama mendiang abangnya terngiang di fikiran apabila melihat gadis ini yang dianggap sebagai kakak kandungnya sendiri.

" Kakak...okay? " soal Jihwan setelah mereka meleraikan pelukan.Soalannya itu dibalas dengan anggukan bersama-senyuman yang sedikit tawar." Kenapa ni...? " soalnya setelah menyedari aura suram dari gadis itu.

" Haihh..entahlah " keluhnya." Panjang ceritanya,Hwan.Kakak rasa bersyukur sebab akhirnya kakak bebas! " ujarnya mula meluahkan perasaan.

" tapi? Hwan tahu banyak benda kakak dah alami.Ikutkan,mustahil untuk kakak dapat larikan diri dari rumah Taehyung tu. "

Gasp!

" Ma-macam mana H-hwan tahu kakak ada dekat sana? Bu-bukan Jimin-hyung kamu tu tak sempat balik Busan ke? " soalnya dek cuak mengimbas kembali akan penetapan mereka di Seoul manakala keluarga Jimin tinggal di Busan yang jauh dari negeri maju itu.Tambahan pula,keluarga Jimin sangat miskin sehingga tidak mampu untuk membeli telefon bimbit.Oleh itu,telefon awam menjadi tempat bergantung bagi keluarga mereka untuk kekal berhubung.Kadang-kala,Jimin akan pulang ke Busan apabila mempunyai wang lebih hasil simpanannya setelah bekerja sambilan di mana-mana kafe.

Melihat reaksi kaget Hyeoreum,JiHwan lantas mengukirkan senyuman yang senget sambil menggosok-gosok bahagian belakang leher.Kemudian,dia bingkas bangun dan menuju ke arah meja belajar di hujung penjuru bilik bersebelahan tingkap.Sepucuk surat di ambil lantas dihulurkan ke arah Hyeoreum.

" Jimin-hyung sempat postkan surat ni.Dia kata,keadaan Taehyung-hyung sangat teruk dan.... "

" ...dan...? "

" ...dia obses dengan kakak? Hwan tak tahu nak kata apa tapi Hwan anggap dia psiko lepas Hwan baca apa yang dia buat dekat kakak dan kawan-kawan kakak yang lain. "

Hyeoreum sekadar mengangguk lantas melepaskan keluhan.Harapannya semoga langkahnya tidak lagi dijejaki oleh mana-mana psiko seperti Taehyung atau Wu Gina.Sungguh,jiwanya terlampau terseksa dengan dugaan yang menimpanya selama ini.

" Tak pe lah,kak Hyeoreum rehatlah dulu.Hwan nak turun sekejap beli barang dapur yang mak pesan tadi.Rest well! " ujar JiHwan setelah menyedari keheningan suasana pada masa itu.Langkahnya di ambil menuju ke luar pintu bilik lalu meninggalkan Hyeoreum yang hanya membisu.

' Selamat tinggal,Hyeoreum.HAHAHA! '

Gasp!

Bayangan wajah psiko Taehyung dimimpinya itu kembali menerjah mindanya,membuatkan Hyeoreum lantas berasa ketakutan.Matanya ralit memandang sekitar bilik dengam jantung yang berdebar.Mimpi itu terasa seakan nyata! Dia tidak sanggup untuk menghadapinya sekiranya mimpi itu menjadi kenyataan.

' Tuhanku,permudahkanlah hidup aku ini! '

♥♥♥

Random Tag :
taekejut- arieysha_kim -taeyongbae CikHotChocholate jiminieus- ttaempe_ MayaAyuni4 taeleebwijeon- -sofftae aeitae

Note :
New update! Aku baru habis exam trial and aku rasa nak update chapter baru untuk korang (ノ*>∀<)ノ♡

Anyway,thanks sebab still support ff ni! Appreciate gila weyh! Kalau ff ni reach 60K viewers and 6k likes mungkin aku akan buat lagi 3 chapter berturut-turut.How about it? This is my way to say thank you.Terharu weh!

Nak befriend dengan aku? no hal~ Aku sedia menunggu chat dari sesiapa 😂

If anyone yang nak ditag dalam chapter seterusnya,boleh req dengan dm aku,okay? ♡




[ OG ] BACK + k.t.hWhere stories live. Discover now