021 | Run

3.9K 263 15
                                    

Park Jimin menarik nafas dengan laju.Kakinya perlahan-lahan memijak lantai.Kepalanya tidak henti menoleh ke kanan dan ke kiri.Setelah memastikan ianya selamat,dia bergegas lari.

Lari tanpa arah tuju.Otaknya hanya memikirkan cara untuk lari dan tidak dikesan oleh sahabat atau lebih kepada pembunuh,Kim Taehyung.

Dia adalah mangsa pertama di kalangan sahabatnya!

Tidak henti jantungnya mengepam darah dengan laju sehinggakan ia bagai hendak meletup! Namun,Park Jimin tidak mempunyai pilihan lain selain dari terus melarikan diri.Dia terpaksa memaksa kakinya bekerja keras demi nyawanya sendiri.

" PARK JIMIN! HAHAHAHAHA! "

Dapat didengari dari jauh laungan Kim Taehyung itu.Jimin semakin gelabah lalu mempercepatkan lariannya.Sempat dia menoleh kebelakang.

' Holy shit! ' carutnya apabila melihat Kim Taehyung di atas trak pemotong rumput bersama sebilah pedang yang besar.Park Jimin semakin ketakutan.Lariannya dilajukan.

" HAHAHAHAHA! HAHAHAHA!! " suara Kim Taehyung dan trak itu semakin kuat,menandakan dia semakin hampir.Jimin bagai mahu menangis.Kakinya yang giat melangkah kini seakan mahu retak dan patah begitu sahaja dek berlari di sekitar bandar apabila dikejar oleh Taehyung.Doa dibaca dengan banyak agar dirinya terselamat.

Pintu bahagaian belakang rumah agam itu dilihatnya.Dia mempercepatkan larian menuju ke arah pintu itu.Dengan sekuat hati,tombol pintu dicapai dengan cepat lalu memasuki ke dalamnya.

" PARK JIMIN!! HAHAHAHAHA! " Taehyung memang hilang akal! Gelak tawanya yang tidak henti itu semakin menambahkan rasa cemas Park Jimin.Matanya melilau sekeliling.Lantas,dia cepat-cepat menyorok ke dalam stor yang berada di bawah tangga rumah.Tombol pintu itu di kunci.

Seketika kemudian,kedengaran pintu bagai dihempas dengan kuat.Bunyi rengusan dari Kim Taehyung jelas didengarinya.Lantas itu,Park Jimin cuba menahan nafas.Bimbang jika dikesan lelaki psiko itu.

" Jiminnnnnnn~ Jangan main sorok-sorok! Tae kesunyiannnn~~ "

BUMMM!

Bunyi pintu dihempas didengari Jimin.Detakan di jantungnya bagai tidak keruan! Badannya berpeluh dengan kuat.Kakinya terasa lemah dan lembik.

' Oh tuhan,selamatkan aku! ' doanya di dalam hati.

Tubuhnya berpeluh dengan deras.Manik-manik peluh yang berada di hatinya tidak henti mengalir.Dia terlalu takut.

BUMM!

" HAHAHAHAHA!!! "

Park Jimin menutup kepalanya dengan kedua tangannya setelah mendengar pintu bilik itu bagai dipulas.

Nahas,ini pengakhirannya.

































" Huh! " rengus Taehyung yang berada di luar.

Beberapa saat kemudian,telapak kaki Taehyung didengarinya sudah jauh dari bilik itu.

Kelegaan menyapa dirinya.Dada diurut.Tubuhnya disandar pada dinding.Bibirnya digigit untuk menghilangkan rasa gementar yang teramat.

[ OG ] BACK + k.t.hWhere stories live. Discover now