Bab 16

6.8K 102 1
                                    

Aiman pulang ke rumah dalam keadaan hampa. Haekal menghantarnya tanpa mengucap kata cinta seperti yang diharapkan. Makan malam saja romantis tapi penyudahnya, hampeh! Haekal sekadar mengucapkan selamat malam saja kepada Aiman. Aiman yang waktu itu memang sudah tiada mood, sekadar melemparkan senyuman kelat. Haekal yang tahu ada sesuatu yang tidak kena langsung tidak mahu bertanya. Malas hendak melayan drama Aiman. Biasalah, PLU baru nak kenal dunia. Overdramatic!

Haekal memecut laju meninggalkan perkarangan rumah Aiman. Sebelum itu, dia sempat menjeling ke atas di mana Brandon sedang mengintai di sebalik langsir. Haekal yang kenal akan susuk tubuh Brandon tersenyum sinis. Insiden di mana dia dan Brandon sama-sama menyertai orgy party tempoh hari masih segar di ingatan.

"Kau buat apa dekat sini?" tanya Brandon yang terkejut melihat Haekal berdiri di hadapannya dalam keadaan bogel.

Mereka berdua menoleh ke sekeliling di mana semua orang sudah mula melakukan projek. Haekal menyuruh Brandon diam. Brandon panik kerana dia telah meraba dan mencium Haekal tadi. Bukannya apa, kalau Aiman tahu nanti, mampus bergaduh lagi! Sudahlah Brandon dan Haekal memang pernah berskandal satu ketika dulu. Dan Aiman masih tidak boleh menerima kenyataan itu.

"Apa kau buat kat sini doh?" bisik Brandon dalam keadaan canggung kerana orang lain semua sedang sibuk meraba tubuh masing-masing. Hanya dia dan Haekal yang masih tercegat di situ. Tangan masing-masing disimpan kemas.

"Diam-diam sudah," ucap Haekal sebelum menarik Brandon dan memberikan ciuman yang agak lama. Brandon yang tergamam tidak berdaya melakukan apa-apa. Usai memberikan ciuman, Haekal menjeling ke arah tangan Brandon. Dia menjongketkan kening. "Aren't you supposed to be a bottom? Where's your glow stick?"

Brandon memegang tangannya. Dia tahu Haekal sengaja mahu menyindir dirinya yang pernah menjadi bottom ketika mereka berskandal. Dia menjeling Haekal sebelum berkata, "Aku top-lah sekarang!"

"Suit yourself!" kata Haekal sebelum berlalu pergi meninggalkan Brandon dan mula menyertai yang lain.

Brandon menarik nafas lega. Mujur Haekal tidak mahu meneruskan aktiviti seksual mereka. Kalau tidak, tak tahulah macam mana dia hendak berhadapan dengan Aiman. Memanglah Brandon tidak kisah berkongsi lelaki namun Aiman bukan PLU yang begitu. Brandon menghormati Aiman sebagai seorang sahabat. Brandon juga memang sudah tidak mahu lagi mempunyai apa-apa hubungan dengan Haekal. Cukuplah sekali dulu. Brandon tidak mahu melakukan kesilapan yang sama lagi. Tengok daripada gaya Haekal, macam masih sama saja. Kesian Aiman. Mengharapkan kasih seorang lelaki yang sesenang hati pergi orgy party.

"Eh kenapa berdiri tercegat ni? Join-lah semua orang," tegur Hafiz, selaku organizer.

Melihat Haekal sudah hanyut bersama lelaki-lelaki tadi di atas katil, Brandon tidak mahu mengalah. Dia pergi ke satu lagi kumpulan lelaki yang berada dekat dengan sofa. Kehadirannya disambut baik oleh lelaki-lelaki itu. Mereka mula mengerumuni tubuh Brandon. Sekarang barulah Brandon dapat menikmati betapa enaknya ber-orgy. Sesekali matanya menjeling ke arah Haekal yang turut sama sedang berseronok. Haekal mengenyitkan matanya kepada Brandon. Brandon menjeling dan terus berseronok bersama segerombolan lelaki tadi.

**********

"Aiman!" Nik memanggil nama Aiman sewaktu Aiman sudah pun menaiki tangga untuk ke biliknya di atas.

Aiman yang masih geram dengan Haekal lagi memberikan pandangan yang agak tajam kepada Nik. "Nak apa?"

"Sini kejap!" Nik menyuruhnya duduk di sebelah, di atas sofa dalam ruang tamu.

HelokzWhere stories live. Discover now