Bab 30

6.1K 90 24
                                    

Aiman terserempak dengan Afiq ketika dia sedang menunggu bas pulang ke Melaka. Afiq adalah rakan sekolahnya dulu yang pernah menjadi mangsa untuk dilempiaskan nafsu dalam tandas. Lain benar Afiq sekarang. Semakin tinggi. Tentu batangnya sekarang juga semakin membesar, hati kecil Aiman berkata.

"Kau sihat?" tanya Afiq, sedikit pelik mengenangkan semula peristiwa hitam antara dia dan Aiman dulu.

"Alhamdulillah. Macam nilah. Kau?" tanya Aiman semula.

Afiq tersenyum sambil menayang dua bungkus plastik barang basah. "Macam ni jugak. Jadi budak kampung yang tak sambung belajar."

Aiman memandang wajah Afiq dengan sayu. Dia tahu kisah sedih Afiq itu. Terpaksa menjaga ibunya yang sakit. Sebab itu lepas SPM, Afiq tidak dapat menyambung pengajian di mana-mana IPT.

Aiman menepuk bahu Afiq. "Besar pengorbanan kau buat untuk mak kau, Afiq. Aku harap, kau tabah. Insya-Allah, berkat hidup kau atas doa mak kau yang tengah sakit sekarang."

"Terima kasih, Aiman. Kau nak balik UiTM dah ya? Tengah cuti ke sekarang?" tanya Afiq.

"Tak adalah. Aku saja balik sebab rindu dekat mak aku." Aiman tertawa.

Afiq terperasan sesuatu pada leher Aiman. Dia mengecilkan anak matanya. Kemudian, dia memandang wajah Aiman dengan terkejut. Aiman jadi tidak keruan dibuatnya.

"Tu love bite ke apa tu?" tanya Afiq.

Aiman pantas menekup lehernya. Alamak! Macam mana dia boleh tidak sedar Pak Cik Ayob buat love bite pada lehernya? Aiman tersengih-sengih tanpa cuba berselindung. Harap-harap Afiq tidak memandang serong padanya.

"Lelaki ke perempuan yang buat benda tu?" tanya Afiq, yang tahu tentang nafsu songsang Aiman.

Aiman menelan air liurnya. Dia langsung tidak mahu bertentangan mata dengan Afiq kini.

Afiq menarik nafas panjang. "Tak berubah lagi kau rupanya ya, Aiman? Astaghfirullahalazim. Aku bukan nak judge kau. Tapi aku cuma nak nasihatkan. Benda ni berdosa. Janganlah lalaikan diri kau dengan benda-benda macam ni. Tak cium bau syurga kau nanti."

Aiman kaku berdiri tatkala mendengarkan tarbiah dari Afiq. Dia segan kerana terkantoi dengan orang yang pernah cuba disesatkannya dulu.

"Aku balik dulu. Jaga diri kau elok-elok. Dan tolonglah jaga iman tu jugak ya? Assalamualaikum." Afiq berlalu pergi.

Aiman memerhatikan saja gerak langkah Afiq menuju ke motorsikal uzurnya. Sebelum ini, Aiman mungkin bersikap defensif jika ada yang cuba mempersoalkan tentang seksualitinya tapi kini mindanya lebih terbuka. Dia menerima nasihat dari Afiq itu. Dia pun sedar apa yang dia lakukan selama ini adalah dosa. Dan dia semakin hanyut selepas berkenalan dengan Haekal. Sampai pernah mengambil dadah! Astaghfirullahalazim. Jauh benar Aiman menyimpang. Dia mengeluh lemah sebelum kembali duduk menunggu hingga bas untuk pulang ke Melaka tiba.

**********

Hampir ke senja, barulah bas yang dinaiki oleh Aiman tiba di Melaka Sentral. Dia sengaja tidak mahu menghubungi kawan-kawannya. Dia mahu pulang sendiri ke Lendu dengan menaiki teksi.

Sekejap tadi dia menerima banyak mesej. Notifications mencecah hingga ke 100. Maklum sajalah, sepanjang berada di Ipoh, dia langsung tidak memeriksa telefon. Dia mahu menenangkan fikiran dan biarpun fikirannya masih lagi tidak berapa tenang, sekurang-kurangnya bila dia membawa diri, ketenangan sementara berjaya ditemui.

Aiman cuba mencari nama Haekal dalam setiap mesej yang dihantar padanya. Tiada sebarang mesej pun datang dari Haekal. Dia masih marahkan aku lagi. Aiman mengeluh lemah. Mungkin Haekal tidak akan memaafkannya lagi. Aiman harus redha.

Mesej-mesej lain turut dibaca. Aiman tidak meneliti satu per satu. Dia sekadar mahu menghilangkan notifications saja.

Satu panggilan tiba-tiba masuk. Dari Cecilia. Cecilia tahu aku nak balik ke? Tanya Aiman pada dirinya sendiri. Seingatnya, dia tidak memberitahu sesiapa tentang bila dia akan pulang semula ke Melaka. Mungkin Cecilia dapat membaca gerak geri Aiman. Maklum sajalah, rakan baiknya itu memang seorang yang sangat memahami.

Aiman menjawab panggilan telefon Cecilia itu dengan tenang. "Helo."

"Aiman! Where are you?"

"Just reached Melaka. Why?" Aiman dapat meneka seperti ada yang tidak kena.

"He's in Melaka now..." kedengaran suara Cecilia sedang bercakap dengan seseorang. Mungkin Brandon.

"Tanya dia, dia nak kita ambik dia ke?" suara Brandon.

"Do you want us to fetch you?" tanya Cecilia.

"No thanks. I'll just grab a cab."

"Aiman, have you heard of the latest news?" tanya Cecilia, cuba mengawal diri dari panik.

Aiman terdiam seketika. "What news?"

"You bukak WhatsApp you sekarang. Faliq baru hantar satu link."

"What's all this?" tanya Aiman, tidak selesa bila Cecilia tidak berterus-terang apa yang terjadi sebenarnya.

"Just read it, Aiman."

Aiman pun menurut. Dia membuka WhatsApp dan menekan link yang dihantar oleh Faliq.

"LELAKI MATI DITEMUI DALAM SEMAK"

Bukit Beruang: Mayat lelaki ditemui di dalam semak di Kampung Telok, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5.55 pagi itu, mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemui orang awam.

Timbalan Ketua Polis Melaka Senior Asisten Komisioner Mohd. Shahrizan Che Mat Din berkata, sebaik menerima laporan berhubung penemuan mayat itu, anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Pemeriksaan menemui kecederaan serius pada lubang dubur mangsa, dipercayai dimasukkan dengan senjata tumpul.

"Mayat dibawa ke Hospital Melaka, untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian," katanya.

"What's all this? Why are you showing me this?" tanya Aiman, tidak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Cecilia.

"It's Haekal, Aiman. Haekal is dead!" Cecilia mula menangis.

"How do you know that it's him? Tak ada nama dia pun." Aiman panik.

"We went to the hospital. When we received the news, we quickly went there to check and we were right. Even kereta dia pun polis jumpa tak jauh dari tempat kejadian."

Aiman menggeleng-gelengkan kepalanya. "No! This can't be. This can't be happening. No!"

"I'm so sorry, Aiman. I know how much he means to you. I'm so sorry."

"No. I don't believe this. This is not true. Tell me this is not true, Celia!"

Cecilia tidak mampu berkata apa-apa. Dia memberikan telefonnya kepada Brandon.

"Aiman..."

"Brandon, please bagitau aku benda ni tak betul. Haekal tak mati lagi kan?" tanya Aiman, yang mula sebak dan dalam sedikit masa saja lagi akan menitiskan air mata.

"He's dead, Aiman. He was murdered. The police are now looking for potential suspects." Brandon serius memberitahu.

"Why are you telling me all this? Am I one of the suspects?" tanya Aiman.

"We're all one of the suspects. The police found numerous missed calls from us in his cellphone. We have to make a statement at the police station."

Aiman diam. Dia cuba untuk tidak menangis namun dia gagal membendung air matanya. "Ya Allah!" Aiman terduduk sambil terus menangisi kematian Haekal.

"Aiman...? Aiman...?" suara Brandon masih kedengaran di talian.

HelokzWhere stories live. Discover now