Bab 28

7.5K 88 5
                                    

Perjalanan dari Melaka ke Johor Bahru tidak mengambil masa yang lama. Lebih-lebih lagi bila Brandon yang memandu. Dia memang cukup terkenal dengan gelaran si pelesit di jalan raya dalam kalangan kawan-kawan. Cecilia dan Faliq yang menemaninya sepanjang perjalanan menambahkan lagi rasa semangat.

Semalam Brandon telah menghubungi abang Haekal. Agak canggung ketika dia bercakap dengan abang Haekal kerana dia cuba untuk tidak kedengaran seperti seorang lelaki homoseksual. Menurut abang Haekal yang bernama Megat, adiknya kini memang berada di Johor Bahru. Brandon terus melompat keriangan dan mengambil keputusan untuk ke sana memujuk Haekal pulang. Dia membawa Cecilia dan Faliq bersama supaya Aiman tidak salah faham dengan apa yang sedang cuba dilakukan.

Sewaktu dalam perjalanan, Cecilia sibuk bertanyakan tentang latar belakang kehidupan Brandon dan Faliq. Awalnya, kedua-dua mereka enggan membuka cerita namun setelah Cecilia berkongsi tentang dirinya, Brandon dan Faliq turut melakukan perkara yang sama. Maka, timbullah pelbagai kisah menarik. Ada cerita yang Brandon dan Faliq sendiri pun tidak tahu tentang diri masing-masing biarpun sudah lama mereka berkawan.

Cecilia teruja kerana dapat membuka lapisan demi lapisan tentang siapa sebenarnya Brandon dan Faliq. Itulah yang dia sering lakukan kepada Aiman. Sebab itu mereka rapat. Cecilia banyak tahu tentang diri Aiman. Bukan dia hendak menyibuk hal orang tapi baginya, persahabatan itu akan lebih jujur sekiranya mereka saling berkongsi tentang kisah kehidupan masing-masing. Itulah yang akan merapatkan lagi hubungan persahabatan.

Kisah demi kisah terkupas, mereka akhirnya tiba ke destinasi yang dituju. Cecilia dan Faliq menggosok-gosok mata kerana mengantuk. Brandon hanya mampu memberikan jelingan tajam. "Orang yang drive pun tak penat, dia pulak yang over" sindir Brandon ketika mereka sedang mencari tempat untuk bersarapan.

Mereka keluar dari rumah selepas Subuh. Sengaja Brandon bertolak awal kerana mahu mengambil kesempatan untuk bersantai di situ. Dapatlah dia ke tempat-tempat menarik seperti JPO, Pasar Karat dan Kilang Bateri, kafe hipster yang cukup popular dalam kalangan Instagrammers. Nasib baik mereka masih belajar lagi. Kalau tidak, awal-awal mereka sudah ke Legoland. Mereka fikir tiket masuk taman tema itu mahal. Kalau tidak, ianya tidak menjadi masalah. Orang kata, sambil menyelam minum air. Sambil mencari ke mana Haekal menghilang, mereka dapat mencipta memori bersama.

"Have you been to JB before?" tanya Brandon kepada Cecilia.

"Does this Sumandak looks like she has been to JB?" sindir Cecilia.

Brandon mencebik bibir. Tanya pun tak boleh. "So aren't you happy that you're here now?"

"Biasa sajos! Remember, we're here because of a mission. Don't take things for granted" pesan Cecilia.

"You rasa I akan take things for granted?"

"Then kenapa you sibuk-sibuk nak pergi Kilang Bateri?"

Brandon terdiam. Cecilia tersenyum sinis kerana dia berjaya membuat lidah Brandon itu terkelu.

"Alang-alang kan..."

Cecilia menjongketkan keningnya. "Take things for granted-lah tu."

**********

Ketiga-tiga mereka tiba di sebuah gerai berdekatan dengan jalan besar untuk bersarapan. Masing-masing sudah lapar. Brandon enggan berhenti di mana-mana RnR tadi. Dia jenis yang suka memandu terus. Bila dah sampai baru cari tempat makan.

"Brandon, kau tau ke dekat mana abang Haekal tinggal?" tanya Faliq ketika mereka bertiga baru saja memesan makanan.

"Member aku cakap dia tinggal dekat Kempas."

Cecilia yang sedang mengelap meja makan menggunakan tisu menjongketkan kening. "Ada alamat tak?"

Brandon enggan bertentangan mata dengan Cecilia. Teragak-agak dia cuba menjawab. "Tak ada."

Cecilia membuntangkan mata. "What!? So we came here with such risks?"

"What risk?"

"The risk of getting lost in an unfamiliar city! I thought you dah tau dia duduk dekat mana!?" Cecilia benar-benar berang sekarang.

Brandon terdiam. Dia tahu dia bersalah dalam hal ini. Dia cuba untuk membetulkan keadaan. "I tak nak nampak macam PLU sangat. Kalau I bagitau abang dia yang I nak datang sini, mesti abang dia bagitau dia. And dia akan lari lagi. That's why I nak surprise."

Penerangan Brandon itu tidak menyejukkan kemarahan Cecilia. Cecilia mencebikkan bibirnya. Menyesal pula kerana mengikut saja rancangan Brandon. Sepatutnya dia tanya Brandon secara terperinci apa yang mereka akan lakukan setelah tiba di Johor Bahru.

"Okey macam ni. Dah alang-alang ada dekat sini, I akan call abang Haekal. I akan tanya dia kat mana dia tinggal. Lepas tu kita terus pergi serang rumah dia."

Faliq dan Cecilia saling berpandangan. Masing-masing menunjukkan rasa kurang keyakinan terhadap rancangan Brandon itu.

"Can you at least support my plan?"

**********

"Assalamualaikum!" Faliq memberi salam ketika dia, Brandon dan Cecilia berada di luar rumah abang Haekal.

Mujur Megat memberi kerjasama apabila Brandon menghubunginya tadi.

"Waalaikumsalam!" Megat berjalan keluar dari rumah.

"Abang Megat ke?" tanya Brandon untuk kepastian.

"Ya saya. Brandon ke ni?" tanya Megat sambil matanya melirik ke arah Cecilia dan Faliq.

"Ya saya."

Brandon dan Faliq saling bersalaman dengan abang Haekal itu. Cecilia sekadar tersenyum mesra kepada Megat. Matanya liar mencari kelibat Haekal di dalam rumah itu. Kereta Haekal tak ada. Dia dah keluar ke?

"Cari Haekal ya?" tanya Megat.

"Ya. Haekal ada tak, bang?"

Megat mengeluh hampa. "Dia baru je keluar tadi. Katanya nak balik semula ke Melaka. Adalah dalam 45 minit tadi."

Brandon, Faliq dan Cecilia saling berpandangan. Celaka betul! Mereka sudah hampir untuk berjumpa dengan Haekal. Punah harapan masing-masing untuk mengembalikan semula keceriaan dalam hidup Aiman.

"Dia tau ke kitorang nak datang sini?" tanya Cecilia, yang dapat merasakan Megat telah memberitahu Haekal tentang mereka yang ingin datang ke rumah.

"Eh taklah. Saya tak cakap apa-apa pun dekat dia. Dia pun macam tergesa-gesa tadi. Tak sempat nak borak lebih. Dia terus balik."

Ketiga-tiga mereka mempamerkan wajah kecewa. Buat penat saja datang ke sana. Haekal sudah pun pulang semula ke Melaka.

"Takpelah. At least we know, he's going back to Melaka. Shall we call Aiman?" Faliq mencadang.

Brandon dan Cecilia setuju. Mereka terus meminta diri. Masing-masing berjalan lemah masuk ke dalam kereta.

"What now?" tanya Cecilia.

"I don't feel like hanging out..." ujar Brandon.

"Same." Faliq dan Cecilia sama-sama menjawab.

"Let's just go home. We'll call Aiman on the way back. I'm sure he'll be happy to hear this good news."

"Tapi kenapa abang dia cakap dia tergesa-gesa balik tadi ya? Has something happened?"

Ketiga-tiga mereka terdiam. Masing-masing terus berteka-teki. Brandon memulakan pemanduan pulang ke Melaka. Mereka tidak jadi ke tempat-tempat yang sudah dirancang. Balik nanti masing-masing berjanji untuk tidur sampailah esok.

HelokzWhere stories live. Discover now