Bab 21

5.6K 101 4
                                    

"You what!?" Cecilia terkejut mendengar apa yang Aiman beritahunya. Semua yang berada di kafe menoleh ke arah Cecilia dan Aiman. Disebabkan malu, Cecilia cepat-cepat menikuskan diri.

Aiman turut sama menunduk. Kemudian, Cecilia mencubit tangannya. "Aww! What the!?"

"Kenapa you reject dia!?" tanya Cecilia, separuh berbisik. Sekejap tadi Aiman memberitahunya dia telah menolak lamaran Haekal untuk menjadikannya teman lelaki.

Aiman mengurut-urut tangannya yang dicubit tadi. Kurang asam punya perempuan! Habis kulit mulus aku, getus hati Aiman. "Sakit tau you cubit! Tu tangan ke mulut ular?" sindir Aiman.

"Cepatlah bagitau I kenapa you reject dia? Bukan you beria ke nak couple dengan dia? Bila dia mintak couple, you reject pulak. Apa masalah you sebenarnya?" bebel Cecilia yang agak terkejut dengan keputusan yang diambil oleh sahabat baiknya itu. Namun, jauh di sudut hati Cecilia gembira kerana Aiman tidak semudah itu dipermainkan oleh Haekal. Tapi Cecilia pelik, kenapa Aiman boleh bertindak sedemikian? Sedangkan dia telah pun terlanjur dengan si Haekal. Apa yang membuat Aiman berubah fikiran?

Aiman yang masih mengurut-urut tangannya yang dicubit oleh Cecilia tadi mengerutkan kening. Beria benar Cecilia mahu tahu. "Entah," itu saja yang dijawabnya.

"Entah!?" Cecilia ternyata tidak berpuas hati dengan jawapan Aiman itu. "You kata you sayangkan dia..."

"Memanglah sayang. Tapi..." kata-kata Aiman terhenti di situ. Dia mengeluh lemah sebelum menyambung semula. "I tak rasa yang dia serius."

Akhirnya! Cecilia bersyukur pada Tuhan kerana telah membuka pintu hati Aiman untuk menyedari sendiri Haekal bukanlah lelaki yang terbaik untuknya. Ingin saja dia memeluk Aiman namun Cecilia tidak mahu kelihatan seperti dia gembira dengan keputusan Aiman untuk tidak menjalinkan hubungan percintaan dengan Haekal. Dia harus kelihatan neutral. "So what now? You guys are officially over or what?"

"Entah. He was hurt when I rejected him. But I still want him in my life."

Cecilia tersenyum sinis. "You want him or you want his..."

"Samalah tu!" pintas Aiman sebelum Cecilia sempat menghabiskan kata-kata.

Kedua-dua mereka kemudiannya bangun untuk masuk ke kelas. Pada masa yang sama, Aiman menerima WhatsApp dari Haekal.

'Sampai hati you' dengan emoji sedih.

Aiman merenung lama mesej itu. Dia sedang mempertimbangkan sama ada mahu membalas mesej Haekal itu ataupun tidak. Melihat Cecilia sudah berjalan jauh ke hadapan, Aiman cepat-cepat menyimpan telefon pintarnya tanpa membalas mesej Haekal.

'Betul ke apa aku buat ni?' tanya Aiman pada diri sendiri.

Sepanjang berada di dalam kelas, fikiran Aiman melayang-layang ke arah Haekal. Dia rasa bersalah. Memanglah Haekal itu seorang lelaki yang suka mempermainkan hati orang lain. Tapi itu tidak membawa maksud dia berhak untuk dilukakan.

Cecilia menepis lengan Aiman ketika Aiman sedang jauh termenung. Aiman pantas memandang wajah Cecilia yang sedang menjuihkan bibirnya ke depan. Aiman menyoroti pandangan Cecilia dan menelan air liur melihat pensyarah di hadapan sedang mencekak pinggang sambil memandangnya dengan pandangan yang cukup tajam.

"Berangan ya!?" marah Puan Raihan.

"Maaf, Puan." Aiman menundukkan kepala.

Puan Raihan kembali menyambung syarahannya. Sementara Aiman masih sibuk lagi memikirkan tentang Haekal. Cecilia menepis lengan Aiman sebelum membisikkan pertanyaan, "You okay tak?"

Aiman berpura-pura okey. Dia sekadar tersenyum kelat sambil menganggukkan kepala. Cecilia membiarkan Aiman terus hanyut dalam lamunan sementara dia kembali fokus kepada sesi pembelajaran.

Kelas berlanjutan sehingga dua jam. Aiman merupakan insan pertama yang keluar dari situ selepas Puan Raihan beredar. Cecilia mengejarnya dari belakang.

"Aiman! Where are you going?" tanya Cecilia.

Aiman yang sedang berjalan laju, menjawab "I nak pergi rumah Haekal."

"What? Kenapa?"

Aiman berhenti berjalan dan menoleh ke arah Cecilia. "I nak tarik balik keputusan I. I nak couple dengan dia," Aiman pusing semula dan meneruskan perjalanan.

"What? Why!?" Cecilia sukar untuk percaya apa yang didengarinya tadi.

"I baru sedar I sayangkan dia."

Cecilia terpaksa membiarkan Aiman pergi. Lelaki itu kelihatan seperti benar-benar nekad dengan keputusannya. Cecilia tahu jika dia cuba menghalangi, Aiman mungkin memberontak. Jadi dia melepaskan Aiman biarpun dia tidak bersetuju dengan keputusan Aiman itu.

**********

Aiman memandu kereta Syawal yang masih tidak dipulangkan lagi ke rumah Haekal. Dalam perjalanan, Aiman cuba menghubungi Haekal namun Haekal tidak menjawab. Aiman risau. Haekal dah tak mahu berkawan dengannya lagi ke? Menyesalnya menolak cinta lelaki itu semalam!

Aiman tidak henti-henti meyakinkan diri bahawa Haekal masih mahu berkawan dengannya. Dia tahu tidak mungkin Haekal dapat melupakannya. Haekal kelihatan seperti sudah mencintainya. Semalam, Aiman dapat melihat dari dalam anak mata Haekal. Lelaki itu mahu mereka menjalinkan hubungan percintaan. Haekal ikhlas.

Tiba saja di perkarangan rumah, Aiman agak kecewa kerana kereta Haekal tiada. Bererti lelaki itu sudah keluar. Ke mana saja dia pergi? Aiman mengeluh lemah. Dia cuba menghubungi Haekal sekali lagi. Masih tidak berjawab.

"Mana kau pergi, jantan?" marah Aiman sambil tidak putus asa cuba menghubungi Haekal.

"Cari siapa tu?" kedengaran suara seorang lelaki menegur dari belakang.

Aiman yang sedikit tersentak menoleh. Kelihatan seorang lelaki sedang berlari anak dalam keadaan berpeluh dan mengah. Dia memandang lelaki itu atas bawah. Boleh tahan helokz. Berpeluh lagi tu! I loike.

Aiman pantas menggeleng kepala kerana ini bukan masanya untuk memikirkan tentang lelaki lain. Dia bertanya pada lelaki itu, "Kawan saya duduk sini. Saya datang cari dia."

"Oh! Tadi saya baru nampak dia keluar. Dia pakai kereta MyVi biru kan?" tanya lelaki itu yang masih berlari anak.

Aiman mengangguk-anggukkan kepalanya. Baru keluar? Pergi mana? Aiman mula risau. "Terima kasih," ucapnya pada lelaki itu.

Lelaki itu kembali berjogging, meninggalkan Aiman seorang diri. Aiman termenung jauh memikirkan tentang Haekal. Ke mana saja lelaki itu telah pergi?

Dia sedang berada dalam dilema. Patutkah dia pergi mencari atau tunggu saja di sini? Aiman tidak dapat membuat keputusan. Dia berdiri di hadapan rumah Haekal dalam keadaan gelisah.

Tiba-tiba dia menerima panggilan telefon. Sangkaannya Haekal yang menghubungi. Rupanya Syawal! Aiman dapat mengagak apa yang Syawal mahu darinya.

"Baek eh kereta buat harta?" sindir Syawal sebaik saja Aiman menjawab panggilan.

"Sorry. Kau nak pakai ke?" tanya Aiman.

"Taklah. Aku bagi kau pinjam terus. Biar aku bayar bulan-bulan, kau pakai." Syawal menyindir lagi.

Geram betul Aiman dibuatnya! Orang tanya elok-elok, dia penuh sarkastik pula. "Fine! Aku balik sekarang."

"Eh takpe. Balik esok pun takpe!" Syawal menyindir lagi.

Aiman cepat-cepat mematikan talian. Sebelum dia masuk ke dalam kereta, dia menoleh ke arah rumah Haekal. 'Aku akan datang lagi,' dia membuat janji sebelum memandu laju kereta Syawal pulang ke rumah.

HelokzWhere stories live. Discover now