Bab 38

3.1K 79 12
                                    

Ternyata, sukar untuk Aiman melupakan Asyraf yang ditemuinya sekali lagi dua hari lepas di hadapan rumah Haekal. Asyraf tinggal berdekatan. Sebab itu bila mereka bertemu, Asyraf sedang berjogging dengan pakaian sukannya.

Aiman benar-benar tidak menyangka. Kuat juga jodoh dia dan Asyraf. Ketika dia sedang berkabung, Asyraf datang menyinari semula hidupnya. Biarpun dia rasa berdosa kerana berjaya menyisihkan perasaan sayu, hati Aiman tetap tidak berbelah bahagi.

Ya! Confirm! Dia ada hati pada Asyraf. Persoalannya sekarang, adakah Asyraf turut mempunyai perasaan padanya? Itu jawapan yang perlu dicari.

Aiman sanggup menapak ke Bangunan Pentadbiran semata-mata untuk bertemu dengan Asyraf yang bekerja di CoolBlog. Hari ini dia akan ajak Asyraf keluar makan dengannya. Kemudian, mereka akan berbual panjang mengenai kehidupan masing-masing. Aiman mahu mengenali Asyraf dengan lebih rapat. Jika Asyraf tidak menyimpan perasaan kepadanya, Aiman akan pastikan Asyraf berbuat sedemikian!

Cecilia cuba menghubungi Aiman kerana selepas habis kelas tadi, Aiman terus berjalan laju meninggalkan sahabat baiknya itu. Aiman enggan menjawab. Dia meletakkan telefonnya itu pada mod silent.

"I'm so sorry Celia. I don't mean to do this to you but I have to. It's about how I feel for Asyraf. And you can't find out about Asyraf. At least, not now!" kata Aiman sewaktu dia berjalan laju menuju ke Bangunan Pentadbiran.

Masih ada lagi mata yang meliar apabila Aiman lalu. Nampak gayanya memang semua orang sudah lihat foto mesranya dengan arwah Haekal di atas katil. Celaka betul! Aiman terus menebalkan hatinya dan berjalan laju menuju ke CoolBlog.

Sesampai saja di sana, Aiman mematikan langkah melihat seorang lelaki jambu berada di dalam kiosk bersama Asyraf. Staff CoolBlog juga. Dan dia sedang bergurau senda dengan Asyraf di dalam kiosk itu!

Aiman berjalan perlahan-lahan sambil matanya terus memerhatikan tingkah laku lelaki jambu itu. Dia rasa lain macam. Adakah lelaki jambu itu teman lelaki Asyraf?

"Eh Aiman! Sinilah," Asyraf memanggil  Aiman apabila dia ternampak Aiman semakin menghampiri.

Aiman merenung tajam wajah lelaki jambu di dalam kiosk. Tag namanya bertulis 'Dzul'. Dzul cuba menguntum senyuman kepada Aiman namun Aiman langsung tidak membalas senyuman Dzul itu. Dia menjeling lagi adalah!

"Dzul, kenalkan. Ni Aiman. Aiman, ni Dzul. Staff CoolBlog juga. Haritu dia cuti so that's why saya sorang. Harini kitorang berdua balik." Asyraf bercerita.

Tapi Aiman langsung tidak berminat untuk mendengar. Matanya memandang Dzul atas bawah. Dzul jadi tidak selesa dibuatnya.

Asyraf menepis tangan Dzul. Dia mahu Dzul bersalaman dengan Aiman. Dzul teragak-agak menurut perintah Asyraf itu. Tangannya memberat namun setelah dia memaksa diri, Dzul akhirnya berjabat tangan dengan Aiman.

Aiman yang pada mulanya enggan bersalaman dengan Dzul menyambut tangan lelaki itu dengan penuh 'attitude'.

Dzul menundukkan mukanya bila Aiman berbuat sedemikian. Dia malu. Dia tidak faham kenapa Aiman perlu memperlakukannya sebegitu? Apa yang telah dia lakukan sampai Aiman kelihatan seperti benci sangat padanya?

"Nak minum CoolBlog ke? Order?" Asyraf mula bertanya pada Aiman tentang apa tujuannya berada di situ. Sangkaannya, Aiman mahu membeli CoolBlog.

Aiman mengangkat tangannya. "It's okay. I'm not thirsty. I just..."

Aiman tidak dapat menghabiskan kata-kata. Dzul dan Asyraf cuba mendengar dengan tekun. Menanti penuh sabar apa agaknya yang ingin diperkatakan oleh Aiman.

"I just came to visit..." akhirnya Aiman menghabiskan kata-katanya. Dia menundukkan wajah kerana malu berterus-terang tentang tujuannya berada di situ kepada lelaki yang disukai.

"Wow, thanks. Baiknya awak ni." Asyraf lembut berbicara.

Aiman dapat menangkap pandangan Dzul kepada Asyraf apabila lelaki itu memujinya. Aiman tahu Dzul cemburu bila Asyraf cakap macam tu pada dia. Dia mahu buat Dzul bertambah cemburu!

"Habis kerja pukul berapa? Jom keluar makan?" Aiman mempelawa.

Dzul dan Asyraf saling berpandangan. Mereka menjongket-jongketkan bahu seperti sudah mempunyai rancangan sendiri. Aiman mula berasa tidak sedap hati. Mungkin betul Dzul dan Asyraf sedang menjalinkan hubungan percintaan. Melepaslah kau Aiman! Asyraf tu Dzul punya.

"Kitorang habis kerja pukul 10 malam. Hari-hari macam ni. Full shift. Sabtu Ahad baru cuti." Asyraf memberitahu.

Aiman terdiam seketika. Alaaa...baru nak ajak makan. Sekarang masih awal lagi nak tunggu sampai diorang habis kerja. Tak boleh jadi ni. Aku kena fikirkan sesuatu.

Dia mengurut-urut dagunya ketika sedang berfikir. "Korang tak ada waktu rehat sendiri ke?"

"Ada" Dzul menjawab.

"Kalau macam tu, apa kata Asyraf pergi rehat sekarang? Dzul boleh jaga kedai kan?"

"Boleh tu boleh tapi masalahnya Dzul yang selalu rehat dulu time-time macam ni," kata Asyraf, serba-salah dibuatnya.

"Eh tak apalah, Cap. Aku okey je kalau kau nak rehat dulu. Pergilah dengan siapa nama tadi? Aiman?"

Aiman menganggukkan kepala.

"Ha, Aiman! Pergilah dengan dia. Kesian dia datang jauh-jauh." Dzul seperti menyindir.

Tapi Aiman cool. Dia tidak mahu kelihatan seperti terdesak sangat. Nanti apa pula Asyraf kata?

Aiman dan Dzul menantikan kata putus dari Asyraf. Disebabkan dia tidak mahu mengecilkan hati Aiman, dia bersetuju untuk mengambil waktu rehat Dzul dan keluar makan bersama Aiman sekejap.

Aiman cuba mengawal diri dari melonjak kegembiraan. Nanti kang nampak sangat! Dia sekadar tersenyum sinis sambil memerhatikan gerak tubuh Dzul. Sah! Lelaki itu cemburu melihat dia dan Asyraf. Tapi kenapa? Diorang couple ke? Tak mungkin! Entah-entah dia pun ada crush dekat Asyraf. Siapa je yang takkan ada crush dekat jantan helokz macam ni?

"Jom, Aiman?" kata Asyraf selepas membuka apron dan menggantungnya di belakang pintu.

"Jom!" jawab Aiman penuh semangat. Dia sengaja melambai-lambaikan tangan ke arah Dzul supaya Dzul bertambah cemburu. Satu senyuman sinis diberikan kepada lelaki itu. Padan muka kau! Asyraf aku punya!

"Kita nak makan dekat mana?" tanya Asyraf apabila mereka sudah beberapa langkah meninggalkan CoolBlog.

"Lexi?" cadang Aiman.

"Lexi? Apa tu?" Asyraf pelik mendengar nama itu. Kedai baru ke?

Aiman tertawa. "Dewan Laksamanalah! Kitorang panggil dia Lexi."

Asyraf turut tergelak mendengar penjelasan Aiman itu. "Lexi? Mana dapat nama tu?"

"Entahlah. Nama glamour senior bagi dulu. Laksamana? Apa cur-lazz?" Aiman sambung ketawa.

"Aiman, can I ask you something?"

Aiman berhenti tertawa apabila Asyraf tiba-tiba menjadi serius. "Yes?"

"Are you gay?"

Gulp!

Aiman menelan air liurnya. Terkedu dia mendengar pertanyaan Asyraf itu. Dia tidak menyangka yang Asyraf ni boleh tahan direct juga orangnya.

"Err...kenapa ya?" Aiman cuba berhati-hati. Tidak terus mengaku dan tidak pula menafikan. Sangkaannya, Asyraf sudah tahu dia memang gay. Bukankah hari itu dia ada sebut tentang Aiman yang tidak wajar diaibkan? Ingatkan dia cakap pasal gambarnya yang dah tersebar tu.

"Tak adalah. I tak kisah you ni gay ke apa. But I just want you to know that I'm straight."

HelokzWhere stories live. Discover now