Bab 41

3.1K 77 6
                                    

Festival Komunikasi berlangsung hari ini. Acara tahunan yang diadakan untuk merai pengamal-pengamal media diadakan di Padang Kawad, UiTM Melaka dengan meriahnya. Pelbagai booth dibuka oleh agensi-agensi kerajaan, NGO, vendor-vendor dan para pelajar sendiri yang ingin mencari duit lebih.

Cecilia tidak terkecuali. Dia menjual pre-loved items menggunakan kereta Nik. Awalnya dia mahu meminjam kereta Brandon memandangkan mereka berdua lebih rapat tapi disebabkan insiden yang berlaku kepada kereta Brandon tempoh hari, Cecilia membatalkan hasratnya. Dia berniat di dalam hati untuk menggunakan sedikit wang dari keuntungannya untuk membayar balik duit kereta Brandon yang perlu dicat semula.

Faliq merupakan insan yang paling banyak membantu Cecilia menguruskan jualan pre-loved items-nya. Aiman asyik menghilangkan diri saja. Bila ditanya, katanya dia menyiapkan individual assignment. Individual assignment apalah yang sedang disiapkannya itu? Setahu Cecilia, semester ini mereka cuma ada satu saja individual assignment. Dan assignment itu sendiri sangat mudah. Mengenali Aiman, Cecilia yakin lelaki itu sebenarnya bukan pergi siapkan individual assignment. Ada benda lain yang sedang dilakukan. Cecilia malas nak ambil tahu. Kalau Aiman nak beritahu, awal-awal lagi dia sudah jujur. Tapi sekarang, bila ditanya, macam-macam alasan dan penipuan yang diberi. Meluat betul rasanya!

"Eh you dah cuci betul-betul belum seat kereta ni?" Faliq tiba-tiba bersuara.

Cecilia yang tidak mengerti, tercengang. "Ha?"

"Mana tahu ada kesan air mani Syawal ke dalam kereta ni? Nyoppppppp!" Faliq terbahak-bahak ketawa.

Cecilia turut sama terhibur. Dia menggeleng-geleng kepalanya. "Very funny, Faliq."

"How's the business?" tanya Faliq setelah selesai menghabiskan sisa tawanya.

"So far so good. Adalah sikit-sikit. Cukup untuk I beli tiket balik Sabah nanti. Cukup jugak untuk tolong Brandon cat balik kereta dia."

Mendengar perkataan Sabah, Faliq jadi sayu. Lagi dua minggu, mereka akan menduduki peperiksaan akhir semester selama sebulan. Kemudian, mereka akan bercuti panjang sebelum masuk ke semester yang terakhir. Masing-masing akan pulang ke kampung halaman. Cecilia tidak terkecuali. Dia akan kembali semula ke Sabah sepanjang cuti nanti.

"I'm gonna miss you." Faliq tiba-tiba menjadi sendu.

Cecilia yang sedang menyusun atur barang pre-loved-nya berhenti dari membuat kerja. "Hei, kenapa ni? Tiba-tiba jadi sentimental?"

"I won't be able to see you for 8 weeks."

Cecilia yang mudah berasa pilu mula menarik muka. Betul kata Faliq itu. Mereka tidak akan berjumpa selama lapan minggu kerana cuti semester. Untuk seseorang yang memang sedang overly attached sekarang, memang sedih kerana kita sendiri tidak tahu apa yang boleh berlaku dalam tempoh lapan minggu itu. Lihatlah sendiri apa yang terjadi kepada Haekal. Sekelip mata saja, dia hilang dari dunia ini.

Cecilia datang mendekati Faliq. Dia memegang pipi Faliq dan mengelusnya lembut. "We'll Facetime okay? I promise you, you won't feel that I'm not around. We're gonna talk everyday, okay?"

Faliq tersenyum mendengar janji-janji yang diberi oleh Cecilia. Mereka berdua sama-sama tertawa. Apa mimpi entah kedua-duanya tiba-tiba jadi sendu.

"Ehem ehem!" Aiman berdehem dari belakang.

Cecilia pantas mengalihkan tangannya dari pipi Faliq. Kedua-duanya berpaling ke arah Aiman yang sedang berdiri di sebelah seorang budak jambu. Macam pernah nampak budak tu tapi di mana? Juniorkah? Anak ikan baru Aimankah?

HelokzWhere stories live. Discover now