Bab 59

3.2K 89 10
                                    

Malam itu, Aiman, Brandon, Faliq, Nik dan Syawal sama-sama meraikan kejayaan pihak polis memberkas Encik Shahril dengan mengadakan BBQ di rumah sewa mereka. Seperti kebiasaannya, Cecilia juga akan turut serta dalam program rakan-rakan serumah itu. Ini semua idea gila Aiman yang teringin benar hendak merasa ayam panggang sos BBQ. Demi melunaskan impian Aiman, mereka semua ikutkan saja.

"Faliq, can you help me pass the black pepper, please?" arah Brandon yang paling banyak memanggang ayam malam itu dek kerana pengalamannya sebelum ini.

Faliq menurut kehendak Brandon dan menghulurkan sebotol kecil lada hitam. "Nah!"

"Brandon, lama lagi ke? Your sausage is getting colder here," kata Cecilia sambil menayangkan pinggan Brandon yang berisi sosej dan ayam panggang hasil masakannya terbiar saja dari tadi.

"Coming coming! Ni last. I promise" jawab Brandon sambil menaburkan lada hitam pada ayam panggangnya lagak seperti seorang chef profesional.

Kesemua mereka seronok menikmati BBQ di halaman rumah. Cuaca baik menambahkan lagi kemeriahan suasana. Seingat mereka, belum pernah lagi langit memancarkan hamparan bintang-bintang dengan terang pada waktu malam. Entah kenapa, malam itu menjadi malam terindah buat mereka semua. Terutama sekali bagi Aiman. Dia sangat gembira dengan apa yang telah rakan-rakannya lakukan. Susah senang, mereka sentiasa bersama tanpa mengira waktu. Aiman benar-benar terharu dengan pengorbanan sahabat-sahabatnya itu.

"Syawal, don't eat my chicken!" marah Cecilia apabila Syawal sesuka hati melarikan ayam panggangnya yang diambil dari pinggan di atas tangan.

Masing-masing terhibur melihat keletah Syawal dan Cecilia persis anak kecil itu. Aiman tidak henti-henti tertawa. Dia tidak pernah rasa seronok sebegitu. Rakan-rakannya benar-benar mewarnai kehidupannya sekarang.

"I hate you, Syawal!" Cecilia mencebikkan bibirnya, membuatkan tawa kesemua mereka pecah sekali lagi.

Sedang asyik bergelak ketawa dan bergurau senda, mereka langsung tidak sedar ada mata yang sedang memerhati dari luar. Beberapa orang ekstremis dengan baju ber-hood hitam perlahan-lahan mengerumuni kawasan rumah mereka. Para ektremis itu membawa bersama mereka bom petrol!

"Celia, I'll send you back home later, okay?" kata Brandon sambil mengunyah ayam panggang hasil masakannya.

"Okay, thanks Brandon," ucap Cecilia sambil turut menyuapkan mulutnya dengan satu lagi ayam panggang dari pinggannya.

Cecilia menjeling ke arah Syawal yang suka menyakatnya dari tadi. Usai melicinkan pinggan tersebut yang diperbuat daripada polisterin, Cecilia bangun untuk membuangnya ke dalam tong sampah di hadapan pagar luar rumah.

Sedang dia sibuk menengkuh-nengkuh sisa lauk dalam pinggan tadi, Cecilia terperasan kelibat seseorang sedang menghidupkan api tidak berapa jauh dari rumah itu. Cecilia mengecilkan anak matanya dan mengamati susuk tubuh kelibat itu sebelum mula menyedari bahawa kelibat itu sebenarnya datang secara berkumpulan dalam kuantiti yang agak ramai!

"Guys, watch out!" jerit Cecilia apabila dia ternampak satu bom petrol dicampak ke arah tempat mereka sedang ber-BBQ. Bom petrol itu meletup dan menyemarakkan api.

"Oh my God!" kesemua mereka lari bertempiaran dalam keadaan panik.

"Masuk dalam rumah!" arah Aiman kepada rakan-rakannya. Dia sempat menoleh ke luar pagar di mana kelihatan lebih banyak api mula dihidupkan dan menunggu masa untuk dilontar ke arah mereka.

HelokzNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ