BAB 1

22.5K 449 2
                                    

Pagi yang indah,buat keluarga Tan Sri Ahmad Suffiyyan kerana anak dan menantu dapat berkumpul bersama menikmati 'family time' bersama. "Intan adik ipar kamu tak bangun lagi ke??" Soal Puan Sri Razia." Entah lah mama,semalam pukul berapa pun intan tak tahu dia tidur. Dia tengah belajar waktu tu." Jawab menantu sulung Puan Sri Razia." Orang lain pun belajar tapi tak macam dia ma." Sampuk anak sulungnya Syaiful." Mama pon tak tahu lah nak kata apa." Jawab Puan Sri Razia lalu menghilangkan diri ke dapur.

"Isya, tak bangun lagi ke nak ?" Tanya Tan Sri Suffiyyan kepada puteri tunggalnya yang bernama Nur Raisya Imanda. Belum sempat tangan Tan Sri Suffiyyan mengetuk pintu, pintu telah dibuka." Pa, sekejap tau Isya nak kemas buku buku ni dulu lepastu Isya turun ya." Kata Raisya lembut kepada ayahnya. "Turun cepat kita sarapan sekali ya." Ujar Tan Sri Suffiyyan lalu keluar dari bilik puterinya itu. Bunyi suara yang kecoh di bawah itu berhenti apabila mereka melihat Raisya sudah bersiap menukar baju." Kenapa pandang Isya macam tu?" Tanya Raisya apabila semua ahli keluarganya memandangnya." Isya nak pergi mana?" Soal Syahry sambil mengerut dahinya." Ohh Isya nak pergi mc Donald's." Jawab Raisya lalu menyarungkan stoking yang berwarna nude kekakinya." Ohh kenapa tak cakap ?" Soal Syaiful pula." Dah diorang baru decide." Jawab Raisya lalu berjalan ke arah meja makan.

"Isya nak siapa hantar?" Soal papanya." Along hantarkan boleh?" Kata Raisya meminta tolong. Mereka memang akan senang cair apabila mendengar suara adik kesayangan mereka yang lembut dan ayu itu." Untuk adik along semuanya boleh." Balas Syaiful lalu menggosok perlahan kepala adiknya yang tersarung tudung bidang 60 itu.

                   💎💎💎💎💎

Setibanya Raisya di Mc Donald's di sekitar Sri Hartamas  dia terus mencari rakan belajarnya." Manda sini." Panggil Suraya sahabat baiknya." Maaf lambat." Ucap Raisya lembut kepada 3 orang rakan baiknya iaitu Suraya,Anisah dan Airisz." Tak pe kitaorang pun baru nak start." Balas Airisz lalu membuku buku subjek Prinsip Perakaunan.

Akhirnya selama 3 jam mereka menghadap buku, mereka mula berhenti kecuali Raisya yang masih setia memegang kalkulator dan pensil tekan di tangan." Isya kita rehat sekejap solat lepastu makan lepastu kita sambung ya." Kata Suraya sambil menarik lembut pensil dari tangan Raisya." Subahanallah, saya tak sedar pun dah nak dekat 1:30. Hmm jomlah kita pergi solat." Kata Raisya lalu mengemas barang mereka dan pergi menunaikan solat secara bergilir.

Suraya dan Raisya menunaikan solat dahulu. Setelah selesai menghadap Allah yang maha besar mereka mula bergerak untuk ke Mc Donalds semula. Sedang mereka rancak berbual Suraya telah dilanggar oleh seorang wanita yang memakai high heels setinggi 5 inchi menyebabkan Wanita tersebut tidak dapat mengimbangkan diri." Ya Allah cik maafkan saya saya tak sengaja." Ujar Suraya lalu menolong wanita tersebut untuk berdiri semula." Tak apa, akak yang patut minta maaf sebab akak yang tengok handphone sampai tak sedar terlanggar orang." Balasnya lalu ketawa.
                    💎💎💎💎💎

Seorang pemuda memandang kumpulan perempuan itu dengan mata yang hairan." Laysa, kenapa you jatuh ke ?" Soal pemuda tersebut lalu menarik perlahan tangan wanita itu menyebabkan Raisya tersedak kerana perbuatan bebas lelaki tersebut. Pemuda tersebut memandang Suraya lalu memakukan pandangan ke arah Raisya. Raisya melarikan matanya ke arah lain kerana berasa kurang selesa.
"Ohh im okay. I yang terlanggar budak-budak ni." Kata Laysa apabila melihat muka abang sepupunya yang meminta penjelasan." Akak saya minta diri dulu ya. Maaf sekali lagi." Ujar Raisya lembut membuatkan hati Laysa sedikit tenang." Ohh baiklah tapi boleh tak akak minta nombor telefon Raisya dengan Suray?" Soal Laysa dengan muka yang berharap.
"Boleh sahaja." Balas mereka berdua lalu menukar nombor telefon.

Setelah kejadian itu, Laysa dan Ayman mengopi di Coffee Bean." Kau dah kenapa tetiba mintak nombor budak dua orang tu?" Soal Ayman pelik. Tak pernah-pernah minta nombor orang yang baru dia  jumpa tak sampai sehari." Budak yang pakai tudung labuh warna biru tu yang menarik perhatian aku sebenarnya." Jawab Laysa atau nama sebenarnya Tengku Syaza Layamansa lalu menyedut sedikit ice latte yang diodernya itu." What do you mean?" Tanya Ayman lagi." Kau tak dengar ke suara dia tadi lembut je mesti sopan budaknya." Kata Laysa lalu tersenyum." Whatever." Balas Ayman ringkas lalu menegek perlahan minumannya.

"Asalammualaikum, mama Raisya dah balik." Ucap Raisya lalu bergegas ke halaman belakang rumah apabila terdengar suara orang bergelak ketawa." Waalaikummusalam, dah sampai dah adik kesayangan abang." Kata Shahry lalu mencium lembut dahi adiknya." Isya pergi siap ya baju apa semua mama dah letak dalam bilik Mak Jah dah tolong gosokkan." Kata Puan Sri Razia." Ya Allah susahkan mak jah je. By the way pa kita nak pergi mana?" Soal Raisya sambil mendukung anak kucing abang sulungnya." Ohh kawan baik papa ada buat doa selamat." Jawab Tan Sri Suffiyyan." Ohh Uncle Amer ke papa?" Soalnya lagi." Haah betullah tu." Balas papanya." Hmm kalau macam tu Isya pergi siap kejap ya." Ucap Raisya lalu meninggalkan keluarganya yang berada di halaman rumah.

Setelah siap memakai selendang yang berwarna navy blue itu Raisya bergerak ke meja solek lalu mengambil bedak compact berjenama MAC lalu dipakai, selapas itu dicalit sedikit lip gloss untuk memberikan warna kepada bibir. Raisya turun ke ruang tamu kerana dia tahu dia seorang yang lambat bersiap walaupun hanya bergaya santai." Ya Allah,cantiknya Isya nak pergi mana cantik-cantik ni." Usik Intan." Ya Allah cantik celah mana akak oii." Balas Raisya lembut.

"Dah siap, jom kita gerak. Isya nak naik kereta mana sayang?" Tanya Tan Sri Suffiyyan kepada puteri tunggalnya itu." Biar Isya naik dengan angah ye." Jawab Raisya mengundang senyuman di wajah Shahry." Isya nak naik kereta mana?" Soal Shahry bersemangat." Mana-mana je Raisya okay je." Jawab Raisya ringkas.

         ❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

#firsttimebuatnovel
#maafjikaadatypo
#tolongbacamyfirstnovel
#pleasevoteandcomment😘😘😘

Ayman Raisya ( Slow Update)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant