Bab 34

5.6K 194 17
                                    

Raisya pov...

Tepat jam 5.45 pagi , aku sudah siap mandi dan memakai baju. Harini hari yang penting untuk Syarikat papa. Aku mencapai telefon lalu menekan ikon Instagram.

"Nak stalk seseoranglah!!" Kataku perlahan. Aku mencari istagram Ayman. Cari punya cari akhirnya jumpa juga. Susah betul.

"Yey dah jumpa!! Allah bapak ramai followers dia...1.5 milion? Crazy. Dia follow orang baru 10." Kataku lagi. Aku pergi ke following untuk melihat siapa yang dia follow. Hanya orang yang rapat dengan dia je..

+bogosipda...bogosipda+

Telefonku menjerit mohon diangkat. Aku menekan butang hijau." Hello asalammualaikum." Ucapku." Waalaikummusalam...awak cutilah harini saya tangguh meeting kita lusa. Macam mana?" Ujar si pemanggil sejurus menjawab salamku.

"Wait....siapa ni?" Soalku perlahan-lahan. Aku mendengar suara orang berdecit disebelah sana." Nampak sangat awak dah buang nombor saya. Nampak sangat awak bencikan saya..." balasnya." Siapa?" Soalku lagi sekali.

"Ayman..."

"Ohhh memanglah saya tak save nombor awak. Buat apa? Awak bukan ada kena mengena dengan saya pun!" Hamburku. Dia kemudian mengeluh kecil. Aku yang rasa sakit sebab cakap macam tu..

"Tapi still you're mine!!" Katanya lagi.

"Tengku Ayman Bin Tan Sri Tengku Amer Zahry awak dari semalam lagi cakap you're mine. Wake up! Awak dah jadi suami orang dah pun. Awak ada anak. Saya dah tak ada apa-apa hubungan langsung dengan awak kecuali abang angkat. Pleaselah jangan buat saya macam ni! Saya penat. Penat dengan semua benda ni....awak saya ni bukan barang yang sesuka hati awak nak buat. Bila awak nak awak datang lepas awak dah guna awak blah. Awak fikir saya apa?" Hamburku dengan nada marah. Jujur air mataku saat ini mengalir laju bagaikan sungai Kemesah. Tiada balasan daripada dia.

"Ye...dulu saya cuba cintakan awak. Waktu first kahwin dulu saya tolong awak pikat hati kak Sara. Awak fikir saya buat tu dengan rasa gembira ke?? Orang bodoh je gembira tengok suami dia dengan orang lain. Waktu tu saya tak bagi harapan pun untuk rumah tangga kita bahagia. But you have make me fall in love with you bila awak ada untuk saya waktu atuk tak ada. Awak dengar semua aduan saya...saya fikir saya dah boleh terima awak tapi saya tak bagitahu awak sampailah awak sendiri yang confess kat saya. Waktu itu saya orang yang paling bahagia. Saya tak pernah tipu perasaan saya pada awak. After all the things we go through tiba-tiba awak lepaskan saya..awak fikir saya tak terkejut? I'm asking you tengku Ayman!!" Sambungku lagi. Kini esakan tangis tak dapat ku bendung.

"Awak lepaskan saya tanpa penjelasan yang kukuh. Tapi saya terima sebab kalau itu yang dapat bahagiakan awak. Awak bahagia insyaallah saya pun akan berasa bahagia. Jadi saya tak nak awak berharap apa-apa dengan saya cause hati saya dah lama mati untuk awak. Hati saya sekarang kosong. Dah tak ada nama lain yang boleh masuk selepas saya dah buang nama awak jauh dari hidup saya." Kataku dengan esakan yang makin menggila.

"Lepas ni kalau papa nak suruh saya kahwin dengan pilihan dia saya akan terima ..nanti waktu kat office kita buat kerja macam biasa ya Tengku. Lupakan semua benda yang kita lalui. Pahit mahupun manis. I'm begging you!!" Ucapku lalu ingin memutuskan talian. Belum sempat aku menekan butang merah bunyi balasan daripada si pemanggil.

"I'm sorry! Awak takkan faham ada masa nanti saya jelaskan semuanya--" belum sempat dia menghabiskan ayat aku terlebih dahulu menekan butang merah tersebut. Aku takut ego yang aku bina bila marah dia tadi akan roboh kerana permohonan maaf darinya.

"Ayman why???"

End of pov...

Tengku Ayman POV..

Ayman Raisya ( Slow Update)Where stories live. Discover now