Bab 12

6.9K 234 2
                                    

Raisya Imanda POV...

Aku baru sahaja lepas mandi. Baju blouse labuh berwarna purple dan kain hitam disarungkan dibadan. Tudung berwarna kelabu yang baru digosok aku gayakan didepan cermin.

"Hmm nak whatsapp ke tak?" Ujarku perlahan.

"Hmm whatsapp je lah bukan selalu kan?"

Belum sempat aku menaip message dia terlebih dahulu menelefonku.

"Hello asalammualaikum." Ucapku.

."waalaikummusalam ni kau dekat mana?" Jawabnya lalu menyoal aku kembali.

" Dekat rumah baru nak keluar. Kenapa ye?" Soalku kembali, tangan mencapai baju melayu serta jubah milikku dan Ayman untuk majlis malam ini dan dimasukkan kedalam beg kecil.

" Ohh flight aku awal tau so aku nak kau gerak rumah mummy sekarang! Ini arahan. Okaylah aku nak masuk dah bye asalammualaikum take care." Ujarnya lalu memutuskan talian.

"Hekelehhh!! ini arahan apa bagai...dah macam apa! Nasib kaulah Raisya dapat suami macam ni. Bak kata Iqmal hidup ni kena redha....gituuewww!"

Skip---

Sampai sahaja di rumah mummy aku terus meluru ke dapur mencari mummy dan daddy tersayang. Sepupu Ayman yang terdekat dan yang sudah mengenaliku baru sampai. Aku mencium tangan daddy dan juga mak long Ayman dan yang lain-lain. Tak silap akulah aku tak pernah jumpa Mak Lang Ayman. Katanya anak dia suka Ayman.

"Raisya sihat?" Soal mak long.

"Sihat Alhamdulillah. Mak long sihat?" Soalku kembali, tanpa menukar pakaian aku terus menolong apa yang patut. Alahh , kalau kotor pun boleh basuh. Simple!  Lagipun, Mummy panggil catering je untuk makanan. Cuma tambah lauk kampung sikit-sikit nak bagi meja penuh.

"Macam ni jelah." Jawabnya.

Kami memasak sambil ketawa mesra. Boleh dikatakan dapur ni riuh dia ya Allah kalah orang rewang 20 orang.

Sedang aku me mengisi inti ke dalam popia, pipi ku dicium perlahan oleh seseorang yang amat aku kenali. Siapa lagi kalau bukan Laysa." Akak bila balik? Tak bagitahu adik pun." Ujarku sedikit berjauh hati.

" Semalam ni Ayah ni yang suruh rahsiakan. Nak bagi kejutanlah katanya.." Balas Ibu Laysa iaitu Mak Ngah.

"Ohh Ibu pun tak ada sebut apa-apa kat isya. Kejamnyaaaa!!" Ujarku lalu melentok manja di bahu Ibu. Mereka ketawa.

Sedang aku leka berbual bersama Laysa dan juga Zaqwan. Ada tetamu yang baru datang katanya tu anak mak lang. Mak lang tak tahu aku dah kahwin dengan Ayman, daddy kata sebab Mak Lang (belah mummy) ni mulut lazer sikit. Dia nak Ayman jadi menantu dia.

" Asalammualaikum, ehh kak Laysa." Ujarnya lalu memeluk Laysa. Laysa membalas ala kadar.

"Siapa ni Kak Laysa?" Tanya dia kepadaku." Ohh hai nama saya Raisya Imanda. Panggil Raisya." Lalu menghulurkan tangan untuk bersalam." Siapa jemput kau?" Sewaktu itu Laysa dan Zaqwan telah pergi menolong mereka didapur. "Daddy. Kenapa ya?" Soalku kembali rasa tak sedap hati tiba-tiba bertandang.

" Kau siapa nak panggil dia daddy? Hah!" Tengking wanita itu. Kuatnya sehingga terhinjut bahu aku kerana terkejut.

"Apahal ni?" Soal Puan Sri Zarina yang kebetulan melalui ruang tengah yang kosong.

"Tak ada apa-apalah. Nama saya Aniera. Panggil Niera." Balasnya lembut kerana mummy berada disebelahnya." Ohh ok...." Belum sempat aku menghabiskan ayatku ada orang memberi salam.

"Asalammualaikum." Ucapnya.

" Waalaikummusalam. Hah dah sampai pun tetamu istimewa kita." Balas mummy. Terangkat kening Ayman apabila mummynya berkata begitu.

Ayman Raisya ( Slow Update)Where stories live. Discover now