Bab 27

5.7K 162 19
                                    

Raisya POV.

Aku berjalan untuk ke cafe. Lagi 1 jam 30 minit tinggal sebelum tuisyen bermula. Aku rasa tak sedap hati yang amat.

"Ya Allah apasal hati ni asyik berdegup laju?" Soalku didalam hati. Sampai sahaja di Cafe aku terus mencari Suraya dan juga Airisz, Anisah masih belum sampai.

"Isya sini!" Panggil Suraya sambil mengangkat tangan. Aku tersenyum. Baru beberapa langkah aku terlangga seorang lelaki yang memakai kemeja biru tua dan Coat berwarna kelabu.

"Sorry Encik. Really sorry!" Ucapku lalu menundukkan kepala beberapa kali. Dia ketawa.

"Huish mamat ni kena langgar pun ketawa? Aku minta maaf pun lawak ke?" Soalku didalam hati lalu mendongak untuk melihat gerangan yang aku langgar tadi. Terpancullah figura seorang lelaki koprat.

"Its okay my own fault!" Balasnya. Aku tersenyum lalu mengucapkan kata maaf sekali lagi sebelum berlalu pergi. Sempat aku dengar dia menggumam kecil.

"Comelnya!"

"Isya kau okay? Sakit kat mana?" Soal Suraya dan Airisz serentak. Aku ketawa lalu mengeleng perlahan.

"Kau ni nasib baik pakai sandal kalau pakai high heels confirm patah!" Bebel Airisz lalu memanggil waiter untuk membuat pesanan.

"Okay cik nak order apa?" Soal waiter itu. Suraya perasan yang waiter tersebut dari tadi merenung aku yang sedang khusyuk membelek menu.

"Bagi saya Strawberry mocha satu." Pesan Suraya.

"Hmm, ice white coffee." Pesan Airisz pula.

"Hmm give me caramel lette and 3 slice red velvet cheese cake." Pesanku sebelum tersenyum manis kearah Waiter tersebut. Yang aku peliknya dah kenapa mamat ni blushing? Padahal aku senyum je pun. Dia dengan pantas berlalu pergi.

"Weyh korang!" Sergah Suraya. Aku dan Airisz yang sibuk mengira itu hanya memandangnya.

"Apa?" Soal kami serentak.

"Tadikan waiter nama Afiq tukan asyik tenung je si Raisya ni!"

"Alah kau pikir aku tak nampak? Aku rasa orang lalu depan meja kita semua pandang Raisya. Nak cakap Raisya pakai seksi pun tak. Cuma blouse dengan seluar pallazo je." Ujar Airisz pula.

"Confirm tergugat Abang Ayman tengok ni!" Sambungnya pula. Berderai ketawa mereka berdua. Aku hanya mengeleng perlahan melihat gelagat sahabat-sahabatku.

"Weyh tinggal lagi 2 minggu je sebelum kita menghadap SPM yang sebenar. Takut pulak aku!"

"Tulah after that aku boleh kerja tolong mak aku kat butik dia!" Balas Suraya pula." Weyh nak keeja dengan mak kau boleh tak? Ada kawan sikit kalau kerja kat butik mak aku tak de kawan. Boleh tak?" Soal Airisz.

"On! Aku pon tak ada kawan so kau boleh join aku!"

"Sayang kau!" Balas Airisz sebelum memeluk erat Suraya. Suraya membalas sambil memandangku." Apa tengok-tengok?: soalku lalu menyuap red velvet cake ke mulut sebelum dikunyah perlahan.

"Kau?"

"Entah aku nak tanya Ayman dulu. Kalau boleh aku join kalau tak boleh aku pujuk sampai boleh!" Kataku dengan yakin.

"Weyh jom nak start dah!" Kataku lalu mengemas barang-barang. Sedang aku sibuk mengemas ada seorang waiter perempuan menyerahkan aku segulung kertas.

"Apa ni kak?" Soalku.

"Saya tak tahulah dik saya cuma sampaikan sahaja!" Balasnya lalu melangkah pergi. Suraya dan Airisz mendekatiku untuk turut membaca. Aku membuka gulungan kertas tersebut.

Ayman Raisya ( Slow Update)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang