Bab 37

5.8K 185 23
                                    

Raisya POV...

"Awak nak saya nyanyi?" Soalku. Mentang-mentanglah aku suruh dia nyanyi tadi! Ceh! Menyesal habaq hang!

"Nantilah...kita pergi rumah mummy nanti. Kat situ ada guitar,piano, drum..." Belum sempat aku habis berkata Ayman terlebih dahulu memotong." You dengan alasan tak dapat berpisah kan?" Tanya Ayman.. aku tersengih. Kantoi! Nak mengelak." Mana ada! Nanti bila saya pergi rumah mummy saya nyanyi untuk awak...okay?" Ujarku lagi. Kali ni mengangkat tangan tanda berikrar. Ayman mengeleng melihatku.

"Okay...i take that as promise. Tapi kalau awak tak tunaikan saya denda awak okay? Deal?" Balasnya pula. Kali ini dia merenung tepat kedalam mataku. Aku seakan terbuai dengan renungannya.

"Raisya?" Panggil Ayman lalu mengerakan tangannya didepan mataku. Aku bagaikan tersedar terus menjawab.

"Yes?"

"Deal ke tak?" Soalnya sekali lagi. Wajahnya cemberut kerana aku tak bagi jawapan. Aku membuat muka berfikir seketika. Dia seperti orang tak senang duduk.

"Sayang? I suruh jawab deal or not. Bukan suruh jawab soalan KBAT Math." Tegur Ayman. Pecah ketawaku. Aku terus tersenyum.

"Yes! Jom kita balik. Saya penatlah malam ni nak keluar jumpa member!" Ucapku. Dia hanya mengangguk. Kami berjalan ke tempat parking kereta. Tiba-tiba Ayman berhenti. Aku memandangnya pelik.

'Dah kenapa?" Getus hatiku.

"Member awak tu lelaki ke perempuan?" Soalnya tetiba." Dua-dua. Kenapa?" Soalku pula. Dia hanya mengangguk.

Skip~~~

Akhirnya, sampai juga kat rumah aku. Dah tak tahan duduk sekereta dengan mamat ni. Dulu mamat singa sekarang mamat bunga. Dari start nak balik sampai dah sampai depan rumah tak habis-habis dengan ayat gula-gula dia. Nasib baik tak kena kencing manis!

Flashback...

"Sayang cuba teka apa yang saya suka?" Soal Ayman.

"Perfume?" Jawabku. Ya untuk pengetahuan semua Encik Tengku kita ni peminat perfume. Perfume harga 2000 pun dia beli.

"Salah... saya suka....awak!" Jawabnya. Aku hanya mengeleng dengan wajah yang terkejut.

"Sayang tahu tak apa beza you dengan Usain Bolt?" Sambungnya. Aku mengeleng.

"Kalau Usain Bolt pelari pecut dekat track tapi awak pelari pecut di hati saya!" Ucapnya.

End of flashback...

Aku tersenyum teringat akan pekara yang berlaku tadi.

+bogosipda...bogosipda..+

Aku terus menekan butang hijau apabila nama Suraya tertera." Asalammualaikum!" Ucapku sejurus mengangkat call tersebut.

"Waalaikummusalam. Hah kau nak suruh kitaorang tunggu kau sampai pukul berapa? Air pun dah nak dekat suku kitaorang teguk!" Sembur Suraya. Aku terus kerling jam dipergelangan tanganku.

"Ya Allah! Sorry Su...aku tadi ada hal. Tunggu kejap tau aku nak bersiap. Bye! Love you!!" Jawabku dengan gelabah dan terus end call tanpa menunggu jawapan Suraya.

Aku terus pergi mandi dan menyambar blouse warna kelabu dan seluar palazo warna hitam. Aku hanya mengenakan make up yang tipis. Setakat nak pergi KLCC je pun. Cantik-cantik nak buat apa. Iya dok?

Akhirnya setelah 30 minit menempuh jammed aku dah sampai tinggal nak pergi cari 4 hamba Allah itu. Aku terus melangkah masuk kedalam Restaurant Dome. Aku tersemyum melihat Airisz yang melambai-lambaikan tangannya kearahku. Aku membalas.

Ayman Raisya ( Slow Update)Where stories live. Discover now